Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 18 Jun 2015

Azmin Kata Lain, Rafizi & Wan Azizah Kata Lain - Akhirnya Penyokong2 PR Sendiri Bercelaru.

LKS pun dah pening kepala dengan tindakan LGE.
Just nak analisa jap keadaan terkini tentang kewujudan Pakatan Rakyat. Agak kelam kabut sebenarnya pada pemerhatian penyokong2 tegar mereka. Kesian plak aku tengok. Setelah bermatian mempertahankan perjuangan Pakatan Rakyat akhirnya PR mungkin berakhir dengan sebuah kematian.

Yang mereka doa dan mahu. Batu nesan Barisan Nasional.

Yang mereka dapat dan lihat. Batu nesan Pakatan Rakyat.

Mustahil mereka tak rasa sakit ahti. Dikhianati. Ataupun kecewa dengan situasi yang berlaku.

Kita lihat babak awal. 

Bermula dari muktamar PAS tahun 2015.

- PAS ada bawa satu usul.

- Usul tersebut ialah memutuskan hubungan dengan DAP dan kekal berada dalam Pakatan Rakyat.

- Usul berkenaan diluluskan (dengan sebulat suara) tanpa dibahas.

- Muktamar ialah peringkat tertinggi dalam PAS.

- Oleh itu apa2 keputusan yang diputuskan muktamar bermakna muktamad. Ini tertakluk dalam perlembagaan PAS itu sendiri. Konar kiri konar kanan tak boleh ubah keadaan ini melainkan satu muktamar khas diadakan bagi mengubah keadaan semasa.

Kemudian. Selepas diluluskan, perlu dilaksana serta merta. Bukan sekadar lulus begitu saja. Tetapi babak selepas lulus usul lebih mengelirukan penyokong2 mereka.

Babak selepas muktamar meluluskan usul putus hubungan dengan DAP.

- Mustafa Ali kata tunggu MSU buat keputusan. PAS bersatu dengan DAP guna hukum, nak putus pun guna hukum (ini sebenarnya tak betul. MSU dijadikan topeng untuk melengah2kan keputusan yang telah dibuat).

- MSU sampai ke hari ini tidak tahu bila mesyuaratnya untuk berbincang hal putus2 dengan DAP tue. Mesyuarat ada tetapi tak bincang pula hal berkenaan. Pelik juga. Dok tangguh2. Maka ini beri persepsi. Yang muktamar PAS digunakan untuk ugut/menakutkan DAP tetapi lain pula yang terjadi.

- Beberapa wakil rakyat PAS mula letak jawatan secara berperingkat di Penang, negeri yang didominasikan oleh DAP. Namun pimpinan DUPP mengeluarkan kenyataan jangan letak jawatan lagi. Ini contradiks dengan keputusan muktamar PAS yang mahu putus hubungan dengan DAP.

- Nik Abduh cabar DAP buat keputusan. Jangan beri bayangan PAS jantan, DAP betina. Hanya tunggu PAS nak lafaz cerai sahaja (bayangan). Tapi pelik juga. Muktamar PAS yang luluskan usul putus dengan DAP (dan itu apa sebenarnya? Hahaha)

DAP kemudiannya rasa tercabar.  

- Lalu buat mesyuarat tergempar bagi membincangkan usul muktamar PAS. Padahal usul dah diluluskan beberapa hari. Lepas Nik Abduh 'mencabar' dan2, buat mesyuarat.

- Akhirnya DAP pun termakan dengan cabaran tersebut lalu bertindak mengisytiharkan Pakatan Rakyat bubar. LGE yang buat declaration tersebut.

- Pegawai2 DAP meletak jawatan secara berperingkat di Kelantan.

- DAP juga mendesak PKR amek satu ketetapan. Bersama DAP atau bersama PAS.

PKR juga akhirnya isytihar Pakatan Rakyat sudah tiada.

- PKR buat mesyuarat tergempar tanpa kehadiran Azmin Ali.

- Dalam mesyuarat tersebut memutuskan PKR bersama DAP.

- Namun nada yang berbeza oleh pimpinan tertinggi PKR mengelirukan penyokong2 mereka.

