Sabtu, 27 Disember 2014

Banjir 2014 Tidak Seteruk Banjir 1967 Kata Timbalan MB Kelantan - Nik Amar Dibalon KAW2 Oleh Pengguna Media Sosial.


Aku membaca berita tersebut. Aku tengok wajah Nik Amar. Dan aku perasan. Yang rupa2nya aku dah terkeliru dan tidak tahu. Dia neh PAS atau UMNO. Apa beza dia dengan UMNO. Aku tak nampak perbezaan antara dia dengan menteri UMNO dah.

Ini kenyataan dia kepada media.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah menegaskan, keadaan banjir di negeri ini masih terkawal apabila air di bahagian hulu beransur surut.

Menurutnya, air di Gua Musang dan Kuala Krai mulai surut dan kini memberi kesan kepada kawasan di bahagian bawah termasuk Machang, Kota Bharu serta Tumpat.

Banjir di Kelantan bukan masih terkawal. Tetapi sudah berada di luar kawalan apabila berlakunya kematian. Ramai mangsa banjir terbiar di beberapa lokasi. Yang terputus hubungan sehingga 6 hari. Yang atas bukit ada. Yang berpaut pada pokok pun ada. Yang terbiar dalam masjid pun ada. Yang terperangkap dalam hospital dan sekolah pun ada. Yang masak air lumpur untuk minum pun ada. Yang tak makan 3 hari pun ada. Yang 4 hari mencatu makanan dan makan bubur nasi kosong pun ada. Kenyataan bahawa banjir di Kelantan berada pada tahap terkawal semata2 air surut itu tidak tepat dan tidak merujuk kepada situasi sebenar.

Sepatutnya Nik Amar sebut bahawa kerajaan negeri sedang dalam usaha untuk mengawal keadaan apabila kita akui ramai mangsa banjir terpinggir disebabkan keadaan cuaca yang buruk (laluan udara) dan faktor air banjir yang deras dan dalam (laluan darat) menyebabkan bantuan sukar sampai kepada mereka. 

Semalam disini.

Rakyat kamu tidur di kereta. Mereka ketakutan. Tiada tempat untuk berlindung.

Dan disini.

15 pusat pemindahan banjir di Gua Musang terputus bekalan makanan dan tiada air dan elektrik selama 6 hari. Kesemua mereka ialah rakyat kamu.

Dan disini pula.

Jumlah mangsa banjir di Kelantan semakin meningkat dan lebih ramai dipindahkan ke pusat penempatan sementara.

Dan ini.

Rakyat Kelantan menggunakan media sosial bagi mendapatkan bantuan dan simpati orang ramai agar pasukan keselamatan alert bahawa mereka terperangkap di beberapa lokasi yang terpinggir dari bantuan.

Dan apa. Banjir di Kelantan berada dalam tahap yang terkawal sebab air surut?

Air surut di semua lokasi kah?

Hanya surut di beberapa lokasi dan mulai surut pada hari neh dan tiba2 banjir di Kelantan berada pada tahap terkawal? Itu pun timbalan MB hanya sure akan surut berterusan jika tiada hujan di Kelantan.

Apa neh?

Dan aku membaca lagi.
“Banjir 1967 lebih teruk, tapi kita tak isytihar darurat, sebab itu kali ini pun kita belum isytihar darurat, cuma yang menjadi kelam-kabut apabila ada setengah kawasan tak pernah banjir tiba-tiba ditenggelami, ramai tidak jangka kerana ia datang secara mengejut, itu yang menjadi isu.

“Bagaimanapun air agak lambat surut di Kuala Krai berikutan kawasan yang terlalu besar, tetapi di Gua Musang sudah tidak banjir, perlahan-lahan berkurangan dan kini memenuhi daerah di bawahnya terutama Kota Bharu dan Tumpat yang berada di muka kuala,” katanya kepada media,  semalam

UMNO in making?

Kita tak isytihar darurat sebab pada tahun 1967 pun kita tak berbuat demikian. Tahun 1967 tue sapa timbalan MB. Nik Amar kah? Nik Amar ada data dan rujukan kah bagi kes banjir tahun 1967 sehingga buat penilaian seperti ini? Kenapa perlu menjadikan tiada pengisytiharan darurat pada tahun 1967 kepada punca banjir 2014 tidak boleh diisytiharkan sebagai darurat? Kenapa itu penanda arasnya? Kenapa bukan melihat kepada keadaan, situasi dan perkara2 yang berlaku pada banjir tahun 2014 untuk menentukan samada ia layak atau tidak layak dianggap darurat? Ketika itu suasananya sama kah seperti tahun 2014?

Perbandingan banjir itu tidak salah pada aku. Ia boleh dijadikan rujukan untuk tujuan kajian dan penambahbaikan supaya in future kita tahu bagaimana nak menanggani kes. Tapi. Perbandingan tidak boleh dilakukan macam stail Nik Amar neh.

1967 kita tak declare darurat.
Pasal apa tahun 2014 kita kena declare darurat.
Ikut rekod, mereka kata tahun 1967 lagi teruk musibah banjir pada kita.
Macam mana nak anggap tahun 2014 kurang teruk. Adakah jumlah kematian itu sebagai penanda arasnya? Bukan kah ilmu dan teknologi pada zaman itu berbeza pada zaman sekarang?

Pada zaman itu jika mereka terperangkap mereka tiada facebook dan talian internet untuk minta bantuan. Pada zaman sekarang sudah ada. Maka jumlah kematian tidak boleh dianggap sebagai satu2nya penanda aras. Kita tetap perlu kembali menilai kepada situasi dan keadaan ketika kejadian.

So aku tak berapa sangat permainan Nik Amar kau neh kat sini. Aku nak ulas lebih2 pun satgi penyokong2 Nik Amar (PAS) hentak aku plak. Depa lagi power bab menghentak orang dari UMNO. Aku takut tau. Dah la sama POWER macam geng2 PERKASA dan PEKIDA. Itu sebabnya aku takut tau.

Last. Aku hadiahkan screenshot komen2 yang mengkritik Nik Amar di Sinar Harian. Kalau dak2 PAS nak hentak aku, hentak mereka sama. Biarla kami bersama2 dihentak oleh unit amal PAS.

Muahahahahahahaha..




Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...