Isnin, 15 Jun 2015

Surat Pecat Pegawai Lantikan PAS Di Penang Kecoh - DAP Mula Berhentikan Kakitangan Lantikan Parti - PAS Semakin Tertekan.


PEGAWAI GUAN ENG KENA PECAT SERTA MERTA,HASIL SILAT "SIKU LUTUT"

1. Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri P.Pinang daripada PAS, Fadzil Kemi telah dipecat oleh kerajaan negeri, melalui surat bertarikh 12 Jun lalu. Beliau akan menerima pampasan sebulan gaji.

2. Ia berkaitan usul daripada Dewan Ulama dan Muktamar PAS yang memutuskan hubungan dengan DAP.

3. Fadzil adalah setiausaha PAS negeri dicadangkan oleh Mohd Sabu memegang jawatan itu. 

4. Sebelum ini, ahli majlis MBPP dan MPSP daripada PAS enggan letak jawatan, dengan alasan mereka dilantik oleh PAS. 

5. Mereka sengaja tidak mahu bezakan antara "cadang" dan "lantik".

6. Lebih 1000 ahli pas memegang jawatan dalam kerajaan negeri.


Sumber.

-------------------------------------- 

Aku nak kata PAS, padan muka. Tapi mengejek pun tak guna. Sekadar tambah provokasi nak buat apa.

PAS secara jelas telah memutuskan hubungan dengan DAP. Keputusan tersebut dicapai sebulat suara tanpa perbahasan menerusi muktamar. Muktamar ialah keputusan tertinggi. Mana-mana pengomen yang menafikan peranan muktamar sebenarnya sedang ;

- Menipu diri sendiri
- Menipu orang lain
- Menipu denga tujuan memanipulasi agar pegawai2 lantikan parti PAS di Penang dapat mempertahankan jawatan2 mereka.

Apa itu peranan muktamar? Perlu kita perhalusi secara undang2 parti itu sendiri. Untuk memahaminya sila baca link di bawah sehingga habis.

Baca : Muktamar badan tertinggi PAS - Usul putus dengan DAP, konkrit dan muktamad sehingga re-muktamar diadakan.

Proses dia begini ;

1. Muktamar bentang usul, jika semua setuju atau majoriti bersetuju maka usul berkenaan lulus dan diterima. Perlu kepada pelaksanaan.

2. MSU pula di bawah muktamar. Bukan di atas.

3. Yakni, jika sebelum nak bentang apa2 usul seperti menceraikan DAP, jika MSU nak bincang dulu pun boleh. Then gunakan penanda aras MSU untuk bahas usul berkenaan di muktamar.

4. Kemudian bentang usul. Jika tanpa dibahas (seolah memaksa ahli untuk bersetuju) maka itu kesalahan pihak yang meluluskan usul tanpa dibahas. MSU tak boleh dirujuk atau diberi hak untuk buat keputusan akhir. Perlembagaan ini bukan ciptaan individu. Ia adalah terkandung dalam peraturan dan protokol yang mana semua pihak terikat ke atasnya. Mengubah sistem/hierarki berdasarkan nafsu/kepentingan/manfaat sendiri sebenarnya dah bercanggahan dengan perlembagaan parti itu sendiri.

5. Yakni, keputusan usul untuk berpisah dengan DAP adalah muktamad.

6. Hanya dengan muktamar boleh mengubah semula ketetapan tersebut.

7. Peranan MSU ka DUPP ka PAS itu sendiri ka pun tak boleh. Kena buat re-muktamar ataupun PAS declare uturn dan batalkan usul yang telah diluluskan atas alasan tidak sah kerana tidak dibahas.

Ini je yang boleh mengkahwinkan semula DAP kepada PAS.


Dalam erti kata lain, PAS dan DAP sebenarnya dah bercerai. DAP menerima perceraian tersebut dengan rela ahti. PAS pula sebenarnya sedang gila talak. Dia yang jatuhkan talak, dia pula yang meroyan.

Contoh PAS yang meroyan ;


Aku rungsing tengok Nik Abduh. Ahti aku rungsing. Setiap kali ternampak dia aku akan teringat TG Nik Aziz secara auto. Ahti aku berbelah bahagi. Nak marah dia tapi rasa seperti akan mengecilkan ahti bapak dia. Tapi Nik Abduh memang membosankan.

Aku perati dia. Dah lama aku perati. Dia takan sentuh isu masyarakat tertindas. Bila dikritik, baru dia akan sibuk ulas. Jika tak dikritik, dia takan ulas. Memang tak ulas. Sekarang kau kritik dia tak ulas isu kadar tol, nanti dia akan kritik dan defend diri dia. Nak tunjuk konon2 dia pun buat kerja dan peka dengan rakyat tertindas. Tapi dia sebenarnya bukan begitu peka. Bukan aku kata dia jahat. Cuma dia tak begitu peka.

