Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 27 Disember 2014

Isytihar Darurat Rugikan Mangsa Kata Najib - Netizens Sebar Bukti Najib Tipu Kerana Enggan Tanggung Kos Darurat - Kemaskini Ops Banjir 2014.


Ini ialah alasan Najib kenapa negara tidak mengisytiharkan darurat di beberapa kawasan yang terjejas teruk angkara banjir terutamanya membabitkan negeri Kelantan.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata darurat tidak diisytiharkan di negeri terjejas bencana banjir kerana ia akan membawa kepada kerugian kepada mangsa. 
Beliau berkata, pengumuman darurat akan menyebabkan mangsa banjir tidak dapat membuat tuntutan insurans terhadap kerosakan harta benda yang dialami mereka.

Mungkin polisi insurans di negara neh berbeza-beza. So aku takan cakap part polisi insurans orang lain secara am. Cuma aku nak sentuh sikit polisi insurans kenderaan aku. Dia tak cover bencana alam termasukla bagi kejadian banjir.

Baru2 neh. PROTON sendiri ada keluarkan kenyataan. Bahawa setiap kenderaan yang rosak. Mereka akan ganti dan perbaiki dengan kos minima. Kenapa mereka tak sebut tentang insurans? Ini kerana insurans memang tak cover kerosakan akibat bencana alam. Tapi aku akan serahkan perkara neh pada geng2 insurans yang arif. Biar mereka mengulas disebabkan ini bidang mereka. Mungkin ada benda2 yang aku tak jelas atau tak tahu lagi kot bab polisi insurans neh.

Dan ini ialah kemaskini tentang musibah banjir 2014, yang terburuk dalam sejarah negara kerana melibatkan 9 negeri sekaligus dalam satu masa yang sama.

1. Najib umumkan 3 bantuan tambahan kepada mangsa banjir. 

Lihat gambarajah ;




2. Muhyiddin Yassin berkata bahawa kerajaan akan memperkemaskan SOP bagi penyaluran bantuan ketika kejadian banjir berlaku. Bagi aku ini tindakan yang tepat. Kritikan rakyat diterima pemimpin. Cuma aku harap ini bukan la sekadar penyedap kata di hadapan media. Mesti betul2 kaji dan ubah cara sistem bantuan itu diagihkan.


Baca ;
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata prosedur standard operasi (SOP) bencana negara perlu diperkemas bagi memastikan sistem bantuan dan menyelamat dapat dilaksana lebih cepat. 
Muhyiddin berkata, antara aspek yang boleh diperkemas adalah berkenaan logistik, stok makanan serta infrastruktur pencegahan banjir yang perlu dipertingkat segera. "Mujur kita bersedia awal tahun ini apabila stok makanan dan pangkalan hadapan sudah ditetapkan namun cuaca di luar kawalan kita. 
"Disebabkan itu SOP bencana banjir perlu diperkemas dan diteliti semula selepas banjir selesai," katanya. -BH-

3. Siang tadi bantuan makanan ke beberapa lokasi di Kelantan telah mulai masuk melalui 9 pesawat milik ketenteraan. 

Sembilan pesawat digerakkan dari Pangkalan Udara Gong Kedak di sini untuk menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir di Kelantan. 
Komander Pangkalan Udara Gong Kedak, Brig Jen Zahani Zainal Abidin, berkata sembilan pesawat itu ialah tiga helikopter EC725, dua helikopter Nuri, satu pesawat Super Lynx Navy, satu pesawat Fennec Navy, satu pesawat A109 dan satu pesawat AW139. 
"Kesemua sembilan pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Darat Diraja Malaysia (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ini digunakan dalam "Ops Murni" untuk menghantar bekalan makanan, ubat-ubatan dan minyak. 
"Bagi tempat-tempat yang tidak dapat mendarat, TUDM menggunakan kaedah 'winching' dan 'low hovering' untuk menghantar bekalan makanan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

4. Dan yang terakhir, pengguna media sosial mula sebarkan bukti bahawa siapa yang layak isytiharkan darurat dan siapa yang perlu dipertanggungjawabkan dan apa yang kerajaan perlu tanggung jika pengisytiharan itu dibuat bagi merujuk keadaan banjir di beberapa negeri terutamanya di Kelantan dan Terengganu.

Baca ;



Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Apa yang berlaku?

Najib kena kritik. Bukan disebabkan nak bantu mangsa banjir agar mereka boleh claim insurans sebaliknya kerajaan taknak tanggung kos2 berkaitan bila pengisytiharan itu dibuat.

Tapi aku pelik gak.

Even. Kalau kau tak declare darurat pun, sapa yang tanggung kos hantar makanan, guna pesawat itu neh, agih bantuan, salur dana dan blablabla? Kerajaan masih tanggung juga kan melalui duit pembayar cukai kan?

Ke macam mana?

Takpe. Aku nak perhatikan dulu hujah2 yang berkaitan sebelum dok membalon Najib. Aku sekarang zero fakta. Satgi tersalah aku gak yang kena kutuk kan. So better aku cari point2 perbahasan dulu sebelum menyampuk atas isu neh. 

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...