Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 14 Jun 2015

Setiap Kali Najib Kantoi Diserang Rakyat, Setiap Kali Itulah Ahmad Maslan Akan Muncul DGN Watak Kebodohan - Kenapa Agaknya?

Terlalu kerap.

Kalau korang perasan, Ahmad Maslan akan kembali dengan watak super bodoh setiap kali Najib dilanda krisis.

Contoh kes.

Najib kena kritik kaw2 isu subsidi gula.
Nanti Ahmad Maslan datang merepek citer pasal teh tarik 'bergula'.

Najib kena kritik kaw2 isu lari dari Mahathir.
Nanti Ahmad Maslan datang merepek lagi untuk tutup isu.

Najib kena kritik kaw2 isu kadar baru tol.
Then macam biasa Ahmad Maslan muncul merepek untuk mengalihkan perhatian orang terhadap boss dia kepada dia.

Memang dah lama aku perasan taktik Ahmad Maslan kau neh.
Aku perati je dari jauh.

Yang terkini semua tengah bengang dengan Najib. Yang dok berjanji bagai dalam manifesto pilihanraya. Di mana BN akan menurunkan kadar tol antara bandar secara berperingkat. Tetapi lain pula jadinya selepas menang PRU. BN bukan sahaja gagal melaksanakan janji2nya bahkan bercadang pula menaikkan kadar tol. Kali neh lebuhraya yang terlibat dianggarkan antara 16 hingga ke 19 lebuhraya.

Kita tertanya2 juga.
Apakah penanda aras yang digunakan untuk menaikkan kadar tol?
Bukan kita tidak tahu.
Bilangan kenderaan kian meningkat saban tahun.
Bukan kah itu meningkatkan margin keuntungan lebuhraya bertol?
Mustahil pula bilangan kenderaan meningkat tetapi keuntungan diraih konsesi menurun.

Tambahan pula. Kadang2 sesetengah konsesi memberikan discount pada waktu puncak dan waktu cuti umum seperti sambutan hari raya. Untuk kita beri potongan kepada kadar tol semasa, kita terlebih dahulu perlu untung.

Bukan untung sikit, bukan untung banyak, tetapi untung terlalu banyak sehingga kita mampu cover potongan yang kita beri kepada pengguna lebuhraya.

Sebab tue aku tak faham-faham.
Atas sebab apa, konsesi tol menuntut kenaikan kadar sehingga EPU dan LPM sedia mengkaji cadangan menaikkan kadar tol. Apatah lagi pada mesyuarat kabinet yang lepas, dimaklumkan, lebih dari separuh ahli kabinet bersetuju dengan usul kenaikan yang dibahaskan.

Bila usul berkenaan dibocorkan. Najib jadi marah. Dia tahu rakyat akan bengkek dengan cadangan tersebut. Itu yang dia gelar pembocor maklumat itu sebagai pengkhianat. Yang paling berisiko mendapat keuntungan dengan pembocoran maklumat tersebut sudah tentulah team Muhyiddin (Mahathir). Ini akan menambahkan lagi persepsi negatif rakyat terhadap pentadbiran Najib. Semakin Najib ditekan, semakin tinggi peluang Muhyiddin dinaikkan dan Najib dijatuhkan.

Nak tahu kenapa rakyat marah? Rakyat marah kerana dalam beberapa bulan terakhir ini kita telah menghadapi beberapa siri kenaikan iaitu ;

- Peralihan SST kepada GST (barangan yang dicukai semakin meningkat)
- Kenaikan petrol
- Kenaikan elektrik
- Menyebabkan kos sara hidup rakyat meningkat
- Kenaikan kadar faedah (bank) bayaran bulanan ansurans rumah/kereta/pinjaman
- Kejatuhan ringgit Malaysia

Ini membuatkan rakyat rasa marah jika Najib sanggup meluluskan cadangan kenaikan kadar baru tol.

Najib tidak mahu maklumat tersebut bocor bukan kerana maklumat tersebut masih dalam peringkat perbincangan. Sebaliknya sebarang kebocoran maklumat akan berisiko menghentikan/membantut hasrat kerajaan meluluskan cadangan kenaikan tol.

Sudah tentu akan wujud rakyat yang protes.
Dan perkara inila yang akan menyebabkan usul kenaikan tol tertangguh. Mungkin.
Jika diteruskan juga, Najib berpeluang hilang kedudukan sebagai PM. Ini pun mungkin.
Jika isu berkenaan dapat digunakan sebaik mungkin bagi team Mahathir, Najib boleh kehilangan sokongan majoriti MP2 BN sekaligus menyebabkan dia terpaksa berundur dari kedudukan sekarang.

So, macam mana Najib tak marah.
Maklumat dibocor oleh orang2nya yang berada di bawah pentadbirannya sendiri.

Bagi mengalihkan kritikan rakyat terhadapnya sementara (pada masa yang sama) dia berhempas pulas memikirkan strategi politik untuk counter attack serangan yang diterima, peranan Ahmad Maslan digunakan untuk mengalihkan perhatian.

Aku rasa ini memang sebahagian dari plan dorang.
BN punya strategi politik. Propaganda.
Menonjolkan satu watak bodoh.
Watak bodoh ini akan dibiar maki sampai mati oleh rakyat.

Contoh terkini. Dari Ahmad Maslan.


Dia memasak. Untuk keluarga katanya. Sekali sekala.

Cuba kau fikir betul2.
Ada ke orang letak semburan ubat nyamuk kat dapur tepi kuali macam tue?
Ada ke?
Mana ada.
Tah dah berapa tahun la dia tak guna dapur tue.
Lepas tue masak dengan cili yang tak dibuang batang lagi.
Gila ke?
Kau tak cuci ke cili2 tue sebelum masak?
Kalau cuci takan ada batang?
Lepas tue ada ke kita akan potong hirisan timun dan letak hiasan dalam kuali?
Bukan ke kita akan terus letak hiasan dalam pinggan?
Betul ke Ahmad Maslan tue bodoh sangat sampai buat kerja2 bahlol macam neh?
Atau dia dengan sengaja berlakon bodoh agar diperkatakan kebodohan dirinya bagi mengalihkan perhatian rakyat dari terus menyerang Najib dalam isu tol?

Nampak sangat ada sesuatu kat situ.
Strategi BN pada aku agak berjaya juga.
Sebab Ahmad Maslan neh rakyat memang suka mengata dia.
Tindak tanduk dia memang popular.
Siap pakai jersi JDT lagi.
Sambil selamatkan reputasi Najib, sambil bodek sultan Johor.
Memang Ahmad Maslan 'tak la bodoh sangat', kan?

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...