Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 2 Mac 2014

Mandarin, Tamil Ke Sekolah Kebangsaan - Langkah Bijak BN.


Idea yang bijak dan bernas. 

Ia mungkin dibuat akibat beberapa perkara ;

1. Tujuan politiking. Nak meraih kepercayan dan sokongan daripada pelbagai bangsa. Seperti yang kita tahu, idea agar ajar matapelajaran mandarin dan tamil di sekolah kebangsaan ini mendapat sambutan yang mengalakkan daripada rakyat Malaysia pelbagai bangsa, bahkan ramai orang2 melayu dan india nak belajar bahasa mandarin disebabkan nak kuasai bahasa itu yang dikatakan antara menjadi syarat utama majikan ketika memilih pekerja.

2. Ilmu. Bahasa adalah ilmu. Bukan racist. Kita tak pernah rugi jika tahu bertutur, membaca, menulis dalam lebih banyak bahasa lagi. Ini satu perkembangan yang sihat dan bagus dalam sistem pendidikan di negara ini.

Aku sangat sangat sangat sangat sokong, bersetuju dan suka dengan idea ini memandangkan aku memang nak orang2 bukan berbangsa cina menguasai bahasa mandarin. Bagi aku, ini salah satu perkara yang boleh dilakukan untuk memecahkan tembok diskriminasi dan racist oleh sesetengah bangsa.

Ia bukan kesemuanya, namun, apabila dia racist, dia racist. 

Dan, memang ada golongan dari bangsa cina yang racist.

Maka, tembok racist ini perlu kita pecahkan. By hook or by crook.

Dan, aku juga berharap agar kerajaan mempertimbangkan beberapa perkara sebelum menyerap perkara ini secara total ;

1. Buat kajian dan perancangan yang menyeluruh. Jangan buat sistem tangkap muat dan mee segera.

2. Buat kaeadah pembelajaran yang lebih flexible. Seperti yang kita sedia maklum, ada sekolah satu sesi, ada sekolah dua sesi.

3. Kita boleh terapkan sistem yang berbeza untuk sekolah satu sesi, dan sekolah dua sesi.

4. Untuk sekolah satu sesi, ia agak membazirkan resource kalau2, di sebelah petang tak digunakan untuk proses pembelajaran. Sudah sampai masanya untuk kerajaan mula sediakan sekolah aliran agama untuk sekolah satu sesi terutamanya kepada pelajar2 miskin yang tidak mampu untuk sekolahkan anak2 di sekolah agama.

5. Bahkan, lebih baik juga kalau sekolah satu sesi ini menyediakan masa pembelajaran yang lebih panjang seperti mana yang sekolah2 jenis cina selalu buat. Mereka selalu balik lewat disebabkan ada jumlah mata pelajaran mereka lebih banyak dari sekolah jenis kebangsaan.

6. Namun, jangan jadikan pembelajaran dalam bahasa tamil dan mandarin merupakan satu kewajipan. Untuk permulaan, sekurang2nya. Elok jadikan ia sebagai salah satu subject yang optional. Maksudnya jika pelajar tersebut berminat, dia akan belajar. Namun, aku percaya, rata2 orang melayu memang berminat memandangkan di persekitaran aku ramai orang2 melayu nak anak2 mereka belajar bahasa mandarin.

7. Tolong jangan jadikan sistem persekolahan sebagai satu sistem kaji selidik tanpa henti. Tiap2 tahun modul itu ini diperkenalkan dan sistem berubah secara mendadak selang beberapa tahun dan sampai bila pelajar2 kita, guru2 kita, mereka2 yang terlibat dalam bidang pendidikan harus bersikap kelam kabut, keliru, rungsing dan penat memikirkan sistem yang seringkali berubah ikut mood pemimpin dan menteri2 lantikan baru?

8. Ini masanya, untuk kita all out habis habisan. Lantik satu firma yang benar2 kita letakkan masa depan anak2 kita di depan, jangan kerana duit, jangan nak amek kesempatan, jangan kerana keuntungan segera, jangan kerana niat tersembunyi yang jahat sebaliknya kerana anak aku, anak ko, anak dia dan anak2 rakyat Malaysia.

