Selasa, 23 Disember 2014

Lukisan Seiras Chin Peng Terima Aduan Orang Ramai Di Ipoh - Bila Dengan Lukisan Pun Takut..


Lawak siot. Ini memang kelakar gila kot. Tadi terbaca satu berita tentang satu lukisan. Berita tersebut melaporkan ;

1. Majlis perbandaran di Ipoh telah menerima beberapa aduan dari orang ramai berkenaan satu lukisan orang tua yang sedang minum kopi.

2. Orang tua tersebut dibayangkan mempunyai persamaan dengan wajah Chin Peng.

3. Di Malaysia, Chin Peng digambarkan sebagai seorang pengganas dan penjahat disebabkan penglibatannya dengan komunisme (Pada aku, manusia ada baik, ada jahat. Setiap orang pun sama). Chin Peng disahkan mati pada tahun lepas dan abu mayatnya menjadi kontroversi di Malaysia apabila menteri, BN dan PDRM sepakat mengharamkan abu mayat Chin Peng sekalipun menjejaki bumi Malaysia. Perkara itu menjadi pertikaian beberapa pihak terutamanya waris terdekat Chin Peng.

4. Dan lukisan pada dinding tersebut dikritik kerana dianggap seiras dengan wajah Chin Peng. Aduan tersebut menyebabkan MBI terpaksa mengambil tindakan dengan memanggil pelukis mural tersebut dan menjalankan siasatan untuk mengenalpasti beberapa perkara. Namun MBI mengesahkan bahawa lukisan tersebut bukan merujuk kepada Chin Peng dan perkara itu dianggap selesai.

Cuba baca sedikit artikel berita yang tersiar di Sinar. Artikel yang menunjukkan betapa bangang dan bodohnya sesetengah orang melayu kau neh. 

Haha.  

Di sebalik keindahan lukisan mural di sekitar Bandaraya Ipoh terdapat satu lukisan yang nyata mengundang kontroversi apabila ia mirip wajah Ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

Tiada siapa yang menyangka gambar yang menunjukkan seorang lelaki tua sedang memegang cawan di Jalan Tun Sambanthan, di sini, berhampiran Padang Ipoh itu seakan-akan individu yang diharamkan ke negara ini.

Pendedahan itu dibuat sendiri oleh seorang warga Ipoh, Mior Azman Mior Aris, 46, yang sudah lama meneliti gambar berkenaan  sejak ia dilukis pada Jun lalu oleh seorang pelukis mural terkenal.

Menurutnya, jika dilihat sekali imbas memang tidak perasan tentang individu yang dilukis memandangkan Chin Peng tidak dikenali ramai dari segi paras rupanya.

“Saya bersama beberapa rakan yang lain duduk semeja berbincang mengenai wajah individu terbabit. Apabila kita membuat pencarian internet gambar Chin Peng dan banding dengan lukisan itu, memang sama.

“Ini satu tamparan hebat kepada kerajaan negeri khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang membenarkan lukisan itu dilukis. Dalam sibuk kita membantah dan menghalang abu mayatnya (Chin Peng) di bawa ke negara ini, dengan selamba wajahnya dijadikan mural,” katanya.

Mior Azman berkata, perkara ini serius kerana ia dilihat cubaan pihak tertentu untuk menyebarkan elemen subversif menggunakan seni mural.

Tambahnya, perkara seumpama itu harus menjadi iktibar kepada semua pihak khususnya PBT supaya lebih peka dalam menerima sesuatu projek seni bagi mengelak agenda tertentu dibawa melaluinya.

“Kita mahu orang ramai buka mata terhadap agenda pihak tertentu yang cuba membawa masuk ideologi tertentu secara halus.

“Orang ramai hanya nampak ia sebagai lukisan yang cantik, tetapi maksud tersirat di sebaliknya kita tak tahu,” katanya lagi.

Sinar Harian.

Encik Mior dalam artikel berita di atas pada aku memang bodoh orangnya. 10 kali. 20 kali. Bahkan 30 kali kalau kau tengok wajah Chin Peng kat bawah neh sikit pun tak seiras dengan lukisan di atas.


Tang mata, hidung, kening, dagu, mulut sikit pun tak sama. Aku selalu tengok gambar Chin Peng kat internet neh. Almaklumla. Banyak kawan2 komunis. Bila aku baca berita di Malaysiakini dikatakan gambar lukisan di atas mirip Chin Peng, aku perhatikanlah gambar tersebut. Dan apa yang aku fikir.. tang mana yang samanya? Yang aku nampak mirip artis Bill Cosby ada la. 

Dan. Katakanla. Memang ada persamaan dan memang itu wajah Chin Peng pun. Apa masalahnya? Kalau kita abadikan nama penjajah kat nama jalan, nama bangunan apa la sangat lukisan mural Chin Peng pada dinding?

Aku lupa negara apa. Tapi kat negara tersebut, kesan penjajahan mereka jadikan subjek sejarah jalanan. Maksudnya. Katakan satu2 nama jalan tue dinamakan sempena nama penjajah. Mereka akan letak nota kat sebelah nama jalan tue. Orang boleh baca dan belajar tentang sejarah sekaligus. So konsep yang sama kita boleh tiru di Malaysia. Kalau sekalipun ia lukisan Chin Peng bukan masalah apa pun. Ia sekadar lukisan. Ooo.. ini Chin Peng. Apa dia buat? Siapa dia? Kenapa dia dibenci oleh UMNO dan BN (bukan semua orang Malaysia benci dia okay). Serapkan sejarah2 yang korang sangka betul melalui nota kat bawah lukisan tersebut.

Takan sebagai manusia yang normal kita patut biarkan diri kita rasa cuak, gelabah, takut dan jadi bebal tak tentu pasal dengan sebuah lukisan yang hanya sekadar you know.. 
L U K I S A N? 

Sudah la lukisan sikit pun tak seiras Chin Peng, suka2 pula encik Mior neh nak sangka buruk pada pelukis mural tersebut. Elemen2 subversif konon. Pihak tertentu nak membawa masuk idelogi2 tertentu secara halus konon. Fak kau la. Gamaknya apa reaksi kau kalau kau jumpa mana2 individu yang seiras Chin Peng. Mao kau melompat kefobiaan kot. 

Pfftt.

Daripada memerangi sebuah lukisan yang sekadar lukisan baik kau pergi tengok isu2 nasional. Menteri2 kau membawa masuk elemen2 subversif kau tak sedar diri plak. Lepas tue depa bawa masuk idelogisma2 yang memperbodohkan rakyat kau tak sedar plak. Korang biar aje menteri2 kita menyebarkan kebodohan2 mereka sehinggakan orang2 macam kau jadi gila meroyan waima dengan sebuah lukisan sekalipun. 

Nampak tak kebodohan kau disitu encik Mior? Nampak? Nampakk? Aku harap kau nampak. Kalau kau tak nampak, mohon kawan2 kau nampak dan laju2 bagitau pada kau. Kalau dorang tak nampak juga, mohon sedara mara kau nampak. Hopefully ada lah kenalan2 kau yang nampak. Sebab kalau kau tak nampak dan tak tau aku akan rasa stress. Aku nak sangat kau tahu yang aku anggap dan kata kau bodoh. Tolong la encik Mior oiii..

Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...