- Pada waktu petang, Azmin Ali kata PR masih wujud dan perbincangan akan dilakukan. Secara baik dengan semua pihak.

- Menjelang malam, Wan Azizah dan Rafizi mengesahkan PR sudah tiada. Mengambil pendirian senada dengan DAP dan memberikan gambaran PKR akan bersama DAP.

- Azmin diam tanpa respon susulan namun menafikan kenyataan Rafizi yang mahu melibatkan peranan sultan.

- Spekulasi mengatakan Azmin dan beberapa orang kanannya memilih bersama PAS. Manakala Wan Azizah dan Rafizi bersama DAP. 

Susulan selepas pengumuman DAP DAN PKR.

- LGE tak setuju dengan point Azmin yang PR masih boleh diselamatkan.

- Mustafa Ali kata tak boleh menang PRU jika PAS bersendirian.

- Nik Abduh enggan respon apa2 dah.

- LKS kata DAP tak pernah declare PR bubar pula dah.

- Azmin kata DUN Selangor tidak akan dibubarkan. Dan akan jumpa sultan untuk maklumkan perkembangan terkini di Selangor.

- Anwar keluar kenyataan tak jelas. Samada sokong ke tak sokong ke apa ke. Hanya cakap PR perlu focus kepada kerja2 membahaskan masalah rakyat tertindas. 

Hmmm.

Ini sebenarnya bukan tambah bagi faham tapi tambah bagi keliru daaaa.

Satu lagi bab PKR.

Aku pelik dengan perpecahan dalam parti tersebut. Ada beberapa benda yang aku fikir. Mungkin atas nama dendam, Wan Azizah tidak mahu bersama PAS. Rafizi pun sama. Padahal Rafizi yang buat hal dan punca kepada segala kekusutan ini.

Sampai mati pun orang ingat yang Rafizi memusnahkan apa yang Anwar usahakan.

Tapi aku tak sure samada PKR mungkin ada hidden agenda.

Bila fikir2 balik. Tak mustahil juga Rafizi dan Azmin berpakat untuk tunjuk mereka berbeza pendapat in order untuk mengelirukan DAP dan PAS.

DAP akan rasa lega jika Rafizi dan beberapa yang lain bersama mereka.
PAS juga akan rasa seronok bila MB berpihak kepada mereka.
Jadi kesepakatan di Selangor boleh diteruskan seperti biasa.
Harus diingat, PKR hanya ada 13 kerusi. PAS 15 (mungkin 16 jika Khalid isytihar bersama PAS) dan DAP 15. Jika PKR tak gunakan taktikal begini, keadaan mungkin lebih huru hara dek melayan tuntutan DAP dan PAS dalam waktu yang sama.

Tapi bila memikirkan juga, hubungan Wan Azizah dan Azmin hmmm.. So tak mustahil juga yang PKR sendiri berpecah dalam isu mengenai pembubaran PR.

Cuma situasi sekarang. Apa status sebenar PR. Sudah mati kah, atau masih hidup? Semua orang tertanya2. 

Apa2 pun pada aku jika PR disahkan mati (sekarang mungkin kategori nyawa2 ikan memandangkan ada pihak yang masih mahu berunding dan flip flop) elokla penyokong2 PR mula muhasabah diri. Bukan apa. Sokongan yang taksub akhirnya tak mendatangkan apa2 hasil juga. Beria2 tutup skandal pemimpin. Beria2 kempen sana sini. Beria2 pertahankan pemimpin. Beria2 pasang bendera. Beria2 bekerja dalam kempen atas nama jihad. Alih2 semua musnah dek perangai pemimpin2 parti yang gila kuasa, kedudukan dan pangkat. Itu tak masuk lagi bab ego dan suka buat keputusan melulu. Fikir2kan la. Tanpa peranan dan sokongan korang, PR bukan PR pada hari ini. Satu je cara nak ajar PR supaya dorang sedar diri. Aku rasa korang pun tahu pa dia. Biar kita rugi 5 tahun atas nama mendidik mereka, jangan kita rugi bertahun2 atas nama memberi peluang pada yang tak menghargai. Sebelum mereka jauh tersasar, bertindak la.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...