Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 23 Disember 2014

GST Belum Bermula, Kerajaan Dah Kena Tipu - Memalukan!


Aik.

Biar betul kerajaan kau neh?

Baca sat beb ;
Kastam Diraja Malaysia (KDRM) mengesan penipuan serta pemalsuan pendaftaran dan pengisytiharan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang boleh menyebabkan kerajaan menanggung kerugian berjuta ringgit.
Daripada 236,610 pendaftaran setakat kelmarin, beberapa syarikat dan individu dikenal pasti terbabit dan KDRM akan menghantar pasukan untuk mengaudit syarikat terbabit bermula Januari ini.
Pengarah GST KDRM, Datuk T Subromaniam, ketika mendedahkannya kepada BH semalam, berkata kes itu membabitkan penipuan pendaftaran syarikat, menipu pengisytiharan nilai tuntutan cukai, memalsukan perniagaan dan cubaan menggodam sistem GST KDRM seperti yang sering berlaku di luar negara.

Bagi aku berita neh seperti neh penting. Ia melibatkan dua team penipu. Team penipu pertama ialah team kerajaan. Team penipu kedua ialah team syarikat yang menipu.

Kerajaan menipu rakyat Malaysia dengan manipulate hal2 sebenar tentang GST. Dan menyorokkan elemen2 yang sepatutnya rakyat tahu tapi mereka taknak cerita segala2nya kepada rakyat.

Contohnya mereka manipulate yang bil perubatan tak dikenakan GST. Tapi tak pula cerita yang ubat-ubatan juga tertakluk kepada GST. Ia diketahui oleh rakyat apabila NGO prihatin dok godek dan sebar maklumat. Kalau tak, selagi boleh sorok, kerajaan kau sorokkan aje.

Team penipu kedua ialah syarikat aka perniagaan. Bayangkan. Cubaan menipu kerajaan dibuat oleh mereka2 neh dengan manipulate pendaftaran perniagaan, tafsiran cukai dan siap nak godam website yang buat sistem GST lagi.

Apa jaminan kerajaan yang peniaga2 gila macam neh takan ;

- Membabi buta alihkan kos GST kepada pengguna akhir atas nama peningkatan kos perniagaan?

- Membabi buta mengenakan GST kepada rakyat marhaen? Silap2 dia letak nama lain untuk manipulate pemikiran rakyat.

- Bersubahat dengan geng2 kastam untuk melakukan penyelewengan dan penipuan. Geng2 kastam pun bukan bersih. Dah kantoi banyak kali kaki songlap. Sama je dengan geng2 polis. Yang kantoi seludup PATI pun ada. Tak malu ke geng2 KASTAM dan PDRM neh?

Rakyat risau. Bukan setakat GST akan meningkatkan kos sara hidup, meningkatkan harga rumah + perubatan, bahkan juga akan menyebabkan berlaku lebih banyak ketirisan oleh agensi kerajaan disebabkan jumlah kutipan cukai lebih banyak dengan GST berbanding SST.

Lebih banyak duit. Lebih banyak mata2 menteri akan membesar dan membulat. Lebih banyak penyelewengan boleh berlaku dan lebih banyak projek sengaja dibuat bagi menghalalkan pengaliran wang.

Itu satu peringkat. Di peringkat lain, syarikat2 yang mahu menipu GST mungkin berpakat dengan pihak2 tertentu dalam agensi kerajaan bagi melindungi perbuatan dan tindakan mereka.

Dan, dah boleh nampak dah permainan mereka neh. Mesti rakyat kena punya.

Salah seorang rakan aku berkata. Disebabkan GST, mungkin lepas neh kerajaan akan mensyaratkan agar ATM2 di tempat public seperti shopping complex, station minyak ditukar kepada ATM MEPS. ATM bank hanya terhad di premis bank semata2.

Ini dibuat. Agar lebih banyak rakyat mengMEPSkan pengeluaran duit depa agar kerajaan boleh collect lebih banyak GST.

Ini pendapat dia la. Aku fikir2 balik. Ada kelogikkan disitu. Kita tengok dan tunggu. Kot2 point dia tue benar2 akan berlaku di negara neh ataupun tidak.

Bai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...