Rabu, 16 September 2015

Nik Abduh Hadir Himpunan Merah Lapor TMI, Bas PLKN Digunakan Bawa Peserta & Peserta Baling Botol Ke FRU.

40,000 hingga ke 42,000 ribu peserta Merah yang hadir ke perhimpunan Melayu Bersatu. Itu culaan yang dilaporkan oleh beberapa portal online termasukla Malaysiakini, Free Malaysia Today dan The Malaysian Insider di antara jam 3 - 3.20 petang tadi.

Angka sebanyak itu dan menyokong UMNO pula tue, perhimpunan ini boleh dianggap berjaya sebenarnya. Tetapi, disebabkan ada di antara mereka yang dikerah ataupun disponsor untuk hadir maka susah juga kita nak kata perhimpunan ini berjaya.

Tapi untuk 42,000 pro UMNO berada di atas jalanan, bukan kerja senang ek. Budak2 UMNO paling pemalas nak mampos untuk berdemo sebenarnya.

Ajak demo lawan GST, malas.
Ajak demo lawan korupsi, malas.
Ajak demo lawan kezaliman, malas.
Ajak demo lawan rejim tindas orang miskin pun depa malas.

Tapi tak sangka pula demo tentang bangsa dan kutuk DAP kemain rajin depa serbu. Memang ini kot focus matlamat mereka dalam dunia neh. Melalui poster-poster yang tersebar dan laungan peserta Merah, kutukan, kritikan, kemarahan dilemparkan terhadap LGE, LKS dan DAP secara spesifiknya.

Bukan la ditujukan kepada cina secara general, hanya cina DAP je yang jadi sasaran kemarahan dan kritikan mereka. Kritikan terhadap PKR, PAS, PAN dan PSM takde langsung kelihatan (ketika ini la). Maka boleh la diklasifikasikan demo Merah neh ialah demo yang khusus untuk meluahkan protes terhadap DAP semata-mata.

Hihi.

Dalam pada itu, Datuk Razali Idris, pengerusi GKR (Gerakan Kebangkitan Rakyat Terengganu) menganggarkan peserta MERAH yang hadir berhimpun telah pun mencecah 300,000 ribu orang. Huk aloh. 

Culaan MERAH mungkin bersandarkan kepada sebaran beberapa gambar & rakaman video.

Tengok ;

 



Pendapat aku secara peribadi, andai yang ramai-ramai hadir berdemo tue benar2 ikhlas memperjuangkan apa yang mereka percayai, aku raikan hak dan kebebasan mereka kerana mereka memang berkelayakan untuk berpendirian sedemikian. Ini negara demokrasi kan. Tetapi, seperti itu juga la hak pembangkang untuk berdemo perlu diraikan. Lantak la samada siapa paling ramai siapa tak ramai siapa yang sedikit bagi aku itu tak sepenting seperti mana pentingnya isu yang diperjuangkan. So lue masing2 fikirlah sendiri ek.

Oke. Dalam ramai-ramai yang hadir tue, mereka diangkut dengan pelbagai jenis bas sebenarnya. Kat situ dah save ;

- Kos pengangkutan

- Masa, sebab dibawa pergi dan balik kan.

Tapi guna duit sapa semua tue ek? 

Menurut sebaran twitter ;



1. Bas2 PLKN turut kelihatan mengangkut peserta2 Merah ke beberapa lokasi perhimpunan.

2. Update dari Malaysiakini pula mengatakan bahawa pihak PLKN menafikan agensi mereka terlibat dalam perhimpunan tersebut dan penggunaan bas PLKN sebenarnya melibatkan pihak ketiga. Perkhidmatan bas PLKN disediakan kepada agensi berkenaan sebagai 'perkhidmatan luar & berjadual berdasarkan kontrak'. Bukannya dimiliki oleh agensi PLKN secara langsung. Ini bermaksud mana-mana pihak selain PLKN berhak menyewa dan menggunakan bas dengan logo PLKN untuk aktiviti lain selain dari PLKN.

Di samping itu, TMI melaporkan Nik Abduh hadir ke perhimpunan Merah sebentar tadi selepas difitnah oleh beberapa page pro BN pada awal tengahari tadi.



Pada awalnya, gambar di atas disebarkan oleh geng2 UMNO. Yang sebenarnya, ini himpunan pembangkang la. Tak silap aku lawan GST masa MAYDAY. Menurut blog Omakkau, geng2 PKR turut sebarkan gambar fitnah di atas. Adoi. Sebelum tue dok sebarkan fitnah dari blog UMNO AAKJ now sebarkan fitnah dari page pro BN. Memang kebencian berlandaskan nafsu dan emosi semata2 je ke macam mana neh? Satu lagi. Kat sudut paling tepi ada muka Azmin Ali. Perasan tak? Sebelah kiri, perasan tak? Memang takde. Sebab kat sebelah kanan sebenarnya. Muahahaah.

