Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 16 Jun 2015

Timbalan Ketua Menteri Penang Sudah Lari Selepas Tuduh JPJ Dan Penulis Difitnah Kerana Mengkritik P.Ramasamy.

Apa yang berlaku neh? Isu neh kecik kalau si P.Ramasamy mengakui kesalahan. Tapi sayangnya dia degil nak mampos.

5,6 hari lepas kecoh isu sarung di JPJ. Seorang makcik (berbangsa cina) keliru kerana diarah memakai kain batik atas alasan baju yang dia pakai tidak sopan (tidak mematuhi dress code di agensi awam).

Tindakan memakai kain batik tue ada beberapa impak ke atas makcik tersebut.

Pertama. Dia rasa malu dan mengaibkan. Mata2 memerhatikan dia. Sudah tentu emosi dia terkesan. 

Kedua. Dia tak faham apa yang tak sopannya pada pakaian dia. Jadi dia marah. Sudah la terasa dimalukan, dituduh pula tak sopan di laman facebook.

Seksi, jika itu jawapan dia aku memang tak bersetuju. Pakaian makcik tue memang tak seksi pada mata aku. Kurang sopan pun tidak juga. Tetapi oleh kerana agensi kerajaan kata kena pakai bawah lutut, maka terima je la peraturan sedia ada. Aku pun baru tahu wujud peraturan sebegitu. Kalau tidak aku memang tak perasan. 

Cuma dalam isu berkenaan ;

- Lebih ramai yang mengkritik makcik tersebut termasuklah mereka yang berbangsa cina.
- Sesetengah wakil rakyat PR dan BN menyibuk dalam isu picisan ini.
- Antaranya Teresa Kok. Siap banding dengan situasi dalam masjid. Hanya cina je layak mengajar cina macam Teresa. Last2 dia kena 'tarbiah' dengan ustaz Firdaus Wong (febret aku gak neh). Padan muka. Sedang agama Kristian pun menganjur jangan mempermainkan agama lain. Apa dia belajar dalam KRISTIAN agaknya. Contoh penganut kristian yang bermasalah.

Dan, disinila kesilapan P.Ramasamy bermula.

Entah macam mana otak dia berfikir. Ini yang dia update.


'Pemakaian sarung bukan sesuatu yang tidak disengajakan sebaliknya satu langkah sistematik dan terancang sebagai percubaan untuk menerapkan gaya pemakaian islamik ke atas non muslims'.

Aku diberitahu, P.Ramasamy neh orangnya pandai. Doktor. Jawatan pun bukan cikai2 di Penang. Timbalan ketua menteri lagi. Tapi komen tak setally pula dengan pendidikannya.

Sarung bukan pemakaian Islam. Islam tak menghadkan jenis pakaian. Islam punya protokol aurat bukan pada nama tetapi lebih kepada ciri. Longgar, tidak menunjukkan bentuk badan, menutup semua bahagian yang ditakrif aurat dan bagi wanita adalah molek berpakaian gelap dan perhiasan tidak boleh keterlaluan sehingga menarik perhatian.

Bukan hanya melayu bahkan kaum india memakai kain sarung juga. Tengokla di estet-estet. Cuba tanya. Adakah mereka dah di-islamisasi-kan selepas memakai sarung? 

Kenapa JPJ guna kain batik? 
Kerana itu yang express dan tersedia.
Kalau yang tersedia itu skirt labuh, maka skirt labuh la yang diguna.
Kalau yang tersedia itu jubah, maka jubahla yang dihulur.

Tak payah la fobia tak tentu pasal. Seolah2 orang melayu neh buat apa2 pun mesti ada unsur2 nak paksa non muslim masuk Islam. Macam bodoh je aku tengok.

Okay. P.Ramasamy dah kantoi kat situ. Minta maaf memang tak la. Lepas kena bashing mula dia block. Then dia tertekan agaknya, dia tutup account twitter. Dah kau tunjuk racist. Memang la kau mendapat. Dalam DAP. Perlu juga kita terima hakikat. Memang diantara mereka ada yang racist. 

