Khamis, 17 September 2015

PAN (AMANAH) Patut Tukar Logo Sebelum Station TV India Saman.

Ciplak.

Itu pandangan pertama aku. Maaf la. Bukan nak menuduh. Tapi kemon, sapa tak rasa macam tue bila membandingkan antara dua logo Imayam & PAN?


Alasan PAN, persamaan itu merupakan satu kebetulan.

Ya, boleh diterima jika parti kau ditubuhkan pada 10,20 tahun lepas. Di zaman internet takde atau kurang meluas. Di zaman budak2 tak reti nak mengoogle dan sebagainya.

Tapi jika ini alasan yang kau bagi pada zaman info di hujung jari, seriyus kau beranggapan bahawa rakyat Malaysia neh munkee-munkee belaka.

Sesiapa saja pun akan terfikir begini ;

- Yelah pimpinan PAN tatau, bukan dia yang me-reka.

- Macam mana nak buktikan si pereka tue tak google dulu sebelum reka logo?

- Betul juga kita tak boleh membuktikan si pereka logo PAN menciplak idea menerusi google.

- Tetapi terbukti pula si tv putu mayam tue dah terlebih dahulu wujud dan terlebih dahulu menggunakan logo tersebut.

- Suasana politik kat Malaysia neh bercelaru kau tahu. Bayangkan kalau ada disini yang ke sana pergi feed info ke tv putu mayam di India tue dan PAN kena saman sebab ciplak logo, tak terasa menyusahkan hidup kau semua ke?

- Aku ada baca komen dari Eddy Gordon. Dia kata zaman TPPA nanti. Buta2 je PAN boleh disaman oleh Imayam TV atas dasar hak cipta. Kita pun tatau hal akan datang. Mampu ke tak mampu ke kita menghalang Malaysia dari sign TPPA tapi takan PAN nak amek risiko macam tue pula?

Baik tukar. Malu. Persamaan tue jelas. Bukan kecik-kecik anak. Sebijik nak mampos. Kaler je berbeza. Masing2 ada tulisan kat bawah. 

Banyak di kalangan pembangkang yang terer me-reka logo. Setakat PAN nak cari, petik jari je. Aku sendiri boleh rekemen beberapa member. In fact di kalangan aktivis PAN sendiri mengenali kawan2 yang mahir dalam grafik mafik neh. Calling2 je habis citer.

Tak terasa tersindir ke?

Aku baca di laman sosial. 

PAN kena troll.

Parti curi lama punya.
Ahli, kerusi curi PAS punya.
Logo curi India punya.
Kaler curi PR punya.
Mana yang originally dari AMANAH?

Bukan aku yang karang. Aku salin balik la pe yang korang kena troll. Tapi aku tak nafikan. Berguling gak aku ketawa.

Pendapat aku secara peribadi, bab warna dan reformasikan parti lama boleh diterima lagi. Bab ahli PAS keluar dan masuk PAN, itu atas dasar hak ahli2 itu sendiri. Bab pembahagian kerusi aku takmo campur. Parti2 politik neh memang semak dan suka bergaduh bagai. Itu korang punya pasal. Cuma bab logo maaf cakap, aku memang terasa ianya diciplak. Cakap la kebetulan ke apa ke tapi persepsi orang bukan sesuatu yang kau boleh kawal brada. 

Dan aku harap. Tolong la jangan jaja parti PAN neh ialah parti ISLAM yang baru. Seriyus KELAKAR jadinya nanti. Aku kerat leher. Betapa aku berani JAMIN. Yang korang akan buat kelakar nanti atas nama ISLAM.

Mungkin boleh adopt idelogi seperti PSM. Untuk memperjuangan kepentingan marhaen. Tak perlu ISLAM pada nama, label atau jajaan. Kita lihat dari tindakan sudah. Kalau korang rasa korang ISLAM, maka buat je la seperti mana yang ISLAM anjurkan. Buat apa beria2 nak orang faham dan mengiktirafkan korang parti ISLAM baru mengantikan PAS pada saat apa2 action pun tak buat lagi. Ah sembang.

Kbai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...