Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 3 Mac 2014

Nasruddin Tantawi Kena Bidas KAW2 Angkara Tegur Ultras Malaya.

FAM BANGSAT.

Hak eney. Benda neh dah lama kot. Takpela kalau ustaz tatau ataupun kurang jelas. Tapi ada sebabnya kenapa perkara ini perlu dilakukan dalam stadium. Ketika perlawanan. Tujuan nya tak lain tak bukan, untuk berikan tekanan. Bahkan hampir dalam setiap perlawanan pasti ada. Cuma cara nak zahirkan ia saja berbeza2.

Kita bagi contoh la.

PR berdemo isu BERSIH. Kalau setiap orang berdemo duduk depan rumah, adakah ia akan memberikan tekanan? Tidak. Sebaliknya semua berdemo berkumpul di KL untuk memberikan tekanan kepada SPR agar mengambil peduli aduan yang dikemukakan.

PAS berdemo. Demo isu Syria. Pilih waktu selepas habis solat jumaat sebab ia boleh kumpul crowd dan membentuk sentimen serta meluaskan pengaruh. Jadi orang ramai lebih tahu. Demo berkaitan Syria ialah demo berkaitan Islam. Maka sudah tentula cara ini bersesuaian.

Begitu juga dengan Ultras Malaya yang melawan FAM selama neh. Mereka buat protes. Protes pada FAM. FAM berkaitan bola sepak. Jadi cara mereka tue memang sesuai la dengan situasi.

Kena tengok juga isu dan situasinya macam mana. Mana boleh main pukul rata dan tembak sebarangan aje ustaz oii..

Untuk rekod, apabila bercakap pasal FAM, kalau ustaz nak tahu, ia melangkaui garis politik. Tak percaya sila tanya orang2 UMNO sendiri. Apakah mereka tidak benci kepada FAM? 

Kata Ustaz Nasruddin Tantawi ;


1. Saya sempat menyaksikan perlawanan persahabatan antara Harimau Malaya dan Filipina yang telah dicemari insiden menyala dan membaling suar ke padang di Stadium Selayang.

2.Sebagai peminat Harimau Malaya, saya agak terkilan dengan insiden yang menjatuhkan reputasi pasukan negara di mata dunia. Walaupun para pemain Harimau Malaya tidak terlibat tetapi penonton juga adalah sebahagian dari pasukan.

3. Saya berharap situasi ini tidak berlaku lagi di masa akan datang. Kawal emosi dengan semangat kesukanan yang tinggi. Jaga nama baik Harima Malaya. Ini adalah team bolasepak profesional yang perlu kepada disiplin yang tinggi justeru pertandingan ini bukan hanya soal kemenangan tetapi juga maruah dan nilai.

Dan kata mereka pula ;




Teguran ustaz itu bukan salah. Cuma sayang ia tak kena dengan situasi. Ustaz gagal ambil peduli terlebih dahulu kenapa ia berlaku seperti itu.

Ada sebab kenapa langkah ini bersesuaian untuk menzahirkan apa yang terpendam. Dengan FAM cara lembut sudah tidak berkesan lagi. Macam mencurahkan air ke dalam baldi bocor. Sia2 aje. Maka, cara kasar dan keras aje yang selayaknya untuk FAM.

Dalam waktu yang sama, aku nampak Ustaz gunakan gambar profile TGHH. 

Ewahh. 

Ustaz bercakap pasal emosi. Penyokong ustaz bercakap pasal matlamat tak menghalalkan cara. Di mana emosi ustaz bila sokong perkara salah yang disebarkan oleh presiden PAS? Ustaz letakkan emosi ustaz melebihi dari kebenaran yang Islam junjung. Bukan kah begitu?

Penyokong2 ustaz sibuk bercakap pasal matlamat, jadi presiden PAS dibolehkan untuk fitnah sesiapa saja dan cara itu halal berdasarkan matlamat PAS untuk cari kemenangan di Terengganu? Adakah ini sejajar dengan apa yang Islam gariskan?

Kita tegur Ultras Malaya yang ada emosi, yang bangkit melawan FAM tanpa kita ambil peduli SIRAH PERJUANGAN MEREKA DARI AWAL. Adakah ini betul?

Nampaknya kita pun cakap tak serupa bikin.

Begini la aku dan ko serta kita semua.

Kita cuba bercakap pasal adil. Tetapi sayangnya jika kita tulis satu persatu tingkah laku kita, kita imbas kembali satu persatu perbuatan2 lepas kita, ianya sangat sangat sangat sangat sangat sangat berbeza dari apa yang kita sering kali lafazkan.

Renungkan.

Rujukan : https://www.facebook.com/ustaztantawi/posts/10151928372592312

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...