Jumaat, 26 Disember 2014

Najib Sentap Kena Kritik Isu Golf, Sebar Gambar Sendiri Tengah Call Muhyiddin Yassin.

Ya Allah. Najib kau neh tatau aku nak kata bodoh ke sewel ke apa ke. Macam kasar sangat plak tapi maaf cakap la. Itu yang aku fikir bila nampak dia update twitter tadi. Tadi. Aku baru je online lebih kurang dalam 10 minit macam tue. Godek2 berita cari info pasal banjir dan kes letupan di Gurun tue. Semalam dah terima info apa yang berlaku di Gurun tue bukan la letupan gas. Tapi saja je nak tengok hebahan media macam mana. Bila dah nampak media mula update bahawa bahan letupan ditemui dalam kes letupan di Gurun tue so berani la sikit nak conlude bahawa info yang aku terima pada semalam ialah info yang sahih. Oke. Abaikan bab tue.

Sekarang bab Najib neh hah.

Aku nampak dia update gambar kat bawah neh kat twitter kejap tadi.



Najib neh bodoh. Betul aku cakap. Aku perhatikan aje perangai media sejak tersebarnya gambar Najib main golf dengan Obama tadi.

Mula2. Media dok sebar dan gempur Najib main golf dengan Obama.
Then. Najib kena kritik kaw2.
Entah macam mana agaknya si Najib kau neh rasa sentap plak.
Tiba2. Media arus perdana laju2 update yang Najib dah arah itu arah ini dan kerahkan tugas dan kuasa kepada MKN untuk memastikan agar kesemua mangsa banjir dibantu secepat yang mungkin.

Ko nampak tak permainan mereka disitu? Nampak?

Maksudnya. Najib kau neh dah terasa dengan kritikan orang ramai dan media arus perdana digunakan untuk touch up semula imej Najib yang tercalar. Laju2 je media kau diarah menjilat Najib kan. Maka terpaksa la wartawan menjalankan tugas. Nak lawan sekali big boss. GST lagi. Kos sara hidup lagi. Kena buang kang payah plak. Ah jilat je la.

And then. Tadi. Kat twitter. Pfttt.

Najib update twitter.

La. Kau nak call Muhyiddin kau call aje la. Beria2 sakan plak amek gambar. Letak kamera depan muka. Call. Tangkap gambar. Update twitter. Sebar gambar. Kau ingat rakyat neh bodoh nak mampos ke tak boleh nampak permainan kau kat situ Najib? Kau nak tunjuk walaupun kau diluar negara kau tetap concern tentang apa yang berlaku dalam negara kan? Kau nak tunjuk kau tetap buat kerja dan memikirkan masalah negara walaupun sedang bercuti kan? Kau nak tunjuk bahawa kau tetap peduli tentang insiden banjir dan prihatin dengan apa yang berlaku ketika ini kan? Kau nak tunjuk bahawa kau tetap menjalankan tugas dengan mengarahkan beberapa perkara bagi membantu mangsa banjir kan?

Bongok.

Bila kau dah beria2 sebar gambar macam tue maka sah2 la kritikan rakyat ke atas kau tue terbukti benar.

Itu pasal kau sentap. Bila kau dah sentap kau tengah fikir cara nak counter attack persepsi rakyat. Salah satu cara yang kau boleh fikir sekarang ialah sebar gambar kau tengah call Muhyiddin Yassin dan berharap rakyat boleh termakan dengan propaganda kau. Tapi kan Najib. Kau silap la kalau ko fikir itu jek yang aku nampak. 

Aku nampak permainan kau disitu. Kau sebenarnya sedang sentap. Rangkuman beberapa perkara telah menjadikan kau sentap sesentap sentapnya kan Najib.

Siang tadi. Muhyiddin minta rakyat percaya padanya bagi menanggani situasi banjir yang semakin teruk di beberapa negeri terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Untuk rekod ketika neh berlaku banjir di Perak, Pahang, Kelantan dan Terengganu dan kini merebak ke Kedah dan Perlis. Dan ini ialah catatan baru buat negara dalam sejarah banjir negara kita.

