Isnin, 15 Jun 2015

Inilah Kandungan Penuh Surat Perletakkan Jawatan Mazlan Aliman Sebagai AJK PAS Pusat.


Kepada ahli2 PAS yang pro Hadi ;

Pertama. Jangan tuduh Mazlan Aliman agenda PasMa. Tolong la. Kau semua tak reti semak/periksa track record cara Mazlan buat kerja ke? Berapa banyak isu yang babitkan Mazlan muncul di akhbar kerana defend yang tertindas daripada geng2 Hadi yang muncul di paper sebab bergaduh sesama sendiri?

Kedua. Mazlan ikrar akan stay dalam PAS dan buat kerja2 underground. 

Ketiga. Tak payah nak provokasi Mazlan. Tindakan dia pada aku cerdik berdasarkan kedudukan dan situasi yang dia alami sekarang. Bukan senang nak duduk dalam AJK Pas Pusat yang bermentalitikan benci DAP sampai buat usul putus hubungan dalam muktamar (yang tertinggi), declare nak pertahankan hudud tak kisah bab jawatan tapi taknak lepas kedudukan di Penang, lepas tue sibuk bercakaran sesama sendiri berbanding focus membantu yang tertindas. Minyak naik, tol naik, harga rumah mahal melampau, mana suara2 dorang semua? Yang aku nampak Nik Abduh bidas DAP lagi ada. Tah hapa2.

Aku dari dulu lagi memang suka Mazlan Aliman. Sebab apa? Dia buat kerja. Apa pun yang terjadi antara PAS dan DAP, dia tak amek millage buat kecoh di media. Dia sibuk buat kerja turun padang bantu yang tertindas. Benda2 yang tak penting dia tak amek port dan layan. Dia memang jenis buat kerja buat kerja dan buat kerja. Tapi ye la. Situasi dia sukar sekarang. Geng2 yang sekapal untuk buat kerja bersama2 dah takde.

 AJK PAS Pusat sekarang akan lebih kepada syok sendiri dan kerja depa keluar hukum sahaja. Nasruddin akan focus untuk kejar konsert mana kena batal disamping lawan isu Valentine. Nak harap muka2 tue dok bentang kajian pasal ekonomi? Minta maaf. Kau baca buku Ujang lagi ada faedah.

KAH KAH KAH

Berikut kandungan surat tersebut yang diperolehi dari sumber wassap dan FB ;

Kepada :

YB DATO’ SERI TUAN GURU HJ.ABDUL HADI AWANG 
15 Jun 2015 (Isnin)

PRESIDEN 
Parti Islam SeMalaysia (PAS) 
Tkt.4, Pejabat Agung PAS Pusat
318 A, Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur

YB Dato’ Seri Tuan Guru,

PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI AHLI JAWATANKUASA KERJA (AJK)

Perkara diatas adalah dirujuk.

Setelah mengambil masa dan pertimbangan, saya membuat keputusan meletakkan jawatan sebagai AJK berkuatkuasa serta merta (hari ini).

Saya amat menghargai kepercayaan yang telah diberikan oleh para perwakilan dalam pemilihan di Muktamar PAS Kali ke 61 baru-baru ini. Namun saya memohon maaf diatas keputusan yang saya ambil walaupun ianya amat sukar dan menyedihkan.

Sudah sampai masanya saya mesti memberikan lebih tumpuan kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang saya ketuai iaitu Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) dan beberapa NGO lain antaranya Badan Prihatin Orang Asal (BATIN), Pertubuhan Kebajikan Anak Penoreh Getah (PETAH) dan Pertubuhan Kampung Tradisi Dan Warisan Bangsa Malaysia (ANAK WARISAN) dimana saya adalah penasihat kepada NGO tersebut. Kesemua NGO ini telah mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS).

Saya tetap bersama PAS walaupun sebagai ahli biasa dan akan terus memberikan sumbangan dalam perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran. Saya ingin memanfaatkan masa dan ruang untuk mengambil inisiatif menggabungkan NGO-NGO bagi menangani isu-isu kritikal seperti FGV, GST, kos sara hidup rakyat dan lain-lain dengan mekanisma yang lebih berkesan.

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada YB Dato’ Seri Tuan Guru yang telah memberi kepercayaan, tunjuk ajar dan sokongan yang tidak berbelah bagi sepanjang saya menjadi AJK. Saya memohon maaf diatas segala kesalahan, kelemahan dan keterlanjuran dalam tempoh saya menjadi AJK.

Sekian.

Yang Benar;
........................... 
Mazlan Aliman
s.k : Setiausaha Agung

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...