Kemudian. Tah macam mana. Salah seorang yang mengkritik P.Ramasamy menjadi sasaran kemarahan ahli majlis DAP yang juga 'orang kuat' P.Ramasamy. Aku perati isu neh dah berlarutan 3,4 hari dah. Dan nampaknya dia tue tak insaf2 lagi. Apa benda la kan. Kita neh dah buat salah mengaku sudah. Memang kita yang buat cerita bangang. Memang boss kita yang bangang terkantoi. Kenapa nak tegak benang basah sambil fitnah orang?

Baca kronologi kejadian jap ;

Pada 14 Jun 2015, sekitar pukul 8:25 pagi, seorang rakan mengirim mesej peribadi menerusi laman rangkaian sosial Facebook. Katanya, seorang individu bernama Satees Muniandy (https://www.facebook.com/satees) memaparkan perkara-perkara buruk mengenai saya di Facebook.

Saya melayari laman Facebookmilik Satees dan terkejut membaca perkara yang dipaparkannya. Satees ternyata berniat jahat dan mahu menyebarkan fitnah bagi mencemarkan maruah serta nama baik saya.

Satees menulis di Facebookpada sekitar 7:50 pagi, 14 Jun 2015 bahawa dia mencari maklumat mengenai diri saya diWikipedia. Dia memaparkan foto skrin yang kononnya memuatkan biodata diri saya. Kandungan yang dipaparkan itu memberikan gambaran buruk dan tidak benar mengenai saya sebagai seorang individu dan penulis.

Saya segera melayari Wikipedia iaitu pautanhttps://en.wikipedia.org/wiki/Uthaya_Sankar_SB. Saya mendapati paparan sebenar di Wikipedia tidak sama dengan laman palsu yang dipaparkan dan dikongsi oleh Satees di Facebook.

Maka, kecuali dapat dibuktikan sebaliknya, Satees sendiri telah berusaha menyunting entri Wikipedia itu dengan niat memfitnah saya serta menjatuhkan maruah saya di mata orang ramai.

Kecuali dapat dibuktikan sebaliknya, Satees sendiri telah mengambil foto paparan laman Wikipediayang sedang/telah disuntingnya itu dan dia sendiri telah berkongsi foto itu di Facebook bagi mencemarkan maruah saya serta memfitnah saya.

Berikut antara fitnah yang dilakukan oleh Satees menerusi paparan fotoWikipedia palsu itu:

1 - Memfitnah saya dengan menulis “Due to difficult past (mother crippled and drunkard dad), he grew up hating people.”

2 - Memfitnah saya dengan menulis “He was known to be a social outcaste with no friends.”

3 - Memfitnah saya dengan menulis “He is also the founder of malaysian indian kama sutra magazine.”

4 - Memfitnah saya dengan menulis “He spent many years at Henry Gurney (Juvenile) school Melaka between 1990 to 1994 for sexually assaulting a fellow classmate.”

5 - Memfitnah saya dengan menulis “It was also reported that he raped his english school teacher, resulting in him not learning english.”

6 - Memfitnah penduduk Aulong Lama, Taiping, Perak dengan menulis “He grew up in a village (Aulong Lama in Taiping, Perak) where the majority were registered sex offenders with serious criminal histories.”

7 - Memfitnah akhbar theSun dengan mengatakan laporan di perenggan di atas (Perkara 6) disiarkan di akhbar berkenaan pada 16 Julai 2009.

8 - Memfitnah keluarga saya dengan menulis “His Dad went to prison after raping his own daughter, and his mother committed suicide.”

9 - Memfitnah saya dengan menulis “His criticisms on women working amongst men resulted in him going to prison again.”

10 - Memfitnah akhbar New Straits Times dengan mengatakan laporan di perenggan di atas (Perkara 9) disiarkan di akhbar berkenaan pada 11 Februari 2004.

11 - Memfitnah tiga individu dengan menulis “Kumareswaran’s wife Neta ran off with Uthaya.”

12 - Memfitnah saya, wartawan Dina Zaman, wartawan Rachael Philip dan akhbar New Straits Times dengan menulis “Dina Zaman calls him ‘stupidly blunt’ in an article she wrote in New Straits Times (4 July 2001) while Rachael Philip admits that he is ‘undeniably untalented’ in New Straits Times (28 August 2005).”

