Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 26 Disember 2014

Rakaman Mangsa Banjir Mati Lemas Kini Viral & Mendapat Simpati Netizens.

Ia merujuk kepada satu situasi di mana salah seorang mangsa banjir terkapai2 dan kemudiannya mulai lemas secara perlahan-lahan akibat air banjir yang terlalu dalam dan dia tak dapat mengawal keadaan.

Beberapa mangsa banjir lain yang berpaut kepada pokok cuba melemparkannya sesuatu kepada mangsa namun mangsa gagal memegang atau berpaut kepada objek tersebut. Kemudiannya, sepupu mangsa yang bernama Ikram menuju ke arah mangsa bagi menyelamatnya juga gagal berbuat demikian apabila dia juga turut terkapai2 dan lemas akibat air banjir yang sangat dalam.

Video ini telah disebarkan meluas di laman media sosial seperti facebook, wassap dan twitter dan mendapat simpati orang ramai yang melihat rakaman tersebut.

Menurut laporan dari Sinar Harian, kedua2 mangsa lemas sedang mandi ketika kejadian berlaku. 

Rujukan ;




Rakaman video tersebut ;


   

Klik sini jika gagal view. 

Pertama. Diri kita jangan menilai kenapa mereka memilih untuk mandi di kawasan yang sedang berlaku banjir dalam keadaan air yang sangat dalam dan deras.

Kedua. Kita hanya perlu ucap yang baik2 ke atas mereka atas apa yang berlaku.

Ketiga. Kita perlu tingkatkan kesedaran diri kepada mangsa2 banjir agar sentiasa ber-ahti2 dengan persekitaran memandangkan mereka kini berada dalam tahap darurat, tiada bekalan air bersih, banjir, kekurangan makanan, bantuan sukar tiba kepada mereka, air deras dan amat dalam, bekalan elektrik diputuskan dan kekurangan fasilitis seperti bot dan sampan untuk tujuan pergerakan. Jangan sesekali beranikan diri untuk mandi walaupun sangat mahir berenang. Kadang2 kekejangan otot boleh berlaku akibat kepenatan sehingga kita merasa sukar untuk melawan arus deras.

Cukup. Ini saja yang perlu kita buat. Alfatihah untuk arwah. Dua lagi mangsa banjir telah terkorban. Adakah angka kehilangan nyawa ini akan terus meningkat pada beberapa hari yang akan datang? Takde siapa yang ada jawapan yang pasti.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...