Motif Najib sebar gambar call Muhyiddin Yassin?

- Najib diminta berundur oleh geng2 sendiri semenjak dua menjak neh.

- Bila disuruh berundur maka automatik Muhyiddin Yassin la yang akan naik.

- Maka Najib dah tercabar la dengan kewujudan Muhyiddin. Secara tak langsung, Najib anggap Muhyiddin tue pesaing dia lebih2 lagi ada spekulasi kem Muhyiddin mendapat sokongan padu dari Mahathir dan geng2nya.

- Muhyiddin Yassin keluarkan kenyataan bahawa dia akan menanggani situasi banjir.

- Najib of course. Rasa tercabar kerana itu menunjukkan Muhyiddin sedang bermain propa bagi mengambarkan dia berada dalam negara dan sedang uruskan masalah berkenaan banjir.

- Then. Tiba2. Booomm. Najib sebar gambar dia tengah call Muhyiddin Yassin.

Nampak? Nampakk?

Ada beberapa perkara yang Najib kau neh nak buat.

1. Dia taknak Muhyiddin diperlihatkan sebagai pengganti yang tepat untuk tempatnya.

2. Dia taknak Muhyiddin Yassin diperlihatkan lebih berkelayakan dan berkemampuan buat kerja berbanding dirinya.

3. Dia taknak Muhyiddin Yassin mendapat persepsi yang positif dari rakyat marhaen dan diperlihatkan lebih prihatin dengan situasi banjir dalam negara ketika ini berbanding dirinya.

4. Dia taknak Muhyiddin Yassin diperlihatkan lebih menguasai keadaan berbanding dirinya dalam menanggani masalah banjir dan mendapat kredit serta pujian.

5. Dia mahu orang ramai tahu bahawa keputusan yang Muhyiddin buat ketika ini adalah hasil dari perbincangan bersama. Iaitu dia turut terlibat dalam menanggani situasi banjir yang berlaku di beberapa buah negeri.

6. Dan dia mahu orang ramai tahu walaupun dia bermain golf, dia masih lagi peduli tentang apa yang berlaku dalam negara.

Itu sebab dia sebarkan gambar dia call Muhyiddin tue. Macam bangang2 je aku tengok. Kalau ko takut sangat Muhyiddin rampas tempat kau, balik la ke Malaysia semula laju2. Apa kau kalut sangat buat propa murahan kat twitter.

Konon2 propa murahan kau boleh padamkan persepsi negatif ke atas kau la sebab main golf time banjir. Jangan harap le kau.

Kau dah terbukti bebal pada saat ko sebarkan gambar tue tau. Dah terbukti sentap sebab orang dah boleh baca taktikal kau tau. Secara tak langsung kau akui juga kritikan2 rakyat ke atas kau sememangnya benar. Bahawa kau tak prihatin dengan situasi banjir di beberapa buah negeri ketika ini. Itu sebab kau tengah karang cerita. Buat propa. Yang retweet tweet kau tue semua spesis bangang macam kau juga. Kau update 10, 20, 50 gambar sekalipun dengan menyatakan bahawa ko call pegawai itu pegawai ini atau pegawai apa sekalipun untuk menunjukkan yang kau beria2 prihatin dan buat kerja ia tetap tak mampu mengubah fakta bahawa kau telah berada di luar negara dan bermain golf dengan Obama ketika rakyat di beberapa buah negeri dilanda musibah banjir dan mengharapkan pimpinan negara akan lebih prihatin dengan situasi yang mereka hadapi pada masa ini. Kau fikir2kan la ek. Walaupun aku antara orang yang tak bengang dengan gambar kau main golf tue sebab sel2 otak aku berhubung pasal teori konspirasi tetapi orang2 yang bengang dengan kau sekarang ramai. Samada sel2 otak dorang berhubung atau tidak dengan teori konspirasi ia tetap tak menjadikan kebengangan mereka ke atas diri kau salah. Yakni. Rakyat sangat berhak untuk rasa bengang dengan kau dan kau tak berhak langsung untuk rasa kebengangan rakyat ke atas kau tue adalah salah. Lain kali jangan la main golf pada waktu yang salah Najib woi.

Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...