Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 27 Disember 2014

Surat Terbuka Dari Mangsa Banjir Kepada Najib Razak.

Sebenarnya Najib dah balik dan tamatkan percutian dia. Nama aje percutian tapi tatau arr guna duit sapa.

- Perbelanjaan makan minum tidur hotel apa semua.
- Shopping sakan di Hawaii oleh mama angkat aku si Rosmah tue lagi.
- Pesawat pergi balik.

Pening arr pening arrr.. harap2 sangat si Najib dan Rosmah tue guna duit sendiri. Tolong arrr.. korang yang nak p bercuti. Takan hadap rakyat nak tanggung segala. Betul tak?

Aku tertarik nak SHARE luahan mangsa banjir kat bawah neh walaupun Najib dah balik sebab dia ada point2 yang menarik untuk kita fikirkan sama2.

Baca ;

Assalamualaikum Dato' Seri.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan  selamat bercuti kepada Dato' Seri. Kami, rakyat Malaysia pun tengah bercuti sekarang, bukan cuti sambut Krismas, tapi cuti sebab seluruh bandar sudah lumpuh.

Air di mana- mana. Dato' Seri baca dah kisah Dr Adibah di  Hospital Kuala Krai? Kalau belum, saya dah sedia link kat situ, klik je.

Ngeri betul macam ada Zombie Apocalypse. Saya tertanya-tanya apakah nasib bayi dalam cerita itu.

Dato' dah makan? Mungkin makan makanan laut di Hawaii tu. Sedapnye. Saya dah makan? Sudah. Makan Maggie je. Tu pun Alhamdulillah  ada juga bantuan.

Terima kasih rakyat Malaysia. Saya tak mahu cerita kisah teruk hidup saya. Saya bimbangkan saudara saya di Kelantan. Bantuan lebih susah nak masuk di sana. Entah  apa mereka makan. Nak masuk pakai apa? Helikopter tak boleh guna sebab masalah cuaca. Bot? Hoverkraf? Kenderaan Amfibia?




Shahidan Kassim pernah cakap, kemampuan kita menangani banjir lebih hebat dari negara luar.

Soalannya, di mana kemampuan itu? Saya tak mahu jadi meraka yang menyalahkan Dato' Seri yang tidak pulang ke Malaysia ketika bencana ini. Secara logik, TPM sudah cukup untuk tangani isu ini. Tapi kalau Dato' Seri bijak, kejadian ini bukan kali pertama jadi kepada pemimpin dunia.

Ingat mamat ini? 



Shinzo Abe. Dia dikutuk teruk sebab main golf di waktu bencana tanah runtuh di Hiroshima, sama macam Dato'. Bukan dia saja, Obama sendiri pun pernah kena kes macam ni , dia  main golf ketika salah seorang wartawan US dibunuh IS baru-baru ini. Obama tak ada cakap apa-apa waktu Dato' main sekali dengan dia ke?

Kalau Dato' Seri ada cita-cita untuk menang PRU depan, dengan segala masalah negara ini di bawah kepimpinan Dato' , percayalah, isu ini tak membuatkan imej Dato' nampak baik.

Apa? Obama panggil Dato' main untuk second set? Baiklah, biar saya terus straight to the point surat saya ini.

1) Dato' perlu balik.
2) Isytihar darurat.

Inilah sebabnya Dato' kena balik. TPM tak boleh isytihar darurat. Soalan paling besar. Kenapa masih tak isytihar darurat sampai sekarang? Adakah kerana Menteri  Dalam Negeri, Hisyambudin Tun Hussein sekarang juga di luar negara? Adakah kerana kerajaan mahu anak tirikan Kelantan dalam memberi bantuan, kami tengok, liputan TV pun  tak seberapa di sana, alih-alih , gambar yang sama, nasib baiklah ada khabar dari FB mangsa-mangsa.

Adakah aset ketenteraan Malaysia tak cukup dan kerajaan bimbang darurat ini akan  menunjukkan kemampuan sebenar aset negara yang amat  terhad. Adakah angka LEBIH DARI 100000 orang mangsa yang dipindahkan itu MASIH TIDAK  dianggap parah untuk diisytiharkan DARURAT?

Soalan akhir itu saya nak Dato' baca 100000 KALI!!!

3)Luluskan geran bantuan bencana alam.
4)Cari salah orang.

Yang ini mesti semua orang suka.Banjir ni bukan tahun ni je jadi Dato'. Tiap tahun jadi. Soalannya. Apa puncanya? Adakah sebab Kelantan tebang balak banyak? Adakah sebab sistem perparitan? Adakah sebab Global Warming? Point inilah yang boleh buat Dato' jadi juara rakyat yang sebenar, bukannya dengan cara TTPA, 1MDB.

Itu sahaja Dato' tulisan dari seorang mangsa banjir. Saya cuba untuk tak terlalu beremosi, walau gatal kaki ini bermain air. Elektrik mungkin akan ditutup di kawasan saya di waktu terdekat. Jadi saya gunakan sisa-sisa elektrik yang terakhir ini untuk dapatkan perhatian Dato'.

SURAT INI TAK AKAN SAMPAI KEPADA PM MALAYSIA. Tak akan sampai, tanpa pembaca-pembaca seperti anda membuatkan surat ini viral Jom SHARE. Post di Facebook. RT di Twitter. Cakap dengan kawan pasal surat ini.

Sumber

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...