Khamis, 17 September 2015

Kematian Kevin Morais Masuki Senarai Pembunuhan Kejam Di Malaysia.

Kereta ditahan. Dibawa secara paksa memasuki kenderaan si penculik. Kemudiannya dibunuh. Untuk menutup jejak, mayat dimasukkan ke dalam guni dan disumbat ke dalam tong dan disimen. Selepas itu tong tersebut ditenggelamkan ke dalam sungai bagi menghapuskan bukti. Kenderaan Kevin pula dibakar di Hutan Melintang, Perak.


Polis mengatakan motif pembunuhan ;

"Motif kes ini, anda boleh rujuk perbicaraan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, dua minggu lalu mengenai pendakwaan seorang pegawai tentera berpangkat doktor yang terbabit dalam kes rasuah," katanya. Semakan mendapati, ia berkemungkinan besar merujuk kepada perbicaraan seorang doktor berpangkat kolonel yang berkhidmat dengan angkatan tentera atas dua tuduhan rasuah.  

Tertuduh yang berusia 50 tahun ketika itu, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Shah Alam pada 9 September 2013 atas dua tuduhan rasuah membabitkan wang sogokan RM700,000. - BH.

Ini pula gambar suspect utama, konon dalang kepada pembunuhan seperti yang tersebar menerusi laman sosial ;

 
Ketika ini 5 sudah ditahan bagi siasatan pembunuhan Kevin Morais. Adik Kevin, Richard Morais berkata kepada pemberita bahawa "semua orang tahu ia berkaitan dengan kes yang dikendalikan nya".

Tetapi Kevin tak kendalikan satu kes semata-mata. Ada beberapa kes dalam tangannya. Bila aku fikir-fikir balik, pembunuhan ini memang tersangatla samseng dan kejam. Tetapi betul ke motif tentang kes Shah Alam tu boleh lead ke arah pembunuhan Kevin Morais. Aku tak fikir ianya cukup kuat melainkan memang doktor tentera tersebut berdendam dengan Kevin.

Doktor tu tak mengaku bersalah. Mungkin dia boleh manipulate bukti bagi membebaskan diri dia dari pendakwaan tersebut ataupun paling2 koman kena serve penjara 2,3 tahun dan bebas. Sebab tu dia tak mengaku bersalah. Bila dia dah bunuh orang, dia kena hadap hukuman gantung yakni akan menyukarkan lagi matlamat dia untuk hidup bebas tanpa diburu oleh undang2. Sebab tu aku semacam pelik. Apatah lagi kes neh 2013 punya.

Bukan nak speculate. Kesian pada ahli keluarga mangsa yang mungkin berkecamuk kalau masyarakat asyik speculate itu ini. Dah la keadaan mayat Kevin sangat menyedihkan diri mereka.


Tak boleh bayangkan saat2 akhir Kevin ketika dibunuh. Memang pembunuhan terancang. Apa la dosa sangat dia sampai nyawa yang jadi taruhan. 

Cuma aku tertanya-tanya. Betul ke kes perbicaraan tu adalah motif utama kepada pembunuhan? Jangan2 Kevin ada menemui bukti baru tak. Penglibatan orang atas dari doktor tentera tersebut berhubung skandal rasuah di kementerian pertahanan. 

Satu lagi. Polis just assume. Itu andaian awal mereka belum tentu sahihnya berkaitan dengan kes tersebut.

Kevin neh orang undang2. Mungkin dia ada tinggalkan sesuatu bukti bagi memudahkan siasatan polis. Kalau kita neh asyik diugut macam2 dan menerima ancaman bunuh, sudah tentu Kevin akan merekodkan tindakan tersebut. Sebagai langkah berjaga2. 

Melainkan dia secara tiba2 menjadi sasaran tanpa dia sendiri sedar. Jika itu keadaannya maka sudah tentu la dalam tempoh terdekat dia telah encounter dengan sesuatu sehingga membuatkan dirinya menjadi target pembunuh.

Sejak 5,6 tahun kebelakangan di Malaysia neh, pembunuhan kejam sudah tidak aneh lagi sebenarnya. Samada mereka yang bertaraf VVIP mahupun insan biasa. Masing2 mempunyai skill membunuh yang tersendiri bahkan negara pernah gempar dengan siri pembunuhan upahan yang menembak secara terbuka. Ramai yang menjadi mangsa antaranya pegawai tertinggi kastam sendiri. Kos untuk mendapatkan pistol/senjata secara haram juga lebih murah dan mudah di Malaysia. Bahkan kos untuk mengupah pembunuh juga tidak mahal. Penjenayah jadikan Malaysia neh betul2 macam syurga mereka. Kita memang tak selamat langsung. Siasatan mengenai rasuah, penyelewengan ataupun salah laku akhirnya akan berakhir dengan kematian dan ancaman. Agak-agak, siapa yang menjadi punca kepada semua masalah ini?

Lue fikirlah sendiri.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...