Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 10 Jun 2015

Beg Birkin 820 Ribu Bukan Rosmah Yang Beli Kata Pegawai Khas.

Hmmm.
Cuba korang tengok berita neh sat ;
 
Gambar di atas viral.
Tujuan viral sebab nak sindir Rosmah Mansur.
Rosmah Mansur ada beg yang serupa sebijik macam dalam gambar petikan berita di atas. Tengok dia punya harga memang power. Mahal nak mampos. So apa yang ingin disampaikan ialah ;
- Rosmah memang jenis high class. Pakaian barangan branded dan mahal.
- Harganya pula bukan cikai2.
- Harga lelongan pun cecah 820,000
- Nampak sangat la barangan tersebut limited dan rare.
- Antara yang memilikinya ialah Rosmah Mansur. Isteri Najib.
- Tak mungkin pula nak kata ada orang hadiahkan sesuka ahti pada Rosmah.
- Kalau dia beli memang terbuktilah dia banyak duit kan.
- So memang betul lah persepsi awam bahawa gaya hidup Rosmah ialah jenis bermewah-mewahan.
Bukan nak kata beg di atas itu Rosmah yang punya. Atau Rosmah yang beli lelong. Cuma nak bagitau bahawa berita di atas mengesahkan bahawa beg Birkin tersebut bernilai tinggi dan sanggup pula orang membeli lelongan dengan harga yang mahal-mahal. Yakni la beg yang Rosmah ada itupun bernilai tinggi juga. Cuma kita tatau la berapa harganya dan siapa pula yang membayarnya.
Harap maklum.
KAH KAH KAH
Baca penjelasan pegawai khas Najib ;
Isteri perdana menteri Rosmah Mansor tidak membeli beg tangan mewah kulit buaya  RM820,000, seperti dilelong di Hong Kong, kata pegawainya Rizal Mansor.

Rizak berkata lelongan itu berlangsung pada Jun 2015 sedangkan Rosmah telah kelihatan memakai beg seakan-akan sama pada 2011.

“Saya tak nak kata apa, tetapi itu bukan beg yang sama.

“Beg itu bukan yang dilelong, sedangkan yang dilelong di Hong Kong itu pada tahun 2015.

“Jadi saya menafikan (dakwaan itu),” kata Rizal ketika dihubungi Malaysiakini.

Beg tangan berjenama Hermes yang diedarkan itu turut dijual di atas talian.

Di Internet, gambar beg Hermes yang digandingkan dengan gambar Rosmah memakai beg yang mirip beg itu telah tersebar meluas.

Tak tahu harga beg Rosmah

Propaganda itu diedarkan sebagai serangan terhadap tindakan kerajaan mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) 1 April lalu.

Rizal ketika ditanya mengenai harga beg Rosmah itu menjawab beliau tidak tahu.

Menurut laporan AFP, beg mewah itu dibeli seorang pembeli misteri daripada Asia dengan harga AS$222,912 yang membuat bidaan melalui telefon.

Beg dinamakan ‘Hermes Shiny Fuchsia Porosus Crocodile Diamond Birkin 35’ itu, bertatahkan emas putih 18 karat dan  permata.

Mengulas serangan terhadap Rosmah, Rizal percaya beliau menjadi sasaran musuh politik perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Musuh cari mangsa terdekat untuk diserang. Dalam hal ini, dia (mainkan) politik kebencian.

“Saya tengok orang nak jatuhkan Datuk Seri Najib tapi gunakan Datin Seri Rosmah,” katanya. -Mkini.
 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...