Dia punya matlamat sebenarnya tak sama macam matlamat kita. Itu point aku. Sebab tue cara kerja dia berbeza dengan cara kerja sesetengah pimpinan PAS yang turun bawah untuk peduli dengan masalah rakyat.

Yang kalut tue sebenarnya PAS.
PAS mahu pisah.
Konsisten marah DAP itu ini.
PAS kata mahu redha Allah.
Hudud akan dipertahankan sampai mati.

Okay, fine.

Buat la apa2 yang kau nak buat.
Bila dah isytihar pisah, kena la pisah sungguh-sungguh.
Setakat pongpang2 di media, kita berpisah dengan dia tapi kita sebenarnya masih serumah dengan dia buat apa?

Kita meluat dengan dia tapi kita sibuk nak serumah dengan dia, betul ke tak betul diri kita neh?

Bukan kah kita patut pergi hospital dan check mental kita. Jangan2 kita sebenarnya dah diserang dengan penyakit 'gila talak'.

Ini tidak.
Satu persatu babak yang menyakiti timbul.
Isytihar pisah, berani.
Pisah betul2 tak berani.

Isytihar batal kerjasama, berani.
Letak jawatan, tak berani.

Kan orang nampak kita tak konsisten disitu.

Sebab tue PAS ada dua pilihan. Jika rasa 1,000 ++ jawatan di Penang itu penting buat ahli2 PAS, maka UTURN la. Takan kerana ego pimpinan atas, yang bawahan kena jadi mangsa?

Atau yang 1000 ++ tue boleh selamatkan diri dengan isytihar keluar parti dan masuk DAP beramai2?

Haha.

PAS menang 1 kerusi je di Penang. 1 kerusi. 1 kerusi membuahkan berapa banyak jawatan untuk ahli2 PAS di Penang. Kalau la DAP menang 1 kerusi di Kelantan (jangan cakap menang nak masuk bertanding pun kau ingat PAS Kelantan nak bagi? Haha) kau rasa berapa banyak jawatan yang PAS nak campak ke DAP?

Sebab tue la. Dalam pada DAP berkeras dengan idelogi sendiri, dorang sebenarnya boleh juga bertoleran dengan PAS rupa2nya.

Ada buruknya DAP neh. Memang ada dan bukan sedikit.
Tapi PAS pun sama juga.
Dah tahu masing2 ada kelemahan tertentu, kelebihan tertentu, bersatu dan belajar la menyesuaikan diri.

Jika PAS taknak ahli2 PAS (lantikan politik) diberhentikan beramai2 oleh DAP atas keputusan usul yang PAS sendiri luluskan, korang UTURN je la. Biar malu kerana UTURN jangan malu kerana kalah PRU dan hilang terus kuasa dan kedudukan dek ego tak berkesudahan.

Satu lagi. Dalam konteks usul, there is no such thing perkataan 'cadangan' memutuskan hubungan dengan DAP.

Faham tak?

Usul itu sendiri bermaksud = cadangan.

So, takan la kita mencadangkan agar cadangan untuk membatalkan hubungan dengan DAP.
Dan kita luluskan cadangan (USUL) untuk cadangan membatalkan hubungan dengan DAP?

Agak2 la brada.
Gua bukan Ahmad Maslan. 
Nak tipu pun kasi cerdik sikit la hujah tue.
Jangan nampak sangat kau fikir yang kita semua neh bengap ke apa.

So jika nak bahas point2 di atas dengan mengatakan PAS hanya meluluskan cadangan membatalkan hubungan dengan DAP sebenarnya tak valid. Apa yang dibincangkan dalam muktamar itu sendiri merupakan 'CADANGAN' dan semua perkara yang dibawa ke dalam muktamar itu sendiri ialah 'CADANGAN' dan bila diluluskan ia bukan lagi dalam PROSES CADANGAN sebaliknya dah masuk ke dalam proses PELAKSANAAN.

So, PAS, fikir.

Putus dengan DAP.
Dan tengok prestasi parti kamu selepas ini.
Biarkan BN tepuk tangan kerana berjaya jadi batu api.

Atau, cari solusi.
Mengalah sedikit dengan DAP.
DAP pun pasti akan sudi beralah dengan kamu.
Berbincang macam mana nak kembalikan matlamat asal PR.
Dan focus untuk tumbangkan BN.

Khalid Ibrahim pun dah kembali on track.
Sibuk buat kerja2 mendekati pengundi.
Yang PAS nak gaduh pasal Kajang Movie, nak gaduh sampai bila? Sampai mati ke macam mana? Lue fikirlah sendiri.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...