Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 18 Jun 2015

Apa Motif Zuhdi Hentam ANAK & Mazlan Aliman - Adakah Zuhdi Ialah SB Upahan UMNO Utk Pecah Belahkan PAS Dari Dalam?


Aku cuba kawal emosi dan bercakap berdasarkan bukti. Tetapi jika ini watak dan permainan yang ingin ditunjukkan oleh Zuhdi maka jangan pelik kenapa aku dan ramai yang lain akan beranggapan bahawa Zuhdi menyusup masuk ke dalam PAS atas tujuan dia ialah SB kepada UMNO.

Aku dapat tahu.

Geng2 PAS pun dah merasa ragu.

Zuhdi ini kononnya la, terlalu kuat mempengaruhi Hadi Awang.

Nasihat, strategi dan senario dia takde satu pun menguntungkan kedudukan PAS setakat ini. Bahkan PAS diperlihatkan semakin goyang dan semakin hilang dari matlamat asal.

BTW.

Siapa Zuhdi neh nak mengkritik Mazlan Aliman?

Apa kerja2 yang dia buat demi membantu rakyat yang tertindas?

Mari analisa serba sedikit point2 dia yang membidas ANAK dan MAZLAN ALIMAN sejurus MAZLAN ALIMAN mengambil pendekatan untuk letak jawatan atas nama mempertahankan prinsip.

Part pertama.
Dr Zuhdi mendakwa NGO "anti-establishment dan agak radikal" itu mengajak anak peneroka Felda menjadi pendesak dan "kadang-kadang memberontak" dalam menyatakan tuntutan mereka.

Apa salahnya menjadi radikal dan anti-establishment dalam mencapai motif yang disasarkan? Adakah Zuhdi ingat jika kita berlemah longlai, i love u BN, i love u Najib, motif yang disasarkan akan dapat dicapai? Menjadi radikal itu perlu (bukan mengajak membunuh tetapi bersuara lantang dan tegas demi mempertahankan hak agar kerajaan sedar golongan bawahan ini bukan boleh ditindas ikut sesuka ahti kerajaan) kerana keadaan menuntut diri kita ke arah itu. Cuba perhatikan NGO2 yang berlemah longlai dan pro kepada kerajaan. Apa objektif yang mereka dah berjaya capai atau mahu capai? Setakat sponsor peruntukan aje ke macam mana?

Satu lagi. Aku nak tanya. Pernah kah UMNO dan BN melayani PAS secara baik? Tatau berapa lama TGNA dihalang dari berceramah dan menjadi imam di masjid2 selain dari masjid2 Kelantan? SEUMUR HIDUP. Sehingga dia meninggal dunia, tidak pernah larangan itu ditarikbalik tau. Lembut bagaimana lagi perlu kita melayan UMNO apabila UMNO langsung tidak mahu berlembut dan bertolenrasi dengan PAS?

Part kedua.

Bagaimanapun, kata Zuhdi, desakan ANAK itu tidak mendapat tempat di hati majoriti peneroka dan anak mereka.

"Pendekatan ANAK ialah ajak anak-anak Felda jadi kumpulan pendesak malah kadang-kadang 'rebellion' terhadap Felda, sesuatu yang tak dapat diterima oleh mereka kerana Felda begitu banyak berjasa.

FELDA begitu banyak berjasa? Ayat ini aje dah menentukan di pihak siapa Zuhdi berdiri kot.  

- Saham FELDA jatuh, terkeluar dari top 30, Zuhdi di mana?
- FELDA terlibat dalam urusniaga yang merugikan, Zuhdi di mana?
- FELDA beli saham syarikat Indonesia melebihi harga pasaran, Zuhdi di mana?
- Anak2 FELDA merungut tentang perumahan, Zuhdi di mana?
- Anak2 FELDA ramai yang terlibat dengan dadah, Zuhdi di mana?

FELDA tidak banyak berjasa. Apa yang berlaku ialah sekumpulan pihak dilantik untuk menjalankan amanah dengan dibayar gaji. Bukan buat kerja percuma. Tiada istilah jasa pun disitu. Zuhdi neh dengan siapa dia berpaksi? Kepada rakyat, PR ataupun kepada Barisan Nasional? 

Part ketiga.

Sehubungan itu, Zuhdi yang juga ketua operasi Pusat Penyelidikan PAS berkata parti itu akan mencadangkan "pendekatan alternatif" terhadap anak Felda diperlukan untuk mendekati golongan itu.

"Insya-Allah, PAS akan tubuh sebuah proksi baru anak Felda yang sifatnya lebih mesra peneroka dan prihatin," katanya tetapi enggan mengulas lanjut memandangnya ia berkaitan strategi.

Dah mula dah. Jadi pihak ketiga untuk melaga-lagakan situasi. Nampak tak permainan dia disitu? Sapa yang join Zuhdi memang bodoh arh.

Orang tue kena maki. Kena halau. Kena boikot. Kena kepung. Polis siasat. Penduduk marah. Macam-macam benda yang Mazlan Aliman dapat sepanjang menyedarkan anak2 peneroka dan peneroka sendiri bagaimana mereka tertindas dengan polisi berat sebelah dan diskriminasi. Ibarat. Hasil kerja golongan peneroka membolehkan mereka menerima manfaat sebesar rumah banglo, tetapi apa yang mereka terima adalah sekadar rumah flat 1 bilik. Mazlan mahu golongan peneroka buka minda dan menuntut hak yang seadilnya dan sepatutnya demi mereka. Dan di mana Zuhdi ketika itu? Jangan citer bab peneroka la. Bab lain pun si Zuhdi neh takde.

Ada nampak dia memekak isu minyak?
Isu perumahan?
Isu golongan miskin yang tertindas?
Isu zakat?
Isu kenaikan tarif?
Isu undang2 double standard?
Isu kenaikan tol?

Memang tak nampak la.

Sebab tue Zuhdi. Jika aku sangka kau SB maka jangan marah. Jika kau tak keterdepan dalam membahaskan dan memperjuangkan masalah rakyat yang tertindas berbanding sibuk pula nak hentam pihak2 yang keterdepan dalam mempertahankan isu rakyat tertindas maka jika kau bukan SB maka selayaknya kau itu apa? Sangkaan orang hadir, persepsi orang timbul, adalah atas sikap yang kau tunjukkan sendiri. Jangan sampai disebabkan kau, PAS berpecah lagi buat kali ke berapa tah. 

Ingatlah.

Di saat UMNO lemah, UMNO akan mencari taktik agar PAS turut lemah bagi menampakkan bahawa PAS lebih lemah dari UMNO agar orang2 melayu tetap mengundi UMNO. Perlu berapa tahun, berapa kali, berapa banyak sejarah yang harus dibukukan untuk ahli2 PAS memahami perkara tersebut?

Fikir2kan la ek. 

Rujukan berita : sini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...