Selasa, 9 Jun 2015

Felda Global Venture Tersingkir Dari Bursa Malaysia Kata Bekas Ketua Menteri Melaka.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas ketua menteri Melaka tentang FGV ;


Namun kenyataan ini pantas disangkal oleh blogger UMNO. Mereka mengatakan FGV bukan disingkir terus dari Bursa Malaysia sebaliknya apa yang berlaku adalah berbeza dari apa yang difahami oleh orang awam.


Berikut penjelasan mereka ;

Dakwaan bahawa Felda Global Ventures disingkirkan dari Bursa Malaysia adalah tidak benar.
Apa yang berlaku FGV hanya dikeluarkan dari senarai 30 syarikat utama Bursa Malaysia kerana harga sahamnya menjunam akibat kejatuhan harga Minyak Sawit Mentah dan keuntungan berkurangan FGV bagi suku pertama.
Indeks komposit ini sentiasa dinilai dari semasa ke semasa. Jika prestasi saham FGV kembali memuncak ia akan dimasukkan kembali.
Indeks komposit ini hanya penting bagi menarik pemain saham atau pelabur besar dan untuk mengukur prestasi Bursa Malaysia.
SAHAM FGV KELUAR DARI SENARAI FTSE BURSA MALAYSIA???
FAKTA YG PERLU KITA TAHU DULU
• Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) merupakan syarikat yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia sejak Jun 2012 dan tertakluk kepada segala peraturan yang ditetapkan oleh Bursa Saham Malaysia Securities.
• Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI bermaksud 30 syarikat yang mempunyai nilai pasaran modal tertinggi yang dipilih oleh Bursa Malaysia Securities untuk dijadikan penanda aras FBM KLCI. FGV merupakan antara syarikat yang tersenarai dengan syarikat dalam FTSE Bursa Malaysia KLCI sejak penyenarainya.
• Indeks berkenaan akan disemak setiap enam bulan bagi membolehkan proses penukaran syarikat yang telah tersenarai dengan syarikat dalam senarai menunggu.
• Proses penukaran syarikat dalam indeks berkenaan merupakan proses normal yang dilakukan oleh Bursa Malaysia Securities dan bukanlah amalan yang baharu.
SITUASI SEMASA SAHAM FGV
• Ketika ini FGV masih dalam senarai FTSE Bursa Malaysia FTSE Bursa Malaysia KLCI dan proses semakan semula oleh Bursa Malaysia Securities hanya akan diumumkan pada 22 Jun 2015.
• Nilai pasaran FGV ketika disenaraikan pada 2012 mencecah RM20 bilion apabila harga meningkat RM5.60/sesaham. Apabila nilai pasaran yang tinggi, FGV diletakkan dalam senarai 30 syarikat bernilai pasaran tertinggi ketika itu.
Harga saham FGV yang telah jatuh kira-kira 50 peratus semenjak IPO telah menyebabkan nilai pasaran modal jatuh kepada kira-kira RM7 bilion ketika ini dan telah menyebabkan kedudukan syarikat bukan lagi di kalangan 30 syarikat dengan pasaran modal tertinggi.
PUNCA KEJATUHAN SAHAM
• Sejak awal 2014 harga minyak sawit mentah (MSM) dunia telah mencatatkan gaya penurunan yang drastik dan ini telah menyebabkan syarikat-syarikat berasaskan komoditi berkenaan terjejas dari segi perolehan dan juga keuntungan.
• Indeks perladangan di Bursa Malaysia Securities juga jatuh antara 6-7 peratus dalam tempoh enam bulan sebelum ini. Impak ini secara langsung memberi kesan negatif kepada gaya tarikan kepada para pelabur yang mula beralih ke kaunter-kaunter saham selain perladangan.
• Hampir semua kaunter perladangan telah menyaksikan pengurangan nilai saham mereka berbanding dengan kedudukan mereka pada tahun 2012. FGV merupakan syarikat yang bergantung lebih 60 peratus perolehannya daripada sektor perladangan dan telah menerima kesan paling ketara disebabkan faktor di atas berbanding syarikat perladangan lain yang kadar kebergantungan mereka lebih rendah.
• Kejatuhan harga MSM dan saham adalah di luar kawalan pengurusan FGV dan ia ditentukan oleh kuasa pasaran.
DAKWAAN TERKELUAR DARIPADA BURSA MALAYSIA
• Jika FGV tidak lagi tersenarai dalam indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI ini bukan bermakna FGV akan dinyahsenarai dari Bursa Malaysia.
• FGV masih tetap berada dalam Pasaran Utama Bursa Malaysia dan sahamnya akan diniagakan setiap hari sama seperti ketika masih berada dalam senarai indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI.
• Perniagaan FGV juga akan beroperasi seperti biasa dan tidak terjejas dengan situasi berkenaan.
SAHAM FGV MASA HADAPAN
• FGV akan terus mengukuhkan kedudukan dalam perniagaan di peringkat domestik dan juga antarabangsa bagi mengembalikan keyakinan pelabur kepada saham syarikat.
• FGV melihat kejatuhan harga sawit hanya bersifat sementara dan yakin kaunter-kaunter saham berasaskan komoditi sawit akan kembali menarik perhatian apabila harga komoditi berkenaan kembali naik.
• FGV telah melaksanakan transformasi perniagaan untuk mencapai kemampanan operasi jangka panjang dengan mempelbagaikan operasi perniagaan yang menyumbang kepada keuntungan kumpulan bagi mengurangkan kebergantungan kepada sektor ladang.
• FGV juga sedang melaksanakan proses penanaman semula secara agresif bagi mencapai sasaran portfolio umur pokok kepada 60 peratus matang, 20 peratus muda dan 20 peratus tua menjelang tahun 2020, sekali gus menjadikan ladang FGV antara yang terbaik di pasaran.
• Selain itu, FGV juga telah memperkenalkan model perniagaan baharu yang mampu menjana perolehan lebih tinggi, mengamalkan program pengurangan kos di peringkat operasi dan juga menstrukturkan semula anak-anak syarikat menerusi penggabungan dan penjualan syarikat yang bukan teras serta tidak memberi pulangan.
• FGV yakin menjelang 2020, progam transformasi syarikat akan mencapai kemuncaknya dan saham syarikat akan mencapai kemuncaknya dan saham syarikat akan kembali menjadi tarikan sekaligus mengukuhkan kedudukannya dalam senarai syarikat yang mempunyai modal pasaran tertinggi di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Kesimpulannya ;