13 - Memfitnah saya, penulis Amir Muhammad dan akhbar The Edgedengan menulis “Amir Muhammad refers to Uthaya as ‘one of the least brightest pervert existing’ in The Edge (19 November 2001).”

14 - Memfitnah saya dengan menulis “Uthaya’s particular gift lies in manipulating men thinking that he is a woman.”

15 - Memfitnah saya dengan menulis “He later changed his name to Uthaya Sangari.”

16 - Memfitnah saya dengan menulis “He has been one of the most prolific transgender in …”

Rujukan di Wikipedia membuktikan bahawa apa yang ditulis (disunting) dan dipaparkan oleh Satees menerusi Facebook adalah maklumat palsu yang tidak terpapar langsung di laman Wikipedia seperti didakwa oleh Satees.

Kecuali Satees mampu membuktikan sebaliknya, adalah nyata bahawa Satees sendiri melakukan suntingan itu (tetapi mungkin ditolak daripada siaran oleh Wikipedia) dengan niat memfitnah, menghina, mencemarkan nama baik serta menjatuhkan maruah saya dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Hasil carian di Internet pada 14 Jun 2015 menunjukkan bahawa Satees adalah “research and development bureau chief for DAP Socialist Youth” (The Malaysian Insider, 17 Februari 2015).

Hasil carian juga menunjukkan individu yang tidak saya kenali ini merupakan “Seberang Perai municipal councillor … who is also the aide to DAP’s Prof P. Ramasamy” (The Malay Mail Online, 10 Julai 2014).

Saya ada ramai kenalan yang merupakan ahli dan pemimpin DAP. Malah, Penasihat Agung Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan), Datuk A. Samad Said (Pak Samad) menyertai DAP pada 13 Jun 2015. Saya juga kolumnis ruangan sastera dan budaya di Roketkini milik DAP.

Tindakan individu seperti Satees membuatkan nama baik DAP tercemar. Rasa hormat saya terhadap pemimpin DAP juga terjejas. Bak kata pepatah Melayu, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Saya berharap pihak berkuasa dan kepimpinan tertinggi DAP menyiasat kes fitnah ini dengan segera dan teliti. Saya mengharapkan laporan bertulis daripada DAP dalam hal ini.

Saya juga ingin mengadakan pertemuan dengan pemimpin atasan DAP bagi membincangkan isu ini sebelum orang ramai (termasuk saya) mula membenci dan menolak DAP.

* Kenyataan media ini dikeluarkan oleh Uthaya Sankar SB di Shah Alam, Selangor pada 14 Jun 2015 dan disiarkan di Kuala Lumpur Post (14 Jun 2015).
Nampak?

Uthaya punya bahasa melayu neh, aku pun kalah. Aku siap belajar bahasa dari dia lagi kat facebook. Adeh. Malu. Tapi elok la si Nga dan Ngeh dan pemimpin2 DAP yang sibuk laung Malaysia Malaysian neh p belajar dengan Uthaya Sankar. Bercakap bahasa melayu dengan betul. Tak semestinya perlu fasih tapi at least sebagai rakyat Malaysia dan sibuk pula dengan perjuangan Malaysia for Malaysian tidak kah ianya memalukan untuk kau bercakap bahasa melayu tergagap2? Pelat? Sure ke korang neh bangsa/rakyat Malaysia ke atau baru menetap kat sini 2,3 tahun? Seriyus aku rasa fak bila dengar sidang parlimen sesetengah MP DAP bercakap. Kalau boleh lempang, aku lempang. Kalau boleh pijak, aku pijak. Memang aku meluat. Sebab lakonan hebat dorang. Bangsa Malaysia kepala hotak kau. BM pun tak pass. Sibuk bangsa Malaysia konon. P mampos la.

Haha.

Apa2 pun. Lesson learned.

Nampak?
Dah buat salah, kait2 semua benda sebagai proses islamisasi, tuduh itu ini lepas tue diam dan lari. Apa punya standard la timbalan menteri Penang kau neh. Satusen tak boleh harap.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...