Rabu, 16 September 2015

MERAH Berani Lawan POLIS - Tahniah, Tindakan Bernas Yang Patut Dipuji!


Tahniah.

Andai kata semua penyokong pembangkang ataupun BERSIH membantai provokasi yang dilakukan oleh MERAH terhadap POLIS, aku tetap disini sokong tindakan tersebut kerana ianya BERNAS dan TERPUJI. Jangan ingat aku acah2 nak bodek polis yang kawal crowd demo neh. Plastik, no no no.

Ya. Polis-polis pemoral dari pembangkang akan buat ayat-ayat sentimen yang mengatakan demo MERAH tak aman la, demo MERAH pun ada provokasi la macam la demo pembangkang aman sangat dan takde provokasi. Padahal 2 x 5 je pun memasing. Dok bercakap depan cermin tapi tak sedar dengan siapa dia bercakap. Kira bodoh la tue kan.

HAHAHAHA.

Aku akan abaikan motif MERAH berdemo. Jujur cakap. 10 kali mati hidup semula pun aku tetap kata motif MERAH berdemo tersangatla sampah dan bodoh. Jangan marah arhhh. Tetapi, hak berhimpun hak mereka dan hak untuk menjadi bodoh pun hak mereka so aku raikan aje la secara terbuka.

KAH KAH KAH

Tadi. Lebih kurang 4.55 petang gitu. Si Malaysiakini dan TMI menyebarkan rakaman di mana dalam rakaman2 tersebut ;

- Kelihatan MERAH berapi2 bengang nak masuk PS tetapi dihalang polis.

- Semangat dah meluap2 dah neh.

- Ada di antara mereka dok baling botol.

- Then ada pula suara2 yang sokong.

- FRU angin satu badan sebab kena baling dengan botol. Jilake kau MERAH. Lepas baling botol kena tuduh sebagai BARUA DAP lagi. Sekali lagi memang jilake kau MERAH. Yang arah aku kerja hari neh pemimpin2 kau juga. Ada ke patut korang kokak FRU. Nak kena neh.

- Last, FRU sembur air gatai. Marah dengan provokasi MERAH.

- Bertempiaran lari la dak2 MERAH neh.

Tatau la kalau ada di antara mereka kena tahan ke apa tetapi tindakan mereka baling botol tue tersangatla aku sokong dan setuju beb. Aku tak kritik sebab aku memang sokong perbuatan itu kan.

MUAHAHAHAHA.

Kenapa?

1. Akhirnya MERAH tahu juga. Bahawa sekatan2 dan halangan2 yang dilakukan oleh polis kadang kala tak masuk akal, bahkan kita sebagai pendemo sepatutnya takde keperluan nak patuh. Jadahnya nak patuh. Nak lawan rejim, tapi nak patuh pada undang2 rejim. Itu kepercayaan aku la. Pada MERAH pula, mungkin bacaan mereka, aku nak langgar jalan bukan langgar orang, apa ke halnya polis tak bagi masuk. Bak kata salah seorang peserta MERAH. Kalau polis tak bagi masuk, sahla polis kena rasuah. Hihihi.

2. Provokasi yang dilakukan oleh MERAH menunjukkan peningkatan terhadap pemahaman mereka dalam DEMO. Mereka semakin cerdik dan maju ke depan. Bahawa untuk menumbangkan atau melakukan perubahan bukan dengan cara berselfie atau bagi bunga kuning kat abang polis. Apa kau ingat ini karnival ke setan? Ini demo. Kau tengah melawan, protes dan marah. Kalau pun taknak tumbangkan rejim, acah-acah la marah dan mengganas serba sedikit. Baru media bersemangat nak main isu kau. Baru orang bersemangat nak google atau baca cerita kau. Kena puji ka kutuk ka belakang citer janji kau hits kan. Bila kau jadi carian baru la kau berpeluang nak menambah sokongan melalui hujah2 yang membela tindak tanduk kau. Daripada kau diam tak berbuat apa2 baik la kau lakukan sesuatu. Biasalah, risiko kena dakwa, siasat itu memang ada. Itu sebab kau semua kena pakai baju dua lapis, pakai topeng. Masa baling pakai baju MERAH, lepas tue lari laju2. Then buka baju. Pakai topi, spek, buka topeng buat bodoh je la. Lalu depan abang polis. Nampak tak strategi neh? Eh apesal aku ajar budak2 MERAH neh hah? Kantoi siot.