9. Dan firma ini akan mainkan satu peranan penting untuk kutip semua suara, semua pendapat, dari semua golongan samada dari warga pendidik ataupun bukan, samada dari student ataupun bekas student, samada dari ibu bapa ataupun dari mereka2 yang bakal menjadi ibu bapa, kumpulkan semua pendapat melalui pelbagai cara, media sosial, iklan, kaji selidik rambang di shopping mall. Kemudian, rungkaikan hasil pendapat orang ramai, kumpulkan, fahamkan dan sediakan satu sistem pendidikan yang universal untuk sekolah kebangsaan semata2 kerana sekolah kebangsaan ini akan dinaiktaraf kepada sekolah jenis satu sistem, sekolah anak Malaysia. Sekolah2 jenis lain boleh diabaikan seperti sekolah jenis cina, tamil.

10. Sekolah2 aliran tamil dan cina perlu dihapuskan kewujudannya. Bukan bangunan nya. Kerana bangunan itu boleh diconvertkan kepada sekolah Malaysia. Sekolah Malaysia ialah sekolah untuk semua anak2 Malaysia bagi menyerap semangat perpaduan, mengukuhkan perhubungan antara rakyat Malaysia yang berbeza bangsa + agama dan yang paling penting, ia adalah untuk memecohkan tembok racist di antara kita. Anak cina, anak india, anak melayu sepatutnya menjadi anak2 Malaysia, bukan lagi anak2 bangsa apa.

11. Yang mana2 baik dari sekolah jenis tamil, cina, perlu kita kekalkan dan terapkan dalam sekolah Malaysia. Contohnya sistem yang digunakan pakai.

12. Oleh kerana ramai dari mereka yang mempertahankan sekolah jenis tamil dan cina ini (atas alasan kerajaan suka politikkan sistem pendidikan), maka adalah lebih baik untuk kerajaan mula tunjukkan kesungguhan bahawa mereka akan bebaskan sistem pendidikan negara dari politik tak tentu hala. 

13.  Dan mereka perlu jadikan sistem sekolah kebangsaan sebagai satu sistem persekolahan yang terbaik. Bukan sekadar sistem terbaik bahkan jangan la ada bangunan sekolah yang cat lunturnya, yang tidak diselanggara dengan baik, meja buruk, kerusi buruk. Itu semua kita taknak. Sekolah2 di Sabah dan Sarawak termasuklah di pendalaman pun tak boleh diabaikan. Peruntukkan untuk pendidikan mesti la sentiasa diutamakan.

14. Ini sepatutnya yang kerajaan kita buat dari dulu lagi. Bahkan lebih bagus juga kalau kerajaan negeri di setiap negeri yang berbeza boleh bersepadu dalam menjayakan sistem pendidikan terbaik kat negara ini. Berbanding dari salah menyalahkan dan tuding menuding. Sampai kiamat pun tak habis gaduh bhai.

Percaya cakap aku. Cina dan india sebenarnya bukan kesah bab penghapusan sekolah jenis cina dan tamil. Yang dorang kesah ialah alternatif yang ada di depan mereka haruslah menawarkan ;

1. Sistem dan kualiti pendidikan yang lebih baik dan mampu milik.

2. Harus bebas dari unsur2 keagamaan (harus menghormati fahaman mereka, kepercayaan mereka).

3. Harus bebas dari unsur2 keracist-an  (harus memahami kepelbagaian bangsa haruslah diraikan).

Kita taknak ada orang cina kena ejek sebagai cina pemakan babi (since babi bukan haram bagi mereka, ia sesuatu yang mereka boleh makan, maka mengapa jika mereka boleh makan babi, ia sesuatu yang perlu kita highlightkan dan ejek?), dan kita juga taknak anak2 india kena ejek sebagai si keling (memandangkan perkataan keling, paria, si lembu agak sensitif pada mereka) dan kita juga taknak anak2 melayu di ejek berkaitan agama dan juga membuat disandarkan pada andaian yang tidak adil seperti melayu si pemalas tue sebab orang cina tak suka amek pekerja melayu dan sebagainya.

Tembok diskriminasi, racist, justifikasi yang bias dan segala2 yang negatif yang wujud hanya disebabkan seseorang itu tidak mampu meraikan kepelbagaian agama dan bangsa haruslah diubah bermula dari dari sistem pendidikan kita untuk mewujudkan masyarakat yang lebih sayang menyayang dan harmoni. Dan ketahuila, sistem pendidikan kita mencorakkan bagaimana kita mahu rakyat kita berfikir. Merujuk kepada keadaan sekarang, negara kita sedang mendidik rakyat menggunakan sistem yang racist agar rakyat bersikap racist. Fikir2kan.

Rujukan : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bahasa-mandarin-dan-tamil-bakal-ke-sekolah-kebangsaan-kata-idris-jusoh

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...