Rabu, 17 Jun 2015

PKR Putus Dengan PAS, Azmin Tak Hadir Mesyuarat.

Di twitter ini infonya ;


Di facebook ini pula yang tersebar ;


Okay. 

Ringkasan dari laporan Chegu Bard ;

1. Azmin tak hadir ke mesyuarat biro politik yang membincangkan kedudukan PKR dalam PR.

2. PKR memutuskan untuk bersama DAP. Bukan bersama PAS. Yakni PR memang dah bubar la.

3. PKR akan adakan sidang media khas pada esok hari. Ini aku dapat melalui sumber whatsApp.

4. Ada member bagi info juga. Yang Azmin p jumpa Hadi. Dia sambut/jumpa Hadi kat airport. Gambar takde. Setakat sebaran wassap je. Wassap aku dah jadi macam media gosip. Macam2 berita/cerita masuk. Huhu.

Pendapat aku esok mungkin akan berlaku beberapa keadaan iaitu ;

I. PKR takan umum henti kerjasama dengan PAS atau DAP. Sebaliknya akan mengadakan mesyuarat tergempar bersama PAS dan DAP bagi membincangkan riwayat Pakatan Rakyat buat kali terakhir.

II. PKR playsafe. Umum kekal berkerjasama dengan PAS dan DAP. Tetapi bukan atas nama Pakatan Rakyat sebaliknya kerajaan campuran. Ini bagi mengelak DUN bubar.

III. PKR pujuk 2 adun PAS untuk bersama PKR dan tubuh kerjasama (negeri) dengan DAP. PAS automatik jadi pembangkang. Sama level macam BN (aku tak yakin ini akan berlaku. Mengamuk ahli2 PAS nanti).

IV. PKR kata PR masih wujud. Masalah dalaman antara PAS dan DAP adalah masalah peribadi parti2 berkenaan dan apa sahaja perkara berkaitan PR tidak boleh diputuskan oleh DAP sebaliknya mestilah melalui persefahaman bersama. Yakni, jika PR perlu bubar, PAS, PKR perlu dilibatkan sekali dalam perbincangan. Bukan DAP sorang2 buat keputusan.

V. PKR declare PR bubar dan kekal bekerjasama dengan DAP. Kekosongan PAS akan diisi oleh parti baru yang bakal ditubuhkan tak berapa lama lagi bagi menghadapi pilihanraya. PKR, DAP dan parti baru berkenaan akan membentuk perikatan baru dalam satu wadah politik yang diperbaharui misi dan matlamatnya.

Aku rasa keputusannya ialah V berdasarkan dua keadaan. 

Pertama. Respon Rafizi. Nampak macam ada sesuatu yang akan berlaku.

Kedua. Ceramah BAKRI. 

Tadi di BAKRI, geng2 progresif ada membuat himpunan. Lokasi Johor. Dan himpunan2 yang sama akan berlangsung di beberapa buah negeri dalam masa terdekat. Patern yang aku nampak ialah mereka sedang mengumpul pengikut untuk menyokong tindakan susulan mereka. Info2 dari ceramah berkenaan ialah ;

- Suhaizan, Nizar bercakap tentang penubuhan parti baru.

- Mat Sabu berkata tentang perjuangan bermula disini. Dengan wadah baru.

- Mujahid berkata tentang kehilangan sokongan non muslims dan sesuatu perlu dilakukan.

Ini hint atau petunjuk yang pemimpin2 PAS yang kalah dalam pemilihan (muktamar) lepas sedang plan untuk tubuhkan parti baru. Yang progresif dan liberal pendekatannya dalam mendekati kepelbagaian rakyat Malaysia tanpa ada pemisah agama dan kaum.

Boleh jadi baik boleh jadi tidak baik. Aku taktau. Masih dalam mode memerhati dan meninjau keadaan.

Dan di Terengganu. Pun ada himpunan juga. Yang itu namanya Istiqomah hingga menang. Geng2 ulama dan ustaz yang jadi tetamu. Berceramah bagai. Dengar cerita yang hadir pun ramai. Tengok dari gambar la. Tak sure la dorang akan buat himpunan yang sama ke tak di negeri2 lain. 

Tapi dari apa yang aku perhatikan, ahli2 PAS nampaknya akan istiqomah bersama PAS berbanding parti baru. Parti baru bukan senang prosesnya. Nak bina cawangan bukan mudah. Nak kumpul ahli bukan senang. Kalau pun mereka berjaya tarik undi, itupun sebab berdiri bersama PKR dan DAP. Untuk mereka bersendirian dan memupuk kepercayaan masyarakat? Aku tengok PSM pun gagal. Walaupun PSM terbukti buat kerja. Itu yang betul2 buat kerja dari bawah. Untuk rakyat. Ini yang tak tentu buat kerja? Hmm.

Nampak sangat dah yang PAS kini berpecah dua. Berpecah macam krisis tahun 70 an dulu. Penat TGNA satukan PAS. Alih2 lepas dia takde, PAS berantakan dan porak peranda. Elokla tue. Bagi tambah muak semua.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...