Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 3 Mei 2017

Jangan Kritik Kerajaan Di Laman Sosial Kata Pengarah Pendidikan Kepada Guru.

Oleh : Bernama
Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah Datuk Maimunah Suhaibul minta agar semua golongan pendidik, khususnya guru baharu di negeri ini menanam perasaan kasih dan taat setia kepada kerajaan yang memerintah pada masa kini.
Datuk Maimunah Suhaibul
Beliau berkata sebagai penjawat awam, guru memainkan peranan penting untuk melaksanakan dasar kerajaan selain menyampaikan ilmu untuk memdidik pelajar.
"Kita sebagai guru tidak bebas seperti orang yang tidak terikat dengan kerajaan. Oleh itu, jangan sesekali mengeluarkan kata-kata atau menulis kenyataan di Facebook atau WhatsApp tentang perkara yang tidak menyebelahi kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Taklimat Penempatan Guru Baharu Sabah, di Kota Kinabalu, hari ini.
Seramai 547 guru baharu anak tempatan Sabah menerima surat pelantikan pada majlis itu untuk penempatan di sekolah rendah dan menengah di seluruh Sabah.
Maimunah berkata 356 daripada guru berkenaan akan ditempatkan di sekolah rendah, manakala 191 lagi di sekolah menengah.
Penempatan kesemua guru baharu yang berasal dari Sabah itu, selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2015 yang menetapkan 90 peratus guru di Sabah dan Sarawak diisi oleh anak tempatan.
"Setakat ini, peratusan guru tempatan di sekolah kebangsaan di Sabah adalah 84 peratus, manakala sekolah menengah kebangsaan sebanyak 76 peratus," katanya.
Mengulas lanjut, Maimunah berkata pihaknya berharap kesemua guru baharu itu dapat menerima penempatan sekolah masing-masing dengan perasaan syukur, selain bersedia menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik.
"Saya juga mengingatkan agar mereka sentiasa mengamalkan Etika Profesion Perguruan dan mematuhi segala peraturan yang termaktub dalam Akta Pendidikan serta Perintah Am walau di mana mereka bertugas," tambahnya. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...