Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 21 Disember 2014

Kandungan Mesej Wassap Kemarahan KJ Kepada Ahli Parlimen Belia Kini Viral Di Laman Sosial.


Ini apa yang sedang viral di beberapa laman blog, facebook, twitter dan juga wassap group. Sebaran umum mengatakan kandungan mesej berikut dipetik dari wassap group ahli parlimen belia Malaysia, satu group khas yang diwujudkan untuk memudahkan komunikasi di antara ahli parlimen belia Malaysia dengan menteri KBS, Khairy Jamaluddin.

Berikut apa yang tersebar ;
Saya minta Saudara Ezlan buat group ini untuk memudahkan komunikasi antara saya dan APB. Saya tak perlu ingatkan semua APB tentang apa yang telah berlaku sejak beberapa hari yang lepas. Walaupun hanya segelintir kecil sahaja, kes2 tersebut telah merosakkan nama PBM keseluruhannya. 

Saya sebagai menteri bertanggungjawab ada dua pilihan. Either I humiliate all of you publicly by posting a strong teguran in my public FB page. Or I advise in private to look after your reputations. 

Kali ini saya pilih untuk memberi nasihat secara dalaman. Nak jaga maruah APB. Tapi ini kali terakhir. Saya dah cakap dah jangan poyo. Saya dah cakap dah jangan lebih2. Ini apa? Ya, memang seorang dua sahaja yang buat perangai tapi ingat saya tak dapat laporan yang lain? Perangai mengada2, demand sana sini, asyik minta 'kebajikan'. Tolong lah sedar diri sikit. Perangai segelintir APB berjaya menjadikan PBM sebagai satu laughing stock. If you want to be a laughing stock please continue dengan cara poyo ni semua. 

Saya nak bagi tahu, saya Menteri pun tak pernah pakai emblem Menteri. Zaman MP biasa pun tak pernah pakai. Saya tak pakai sebab itu semua poyo. Gelaran pun saya tolak banyak kali. 

APB ni dah perangai macam typical feudal mentality. Belum apa2 lagi berlagak. Ini perangai orang yang akan lobi untuk dapat jadi Datuk bila dewasa nanti. Bukan sebab deserving atau merit tapi atas mentaliti feudal. Tolong lah sedar diri sikit. APB bukan seperti wakil rakyat biasa. 

Bawa diri cara humble. Jangan merosakkan institusi APB. Oh, dapat permintaan sponspor futsal terus perasan jadi wakil rakyat? Saya dah bagi tahu, cakap pada mereka "Itu bukan tanggung jawab APB." Susah sangat ke? Atau memang nak berlagak? Saya seorang yang very patient. Tetapi bila kesabaran saya diuji, saya tidak menjadi nice guy atau menteri 'santai' lagi. I will be your worst nightmare. Tak perlu nak jawab dengan alasan bagai kepada mesej saya ini. 

Kalau nak mengumpat buat dalam private message sesama sendiri. Saya dah dengar semua alasan yang diberi. 

Jangan ingat saya lahir semalam. Tahniah. Daripada saya nak bagi lebih tanggungjawab kepada APB and treat you like adults, sdr-sdri semua telah berjaya menampakkan tahap kematangan APB yang ada di level yang amat rendah. 

Orang gelakkan PBM di media sosial tau? You are a laughing stock. Congratulations.

Benarkah kandungan wassap neh? Kalau benar macam mana terbocor? Mestilah geng2 ahli parlimen belia yang berada dalam group tersebut yang bocorkan. Takde kaitan dengan orang luar punya la. 

HAHA.

Apa2 pun kandungan mesej neh kalau benar, point KJ tentang dirinya separa tepat. Kau, humble? Kau, humble? Humble? Membayangkan diri sendiri HUMBLE? HUMBLE atau tak HUMBLE. Itu pemerhatian orang ke atas diri kita kot. Bukan pemerhatian diri kita ke atas diri kita. Kalau kita rasa kita HUMBLE itu maksudnya masuk bakul angkat diri sendiri kot.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...