Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 13 Jun 2015

Mulai Selasa, 130,000 Peminjam PTPTN Akan Disenaraihitam Melalui CCRIS.

WOW.

Kerajaan kau dah main gila dah. Sekarang nak CCRISKAN peminjam2 PTPTN pula. Bermula selasa, semua peminjam2 yang enggan membayar PTPTN akan dimasukkan dalam data CCRIS.

Gila memang gila.
Shahrizat boleh goyang kaki dengan 250 juta.
Skandal PKFZ takde sapa yang bayar semula kerugian.
Tajudin yang buat MAS jahanam pun boleh berlalu pergi.

WOAH.
KERAJAAN KAU MEMANG MENYETAN.

Baca sat ;

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menyenaraikan lebih 130,000 peminjam yang gagal menjelaskan pinjaman ke dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS) mulai Selasa, lapor akhbar Berita Harian.

Akhbar itu mendakwa, nama semua peminjam berkenaan sudah dihantar ke Bank Negara sehingga 26 Mei lalu dan akan dimasukkan dalam CCRIS pada 16 Jun ini.

“Peminjam culas yang namanya disenaraikan dalam CCRIS akan menghadapi masalah untuk mendapatkan pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan negara ini.

“Ini termasuk pinjaman sewa beli kenderaan, perumahan pembiayaan peribadi dan kad kredit,” lapor akhbar itu hari ini.


Pengerusi PTPTN Datuk Shamsul Anuar Nasarah pada Mac berkata jumlah kutipan bayaran balik agensi itu mencecah RM5 juta sehari.

Katanya, peningkatan itu hasil beberapa tindakan yang dilakukan PTPTN bagi memastikan peminjam tegar membuat bayaran balik.

"Kita sedang mengkaji untuk melakukan beberapa penambahbaikan terhadap pendekatan yang dilaksanakan kerana kutipan yang kita peroleh meningkat dengan begitu ketara sekali.

“Sebelum ini, jumlah kutipan ialah RM800,000 sehari dan selepas tindakan, terdapat lonjakan yang tinggi dalam jumlah kutipan sehingga mencecah RM5 juta sehari, iaitu peningkatan lebih RM4 juta," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Selain menyenaraikan nama peminjam ingkar ke dalam CCRIS, PTPTN juga menyalurkan nama peminjam yang berkenaan kepada Jabatan Imigresen untuk dihalang ke luar negara. -TMI.

Bukan aku menyokong aktiviti berhutang dan jangan bayar.
Tapi aku faham sangat kenapa mereka tertekan dan terdesak dengan hutang.
Itu tak masuk lagi kes di mana hutang pinjaman kena bayar sekali dengan faedah apa bagai.
Tak kita cerita lagi bab kualiti pendidikan yang tak setimpal dengan harga yang ditawarkan.
Bukan kah kerajaan patut kaji kenapa pendidikan kita makin lama makin mahal dan tak sepadan pula dengan kualiti perkhidmatan?
Kesian woo. Kau CCRISkan dorang tue semua.
Macam tutup ruang depa untuk beli rumah.
Fikir2kanla ek.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...