Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 17 September 2015

Himpunan Maruah Melayu Ialah Jihad Kata PEKIDA - Senarai Jihad Yang Dilakukan Oleh Kumpulan Merah.

PEKIDA kata kumpulan MERAH sedang berjihad. Apabila kaum melayu bersatu dan menghadiri perhimpunan tersebut, ia adalah umpama sedang berjihad.


Owh, yeke?

Tak tergamak juga aku nak kata setiap demo yang aku sertai ialah jihad. Walaupun tujuan aku berdemo itu seribu kali lebih berfaedah dari apa yang dilakukan oleh kumpulan MERAH semalam.

Aku tak faham tang mana jihadnya bila ;



Malam sebelum demo, ajak gelandangan berdemo. Siap pongpang kata gelandangan hidup aman. Aman pe jadah rumah pun takdak. Kutuk BERSIH. Ajak si miskin membela si kaya. Ini kau kata JIHAD?


Cerita ceriti fitnah disebarkan oleh page-page pro BN sampai penganjur collect dan dihebahkan media.




Memanipulasi agensi kerajaan dan menggunakan helah bagi memancing kehadiran. Itupun jihad ke?




Aksi tak senonoh peserta himpunan MERAH pun JIHAD ke?


Gaduh sesama sendiri pun jihad?


Bertempur dengan penguatkuasa atas isu racist, assobiyah dan remeh temeh pun jihad juga ke?


Sesetengah peserta p berhimpun tapi tak faham kenapa. Itu pun jihad?


Sampah merata? Tak kenal rupa tong sampah?


Hey kemon la PEKIDA. Bila puak kau buat kacau dan fitnah macam kat bawah neh ;



Itu namanya bukan jihad tapi buat kacau. Sama dengan perkara2 di atas. Tu semua namanya berbuat kacau. Dan sama seperti ketika aku berdemo, bila aku berbuat kacau, aku act like a boss. Aku takan heret bab jihad mihad kat sini kerana sesungguhnya tindakan itu tersangatlah sampah.

Nak berhimpun cara mana pun hak korang. Tapi jangan heret termalogi ISLAM bagi menghalalkan tindakan korang. Ianya sangat menganggu pemikiran umat Islam. Takut ada di antara mereka yang terpedaya.

Aku meraikan hak berhimpun. Korang nak melawan penguatkuasa pun aku tak heran. Tapi biar la atas isu yang relevan. Isu rakyat tertindas ka, polis banyak terkait rasuah ka, ketidakmampuan mereka menyiasat secara effisen ka, ada ka patut lawan polis sebab isu racist. Memang bodoh piang. Sanggup berkumpul ramai2 nak mengatakan aku racist dan berbangga kerana aku racist. Tak boleh bayang jika ini yang dilabel jihad.

Atau mungkin, tafsiran sebenar JIHAD dah bertukar sama seperti tafsiran sebenar AMAN? Nampak gayanya aku kena buka kamus semula. Banyak benda rupanya yang aku ketinggalan kat negara neh.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...