MUAHAHAAH.

3. Pemimpin2 negara, khususnya Ahmad Maslan dan penganjur demo akhirnya sedar bahawa geng2 MERAH neh takde beza dengan geng2 pembangkang juga. Provokasi tetapla provokasi. Ahmad Maslan kata perhimpunan MERAH boleh menjadi contoh? Contoh pa dia. Korang pun baling botol gak macam pembangkang. Kalau demo MERAH boleh menjadi contoh maka demo pembangkang pun boleh dicontohi juga. Kita sama2 terer baling botol pa. 

4. MERAH neh perhimpunan MELAYU. Yang kena lauk dengan depa pun POLIS MELAYU. Akhirnya mereka sedar juga apabila MELAYU sama MELAYU gaduh tak semestinya sebab CINA menghasut di tengah2. Dah kita tak sealiran dalam idelogi, gaduh la. Apa lagi. 

5. Peluang untuk MERAH jilat LUDAH mereka sendiri. There is no such perhimpunan aman dari A sampai Z sebenarnya. Berapa ramai yang datang berdemo? Masing2 ada something kat kepala hotak masing2 dan masing2 mahu hak menyuarakan perkara tersebut melalui cara tersendiri diraikan. Ada yang nak maki DAP. Ada yang nak buat poster kritik LGE. Ada yang nak rempuh halangan (dah memang 2 halangan dirempuh juga). Ada yang buang sampah merata. Ini memang senario biasa dalam demo. Yang ini kau semua focus untuk kutuk pembangkang pasai apa bila korang pun dah 2 kali lima macam mereka juga. Ada puak2 MERAH dok bersolat di luar masjid dan snap gambar untuk sebaran bagi meraih simpati LIKE. Sebijik macam propaganda pembangkang. Tapi ketika budak2 pembangkang buat kemain lagi MERAH kutuk. Kutuk2 sekali geng sendiri buat kerja seroper. Tak rasa kelakar ke apa korang neh? 

Lenkali, bila kami geng2 pembangkang lawan polis, korang relax aje. Tengok. Korang lawan polis pun aku relax aje siap puji2 lagi. Kita sama2 kompromi dah la. Hehe.

Walau bagaimanapun, apabila korang dah mulai merasai aura protes, dan bermandikan air gatai, aku harap korang tak mengundur ke belakang lagi. Terus melawan untuk demo2 mendatang. Cuma kali neh jangan demo bab melayu2 bagai neh la. Seriyus takde hala tuju langsung. Kalau pun nak lawan PEMBANGKANG, kasi cari la isu2 nasional. Contoh, demo sebab balak & rumah mangsa banjir di Kelantan, demo sebab terowong di Penang atau demo sebab 5 tol baru di Selangor. Nampak berkredibliti sikit demo2 korang. Apa pun aku tepuk tangan sebab korang lawan polis. Akhirnya korang dah merasai aura tersebut. Aku memang suka orang lawan polis neh. Dalam kurungan, hanya melibatkan perlawanan rakyat tertindas dengan penzalim la. Tapi mandi ayaq gatai best wo. Jilake kau MERAH. Aku yang ketagih, kau yang dapat. 

Keh Keh Keh

Oke. Ini update2 terkini.

Jamal tak dapat terima hakikat.


Btw. Najib kata perhimpunan MERAH aman. Apa maksud aman dah berubah ke kat Malaysia neh? Apesal aku tatau pun.

Tue dia. Tag UMNO Pulai. UMNO Pulai tak baik-baik macam Jamal ka? Hihi



Sampah menimbun2. Ini rupanya maksud demo contoh gaya Ahmad Maslan. Hihi


Berapa DBKL mao charge? Ada hantar bill depan rumah? Rahman Dahlan mana kau Rahman Dahlan?



KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Video satu.
 
Video ;

Merah semakin berani lawan polis.
MERAH provoke polis, kena sembur dengan water cannon.
Posted by Ameno World on Wednesday, September 16, 2015

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...