Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 21 Disember 2014

Yusuf AlQaradawi Kini Suspek Penjenayah - Waran Tangkap Dikeluarkan Untuk Buru Ulama Dunia.


Ini semua salah Mesir. Mesir mahu membunuh, menghapuskan, mengurung, memenjarakan, menghukum berapa banyak ulama2 sehingga mereka benar2 puas agaknya ek?

Kalau yang dihukum itu orang jahat tiada masalah. Ini dihukum orang sebab orang tue tak satu geng dengan dia dalam idelogisma politik dan pentadbiran negara. Gila. Sebijik macam akta hasutan di Malaysia. Dua2 sewel lagi menyewelkan.

Laporan oleh Malaysiakini. Dan aku sokong point PAS dalam hal neh.

Baca ;

Polis Antarabangsa (Interpol) mengeluarkan waran tangkap terhadap sarjana Islam terkenal Dr Yusuf Al-Qaradawi selepas dikaitkan dengan kegiatan kumpulan Ikhwanul Muslimin yang diharamkan Mesir.

Menurut laman webnya, notis merah terhadap Yusuf, 88, dikeluarkan selepas dikehendaki pihak berkuasa kehakiman Mesir untuk pendakwaan dan pensabitan hukuman.

Warganegara Mesir dan Qatar itu antaranya dituduh menghasut dan membantu pembunuhan antarabangsa, membantu banduan melepaskan diri daripada penjara, serta aktiviti vendalisme dan kecurian.

Langkah itu dilihat bakal mencetuskan perasaan tidak puas hati besar-besaran di hampir kesemua dunia Islam.

Tokoh Maal Hijrah M'sia

Sementara itu, PAS menjadi pihak pertama di Malaysia membantah secara terbuka langkah Interpol terhadap presiden Kesatuan Ulama Sedunia itu dan mendakwanya sikap pilih bulu dan memihak kepada rejim kudeta Mesir Al-Sisi.

“Atas sifat dendam, kerajaan Mesir inilah yang menuntut Interpol bertindak sedemikian-rupa,” kata ketua penerangannya Datuk Mahfuz Omar (kanan).

Tindakan itu, katanya, akan menyemarakkan lagi perasaan Islamophobia di kalangan bukan Islam dan mendakwa terdapat konspirasi Barat untuk memburukkan Islam.

“Kami juga kesal akan sikap kerajaan Malaysia yang masih berdiam-diri dalam hal ini sedangkan Syeikh Yusuf bukanlah tokoh yang asing di Malaysia ini,” kata Mahfuz.

Malah, katanya, kerajaan Malaysia pernah menganugerahkan beliau sebagai Tokoh Maal Hijrah pada 2009.

“Wisma Putra sewajarnya bersifat proaktif dalam hal ini untuk membela tokoh hebat yang telah menjadi mangsa teraniaya ini,” kata Mahfuz.

“Bukankah kerajaan sendiri sering mendabik-dada mengatakan Malaysia berpengaruh, disegani dan dihormati di peringkat antarabangsa maka tidaklah rugi untuk kita menyatakan pendirian dalam hal ini?”

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...