Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 4 Mei 2017

Siapa Yang Syok Sembang Pasal Ringgit Kukuh, Banding Sembang Topik Ringgit Jatuh, Kan?

Oleh : Faiz Pire
Ringgit, lagi
Ada ke lagi orang yang nak baca kalau aku tulis pasal Ringgit ni? Hehe. Aku yang nak tulis ni pun rasa dah boring topik ni, korang yang nak baca tu lagi la, ye dak?
Takpelah. Since ada yang request jugak, ni aku try share sikit.
Kalau ada yang tak perasan lagi, Ringgit dah semakin mengukuh sekarang. Daripada jatuh teruk haritu sampai 4.49 (4 Jan 2017), semalam dah berjaya recover dan tutup kat 4.34! Maknanya Ringgit dah appreciate dalam 3.3% dah.
Tapi biasalah, benda macam ni tak sensasi sangat. Boring. Siapa yang syok nak sembang pasal Ringgit kukuh, banding dengan sembang topik Ringgit jatuh, kan? Hehe.
Anyway, Ringgit strengthening ni paling ketara sekali dalam minggu ni.
Kenapa?
Haa.
Antara sebabnya, ada perubahan sentiment di US sana. Kita kat sini tak banyak sangat pun berubah.
Mai nak flashback sikit.
Tahun lepas, masa Trump sibuk berkempen nak jadi Presiden US, dia tabur janji macam-macam. Biasalah, ahli politik.
Antara yang paling dia hingaq, dia nak buang dan gantikan program kesihatan yang sedia ada (ObamaCare), dia nak boost infrastructure spending (buat hospital, highway etc etc), dia janji nak buat ‘phenomenal’ tax reform, macam-macam lagilah janji manis dia sebelum menang.
Fast forward 3 bulan kemudian, Presiden Trump masih gagal untuk repeal ObamaCare yang dia dok hingaq sangat dulu. Tak lepas sebab tak cukup sokongan.
Bila jadi macam tu, investors mula ada rasa doubt dengan Trump ni. Dulu masa berkempen, bukan main kencang lagi sembang bab nak tolak ObamaCare ni. Tapi bila dah menang, tak boleh buat apa sangat pun.
So apa nasib janji-janji dia yang lain?
Contohnya tax reform. Dia janji kalau dia menang, both individual and corporate tax dia akan turunkan kaw-kaw punya. ‘Major reform’ katanya.
Orang bila dengaq kata nak kurangkan cukai, haa mula la dan-dan tu kata Trump ni la paling baguih kalau jadi Presiden. Tak macam Hillary (yang besar kemungkinan akan teruskan saja agenda Obama since depa daripada parti Democrat).
Tapi bila dah jadi President, tunggu punya tunggu, last-last Trump bawak keluaq satu page bullet point saja statement pasal tax reform ni. Dan takdak benda sangat pun dalam tu. Orang nak analyse pun tak buleh, sebab detail sikit sangat.
Haritu yo yo oo ja janji ‘phenomenal’ tax cut, konon. Ni, dah la ObamaCare pun tak boleh repeal, janji nak turunkan cukai pun entah ke mana.
Actually Trump dok harap kalau dapat remove ObamaCare tu, ada la duit extra untuk dia tampung balik lower tax collection (sebab kan dah janji nak potong cukai?). Tapi ni dah ObamaCare pun dia tak lepas nak repeal, kacau habih la plan dia yang lain.
Dan orang mula rasa macam tak best. Apa ni. Masa kempen dulu janji bulan bintang bagai. Tapi bila dah dapat undi, dah menang, hang tak ubah apa sangat pun banding dengan Obama yang hang dok attack sangat dulu.
Ok, habis cerita pasal US.
Ni baru nak kait balik dengan Ringgit kita.
One man's meat is another man's poison. Tak baik buat depa kat sana, mungkin baik buat kita kat sini.
Bila Trump menang ja bulan Nov haritu, berbondong-bondong investor US repatriate investment depa untuk balik ke US (ingat tak Ringgit kita teruk kena belasah masa tu? Sebab diaorang ni la. Depa jual/take profit apa yang ada, bawak balik duit ke US).
Sebab kan Trump janji nak turunkan cukai? Untuk corporates, dia kata nak turunkan daripada 35% jadi 15% ja. Maknanya duit yang sepatutnya bayar cukai tu, shareholder akan dapat balik la. Tu yang depa berebut nak balik kampung (US) tu.
Tapi lepas 3 bulan jadi Presiden, tengok takdak apaa pun sangat mamat ni boleh buat, depa mula susun balik investment strategy depa. Sebab tu kita boleh nampak fund flow tu dah mula masuk balik ke tempat yang boleh offer return yang lebih baik.
Dan antara tempat yang depa dok tengok la ni, Malaysia la.
FYI, indeks bursa saham kita la ni kat paras tertinggi since May tahun lepas. Start dari hujung tahun lepas, sampai la ni, dok naik ja ni (YTD return: 7.7%). Tak turun-turun. Tak caya pi tengok chart dia rupa macamana. Gayat weh. Haha.
Dan dalam seminggu dua ni, inflows tu bukan saja masuk ke dalam stock market saja, tapi dah mula turut masuk semula ke dalam bond market.
Antara faktor utama yang trigger recent inflows ni adalah Bank Negara baru ja umumkan beberapa inisiatif untuk boost Msian bond market dua minggu sudah.
Antaranya Bank Negara dah liberalised kan short selling untuk MGS dan GII, tambah flexibility untuk hedging (sekarang dah boleh hedge up to 100%), dan ada la lagi beberapa benda. Yang tu dah a bit technical. Kita tak payah la sembang sampai situ.
Cuma yang aku nak highlight, initiatives Bank Negara ni la antara sebab utama kenapa foreigners mula datang dan beli Ringgit balik.
Dalam kita dok pumpang-pumpang kutuk sana sini kat FB ni, ada kawan-kawan kita (e.g Bank Negara) yang tak tidur malam fikir cara macamana nak selesaikan masalah yang ada. Tapi depa tak hingaq pun. Bak kata Altimet,
“Usaha yang aku bubuh semua petir tiada guruh.”
Eh, melalut. Hehe. Ok2, come back to Ringgit.
So, ya. In short, foreign investors are coming back to Msia since our Ringgit is relatively cheap, our bond market is offering attractive yields, and fundamentally sebenarnya kita masih intact dan takda ada sangat yang berubah kat Msia ni.
Cuma sentiment kita saja yang mungkin terpengaruh dengan pihak yang suka exaggerate certain issues untuk kepentingan sendiri.
Ok la kot, anak aku pun dah bangun ni.
Enjoy your long weekend!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...