1. Saham FGV jatuh itu benar.

2. Kejatuhan nilai hampir 7b itu juga benar.

3. FELDA terjejas dengan kejatuhan nilai komoditi sawit itu juga benar.

Dan semalam berita melaporkan secara meluas Najib merasmikan cawangan Felda'dSaji di Jeddah selepas berjaya membuka di Mekah. Rujuk sini.

Yang buka di Mekah tue sering digambarkan begini oleh media massa ;

- Ramai pengunjung

- Menguntungkan

Tetapi lain pula kisahnya bila Najib dilaporkan merasmikan cawangan D'Saji di Jeddah. Beberapa pengguna media sosial tampil melaporkan yang restoran D'Saji cawangan Mekah sebenarnya tak dibuka. Atau tak beroperasi.

Ini yang mereka lapor ;


Tetapi berdasarkan satu dua pengalaman orang kita tak boleh nak assume benda tue betul juga kan. Maybe waktu dorang pergi, restoran tersebut betul2 sedang renovation atau bercuti.

So aku pun mulakan carian google dan hasil yang aku dapati ialah WOW.

Kalau korang baca sini ==> http://zabidiskrip.blogspot.com/2009/07/1.html

Seorang penulis skrip, pernah menulis begini ;
7. Kalau Felda sanggup membelanjakan hampir RM1.5 juta untuk membuka sebuah restaurant yang diharap dapat menjadi kebanggaan jenerasi Felda tentulah jumlah kos produksi sebuah drama (lokasi di mekah, Madinah dan Jeddah) sebanyak RM165,000.00 boleh dianggap kecil untuk menyelamatkan maruah jenerasi Felda. fD’Saji sudah tidak mampu untuk ditutup untuk kali kedua. fD’Saji adalah maruah dan lambang kebangkitan anak-anak Felda. PM, Datuk Seri Najib Tun Razak yang begitu mengambil berat tentang hal ehwal komuniti Felda juga tentu mahu fD’Saji menjadi contoh dan lambang kebanggaan komuniti Felda. Saya percaya Felda mempunyai kekuatan kewangan apatah lagi kos RM165,000.00 untuk sebuah telemovie adalah kecil untuk maksud dan tujuan promosi. Demi maruah Felda, RM165,000.00 juga bukanlah satu jumlah yang besar.

- Pada tahun 2009, D'Saji telah ditutup operasinya selama beberapa bulan atas alasan permit dan karenah biokrasi kerajaan Arab Saudi.

- Selepas berjaya mengharungi rintangan tersebut restoran berkenaan dibuka semula.

Dan, pada tahun 2013. Restoran D'Saji dilaporkan baru sahaja dibuka semula selepas ditutup operasinya sementara. Kali ini disebabkan kegagalan mendapatkan rakan kongsi tempatan. Rujuk sini ==> http://www.sinarharian.com.my/d-saji-dibenar-beroperasi-semula-di-mekah-1.193082

Tutup aje dah 2 kali. Itu ikut info yang kita dapat la. Tapi bab buka tutup buka tutup ini pun mengelirukan juga la. Ada orang pergi, restoran berkenaan ditutup. Ada juga orang pergi di waktu lain, restoran berkenaan dibuka pula. Kalau restoran berkenaan merugikan mustahil pula mereka nak teruskan membayar sewa tanpa sebab. So mungkin juga memang menguntungkan. Tetapi operasi mereka tak stabil bila kejap2 buka kejap2 tutup sampai orang pun terfikir2 restoran berkenaan beroperasi ke tidak di Mekah sebenarnya neh.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...