Namun, meskipun gambar di atas adalah fitnah, tetapi THE MALAYSIAN INSIDER MELAPORKAN BAHAWA NIK ABDUH HADIR KE PERHIMPUNAN MERAH TAU.

Ini screenshot dan link berita rujukan aku ;



Rujukan sumber : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/langsung-ribuan-berkumpul-di-kl-untuk-perhimpunan-baju-merah

Takde gambar. At least ketika ini aku tak nampak apa2 gambar yang menunjukkan Nik Abduh hadir ke perhimpunan tersebut. Aku taknak cakap apa-apa. Aku tunggu sebaran gambar. Tunggu penjelasan Nik Abduh. Kat fb dia pun dia tak update apa-apa. So relax dulu.

Ini pula rakaman video pro Mahathir kena halau dengan pro Merah tadi.


Merah Halau pro Mahathir.
Apabila kita dihujung kuasa, penyokong kita pun kena halau. Agaknya ini la yang dirasai oleh penyokong2 Anwar ketika berlawan dengan penyokong2 Mahathir suatu ketika dahulu.Video oleh Suara TV - Penyokong Mahathir kena halau dengan kumpulan Merah.
Posted by Ameno World on Wednesday, September 16, 2015

Updated. 


1. Tadi kat beberapa portal berita melaporkan kumpulan MERAH telah merempuh beberapa halangan polis untuk masuk ke Bukit Bintang, ke Lot 10 dan berjalan ke arah Low Yatt walau bagaimanapun polis berjaya menghalang mereka di hadapan Low Yatt dengan membuat penghadang manusia. 

2. Sungguh pun kelihatan FRU di sana sini, nampak gayanya tiada apa2 tindakan diambil terhadap kumpulan MERAH yang memecah masuk ke jalan2 tertentu meskipun larangan tidak memasuki Bukit Bintang telah dikeluarkan oleh PDRM. Huk aloh. Double standard apa neh beb.

3. Kat PS, POLIS terus berkawal walaupun CROWD nak serbu ramai2. 

4. Seperti di Low Yatt, suasana PS juga tegang dan POLIS telah membuat halangan manusia bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

5. Namun terdapat beberapa pihak dari kalangan MERAH menyabarkan kumpulan MERAH agar tidak merempuh halangan polis untuk memasuki PS dan jalan menuju Low Yatt.

6. Pintu masuk dan keluar ke Low Yatt juga dikawal rapi oleh polis dan beberapa kedai telah menamatkan operasi perniagaan mereka kerana bimbang diserang/dicederakan oleh kumpulan MERAH.

Updated lagi.

7. Laungan DAP BANGSAT terus dinyanyikan oleh peserta2 perhimpunan MERAH.

8. Sebahagian dari mereka beransur2 pulang menuju ke bas masing2. Walaupun perhimpunan dikatakan akan berlangsung sehingga jam 6 petang.

9. Malaysiakini melaporkan peserta perhimpunan MERAH buang sampah merata2. Mungkin disebabkan kekurangan tong sampah. Ini berapa ribu DBKL nak charge agaknya ek?

Tengok gambar ;


Amboi. Dia pun buang sampah merata juga. Tapi mengutuk orang kemain lagi ye kau MERAH.

10. Malaysiakini turut melaporkan keinginan peserta MERAH yang ingin merempuh PS. Kata peserta tersebut nak kacau peniaga2 kat situ. Tetapi tinjauan mendapati hampir kesemua kedai tutup. Terang2 mengaku nak kacau tue yang tak boleh blah tue. Haha.

11. Pada jam 4.55 petang tadi, FRU kena baling botol dengan MERAH kat PS. Ooo. Korang pun dah diserap dan diresapi semangat berkobar2 nak rempuh halangan kan? So itu juga yang dirasai oleh puak2 anarki beb. Dah tue yang kau mengutuk geng2 baju hitam bagai buat apa. Bila kau semua di situasi tersebut kau juga ambil tindakan yang sama. Takde beza pun. Betul2 bercakap depan cermin korang semua neh kan.

12. Dengar khabar, FRU angin. Sembur MERAH dengan meriam air. Yeay. Rasakan mandi ayaq gatal. Maka ada la pengalaman yang sama MERAH dan KUNING.

Hihi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...