Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 10 Mac 2014

Saksi Lihat Cahaya Dari Pesawat Tampilkan Diri - Mesej Sedih Untuk Krew #MH370 Dapat Perhatian Dunia.


Ini info yang baru keluar dari bilik berita tv3. Katanya ;


Seorang lelaki mendakwa terlihat satu cahaya terang berwarna putih ketika berada di halaman rumahnya pada hari kejadian pesawat MH 370 dilaporkan hilang.  Alif Fathi Abdul Hadi, 29 tahun,mendakwa melihat cahaya terbabit pada jam 1.45 pagi, Sabtu lalu.  

Menurut Alif, cahaya itu dilihat bergerak pantas menuju ke arah Laut China Selatan, menerusi ke arah Bachok sebelum hilang daripada pandangan. Ujarnya, dia memerhati pergerakan cahaya itu selama lebih kurang 5 minit, kerana cahaya berkenaan yang dipercayai datang dari sebuah pesawat bergerak ke arah yang berlainan dari arah yang selalu dilalui pesawat.   Alif yang ditemani bapa saudaranya, Rosman Ishak membuat laporan berhubung kejadian itu di pejabat APMM daerah 10, di Tok Bali, setelah mengetahui insiden kehilangan pesawat terbabit. 

Konsisten dengan timeline ketika pesawat tersebut hilang dari radar.  Harap2 dengan clue terbaru ini ia dapat membantu pasukan penyiasat untuk mengesan pesawat tersebut secepat yang mungkin bagi menjawab misteri kehilangan pesawat tersebut yang kini telah pun memasuki pada hari ketiga.

Dan, lihat video ini ;

 

MESEJ DARI BEIJING UNTUK ‪#‎MH370‬ / MESSAGE FROM BEIJING for #MH370 ‪#‎prayforMH370‬ ‪#‎doakanMH370‬ "MH370, we hope the radar can see you. If you copy, keep flying at your current height until you reach your destination. "We'll clear the way for you. Everybody is more than happy to let you be the first to land. "The sky is clear, with temperature in Beijing at five degrees Celsius, a little bit cold. Please wear your coats to keep warm. "Remember to hug your family and friends after you disembark. They love you, they really do." 

--------- 

"MH370, kami berharap radar akan dapat melihat kamu. Jika kamu dengar, teruskan terbang pada ketinggian kamu sekarang sehingga kamu sampai ke destinasi. Kami akan lapangkan jalan untuk kamu. Semua orang akan berbesar hati memberi kamu peluang untuk mendarat terlebih dahulu. Langit cerah, dengan suhu di Beijing sebanyak lima darjah celsius, agak sejuk. Tolong pakai kot kamu untuk memanaskan badan. Ingat untuk peluk ahli keluarga dan sahabat setelah kamu turun. Mereka sayangkan kamu, benar-benar sayang kamu."

Rasanya, inila harapan terakhir bagi mereka2 yang related dengan krew2 penerbangan serta penumpang MH370 boleh iktiarkan. Mereka sedang menanti #MH370 pulang ke pangkuan keluarga dan sahabat handai yang menyayangi kamu semua.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...