Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 3 Mac 2014

Lagi Kenyataan Bodoh Menteri Pasal BRIM Tersebar..

Tue dia..

Dah boleh buat koleksi dah. Berdasarkan ingatan aku. Mana2 yang terkurang tolong tambah. Mana2 yang terlebih tolong betulkan.

Mula2. Menteri nasihatkan agar berbelanja dengan berhemah menggunakan duit BRIM. Belanja sikit2 kata2nya. 

Lepas tue BN keluarkan gambar bagaimana bantuan BRIM sememangnya cukup untuk setahun. Siap boleh menyimpan sebanyak rm22.10 dalam bank lagi tue. Kalau taknak simpan, derma kat tabung masjid.

Rujuk sini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2014/02/bn-dedah-fakta-brim-cukup-untuk-setahun.html

Sebelum itu menteri ada keluarkan kenyataan sebanyak 17,000 penerima BRIM menolak pemberian BRIM tanda rakyat sudah matang dan cerdik dalam membuat keputusan. Yakni, walaupun mereka layak menerima bantuan tersebut, tetapi mereka tulis surat kepada agensi kerajaan dan menolak bantuan tersebut kerana merasakan ada orang lain yang lebih layak menerima bantuan tersebut.

Fuhh..

Aku tatau la kalau2 ada orang bangang yang nak percaya benda begini. Kalau ikut stail aku, aku mesti minta bukti figure mana dia bukti 17,000 tolak bantuan BRIM tue? Jangan sembang kencang aje kot. Tak suka ai.

Yang best, part Najib kaitkan pemberian BRIM dengan hadis Nabi. Fuh. Tak jumpa ke hadis Nabi bab mencuri, merompak, menyusahkan rakyat, tak memerintah dengan adil, tak sediakan kemudahan asas seperti rumah, pakaian dan makanan (bukan bagi percuma macam tue aje, fahamkan ayat tersirat, malas aku asyik nak terangkan aje. Korang bukan budak kecik kot).

Lihat ==>  http://amenoworld.blogspot.com/2014/02/bn-dedah-fakta-brim-cukup-untuk-setahun.html

Lepas tue kemain la siri demi siri bagaimana rakyat rasa terbantu dengan BRIM tersebar di pelbagai jenis media massa dan media online.

Siap mereka berjanji ber-ramai2 lagi untuk gunakan ayat sama2 bagi memuji kebaikan BRIM. Fuhh dasat.

Lihat sini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2014/02/guna-bot-untuk-puji-br1m-30-di-twitter.html

Dan sini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2014/02/gambar2-berita-pasal-brim-yang.html

Dan yang terkini menteri minta rakyat berjimat cermat dengan penggunaan BRIM. Simpan la untuk pendidikan anak2.

Lihat ;



Macam yang pernah aku katakan dulu. Nasihat ini bukan tak betul. Nasihat ini betul. Tetapi sayang tak kena dengan situasi. Nampak sangat bodohnya. Contohnya. Aku tengah makan nasi goreng kat kedai makan. Lepas tue tiba2 tuan kedai datang dan nasihatkan aku, awak, lepas makan dan bayar sila cuci pingan yer.

Tak rasa macam bangang ka. Pasai apa kena cuci pingan pula.

Macam tue la juga dengan nasihat di atas. Part rakyat perlu menyimpan untuk kelansungan pendidikan anak2 itu betul. Tetapi jangan lupa part kerajaan yang gagal menyediakan pendidikan berkualiti yang setimpal dengan kemampuan rakyat. Yang tue kerajaan abaikan dengan slumber nak mampos dan satu sen haram depa peduli. 

Dan sekarang depa harap dengan BRIM kita boleh ;

1. Beli stock makanan untuk setahun.

2. Boleh menderma dan menyimpan di bank.

3. Boleh menyimpan untuk pendidikan anak2.

4. Boleh membesarkan perniagaan.

5. Boleh menanggung kos rawatan pelbagai penyakit

6. Boleh buat macam2 benda bermanfaat.

Gila ke apa?

Adakah kos pendidikan di universiti dan kolej ialah rm1 untuk satu sem? Harga tiap2 buku pula 1sen dan akan di cover dengan baucar buku selebihnya?

Adakah harga beras 10kilo 10 sen?

Adakah nak perbesarkan perniagaan hanya perlukan modal rm20 dan kedai kita dah besar macam kedai pemborong?

Bagi nya cuma RM650.00.

Di ulangi. RM650.00

Bukan nya 650,000. Itupun ada family terima RM450.00 dan rm300.00.

Usah kata nak lepas untuk pendidikan, nak beli stock makanan dua tiga bulan bagi keluarga anak 5 pun tak lepas. Nak2 kalau semua anak2 tue dewasa. Budak2 remaja kan kuat makan. Sebulan boleh la. Itupun aku ingat ngam2 aje. Lagi macam bangang2 buat carta untuk pembelian stock makanan bagi setahun.

Lepas tue lagi mao sembang kencang suruh simpan untuk biaya pendidikan anak2. Bangang ke apa menteri2 di Malaysia neh? Fedup aihh baca statement dorang. Fedup.

Oke bai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...