Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 7 Mac 2014

Isu Allah Dalam Ultraman - Jawapan Untuk KDN.

Kecoh. Kecoh. Kecoh.

Kecoh sangat pasal Ultraman sejak semalam. Dengan aku2 sekali jadi tukang kecoh.

KAH KAH KAH

Dan pelbagai pihak memberikan pelbagai pandangan berhubung hal ini. Okay. Masing2 steady dan relax dulu. Meh kita citer slow2 kat sini.

Episode pertama disini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2014/03/hot-kdn-larang-penjualan-buku-ultraman.html

KDN haramkan penjualan buku Ultraman. Tapi bagi sebab yang klise. Jadi rakyat berteka teki sebab takde clue dan susah nak percaya sebab klise tersebut merupakan alasan yang logik. KDN, you cannot blame2 the rakyat okay.

Then, episode kedua disini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2014/03/angkara-perkataan-allah-buku-ultraman.html

Akhirnya kita pun mendapat tahu. The main purpose kenapa buku tersebut diharamkan ialah kerana penggunaan perkataan Allah.


Masalah translasi telah berlaku disini.

Apa yang berlaku ialah ;

1. Penerbit buku ini yang juga peniaga = cari duit punya orang = telah menggunakan google translate = secara percuma = untuk translate kandungan buku yang dia nak jual = untuk mendapat untung kepada peminat2 Ultraman di negara ini.

2. Punyala cikai dan kedekut nak mampos untuk upah translator sebarang dua. Dia gunakan platform percuma ja nak reducekan cost.

3. Korang perasan tak apa yang aku perasan? Translasi dia kelam kabut haru biru.

4. Dan korang perasan tak apa yang aku perasan? Syarikat2 yang terlibat tidak tampil untuk buat kenyataan. Sebaliknya hanya BERNAMA dan ASTRO AWANI sebelum beberapa media ALTERNATIF lain kecohkan isu.

5. Siapa yang issuing statement kat pihak media? JENG JENG JENG. Selalunya benda2 gini mestila orang2 dari KDN sendiri.

6. Kenapa selepas kecoh, baru dorang nak dedahkan ini ada kaitan dengan perkataan Allah yang tercatat dalam buku tersebut? JENG JENG JENG.

7. PRK Kajang is on the way. Isu kalimah Allah untuk cucuk sentimen pengundi muslim. 

8. Berkebetulan pula isu kalimah Allah sedang dalam proses perbicaraan kes mahkamah.

9. Masing2 relax dan bertenang dulu. Orang yang terbit buku neh steady je terbit buku untuk cari duit. Dia peduli apa Allah tuhan sapa sekalipun. Janji dia dapat duit sudah la. Yang mencetak pun sama. Janji dia dapat duit sudah la. Senang cakap aim bussinessman ialah aim duit. Korang bertengkar bagai nak rak semata2 peniaga2 neh patut dapat duit atau tak patut dapat duit? Namun dalam waktu yang sama korang satusen apa tak dapat sebaliknya dapat penat dan membodohkan diri semata2 ka?

10. Perhatikan. Bukan hanya satu ayat tue aje mengelirukan. Bahkan terjemahan dia memang kelam kabut pun. Ko jual buku. Konon nya dalam BM. Duit ko dapat. Tapi ayat tunggang langgang gila babi. Ini cara betul ke nak meniaga?

Aku amek satu contoh ayat.

Walaupun nama, dia tidak adalah raja tanah cahaya.

Bagaimanakah ayat ini patut ditafsirkan?

10. Syarikat ini melakukan terjemahan google translate dan ia bukan tuduhan rambang.

Lihat ;

 
Dalam kandungan asal buku tersebut, ayat God = huruf G besar digunakan bagi membawakan kata nama khas. Yakni, Allah. Jika diterjemahkan kepada bahasa melayu. (Walaupun Allah bukan perkataan melayu).

Namun, jika god yang digunakan maka ia menjadi tuhan. god = semua huruf kecil membawakan kata nama am. Maka ia jadi tuhan.

Allah = kata nama khas.

Tuhan = kata nama am.

Contoh ;


Harus diingati juga. Bagaimana google translate menyediakan platform mereka. Ia adalah dengan bantuan dari orang ramai untuk menyediakan translasi yang betul dan tepat. Sebab itu translation dari google translate sukar dijadikan hujah dan sandaran yang reliable.

Tapi bab tue kita abaikan je la. Takde kaitan dengan isu.

Yang penting ;

1. Sesama kita tak payah la nak bertekak macam orang bodoh mempertahankan syarikat yang tah hapa2. Kenal pun tidak, kawan jauh sekali.

2. Ini semua masalah bisnes. 

3. Aku percaya, syarikat itu pun bukan bodoh. Jika hanya Allah menyebabkan penjualan buku itu diban, dia boleh tukar kepada tuhan. Bukan dia takde otak nak fikir untuk cari duit pun.

4. Dalam waktu yang sama, aku mengajak kita berfikir. Penggunaan Allah dalam agama dan peradaban manusia membabitkan apa2 agama sekalipun ia sepatutnya diraikan. Ini berkaitan dengan sejarah dan ia merentasi satu zaman yang sangat panjang dan terkait dengan budaya serta cara hidup masyarakat di satu2 penempatan. Sukar untuk kita nafikan hak setiap yang terlibat melalui rekod sejarah peradaban manusia. Baik oleh agama Kristian ke, Islam ke, Sikh ke apa2 sekalipun, ia sepatutnya diraikan, dihormati dan dihujah secara matang dan fakta. Bukan emosi. Allah dari awal lagi bukan milik umat Islam. Minta umat Islam relax dan berlapang dada. Allah tuhan semua mahluk yang wujud. Di ulangi, yang wujud.

5. Namun, dalam kisah Ultraman yang tak wujud dan serba rekaan ini, dan kita rujuk pula dari gaya penceritaan, sememangnya penggunaan Allah tidak tepat bahkan ia diperlihatkan mengarut.

Contohnya kalau dia sebut begini ;

Kita mesti percaya pada Allah (tuhan). Semua manusia tidak terjadi sendirinya. Ada sang penciptanya. Awak jadi Ultraman sebab mendapat kuasa dari Ultraman blabla.. dan awak jadi manusia sebab mendapat nyawa dari Allah (tuhan).

Yang neh kena dengan maksud sebenar. Allah didefinisikan sebagai tuhan. Bagaimana mereka mendefinisikan sifat tuhan yang wujud itu terserah mereka.

Allah = wujud

Itu point dia.
 
Namun, penggunaan Allah dalam ayat di atas ialah meletakkan IA ke atas perkara yang tak wujud. Kita semua tahu there is no Ultraman King atau apa. Yang sampai bodoh2 perlu bertekak atas benda yang tak wujud. Dan ia juga sesuatu yang  pelik untuk difikirkan bagaimana Allah menjadi tuhan kepada entiti yang tak wujud? Bila ada orang cakap, translasi itu betul sebab Allah tue memang tuhan pun dan DIA tuhan kepada semua mahkluk. Dan aku berkata, kawan. Ultraman tue benda yang tak wujud bukan? Nampak tak betapa celarunya cara kita berfikir dan menterjemahkan keadaan ini? Aku sendiri keliru. Aku tak la nak kata aku sokong atau tak sokong. Sebab aku kekeliruan kan. Yang aku tahu senang aje, better gunakan ayat lain yang lebih dekat kepada maksudnya supaya tak menimbulkan kekeliruan. Itu je yang aku faham. Dan lagi satu, aku nampak benda neh more to duit isu. Bukan more to kepercayaan ke apa ke.

Sebab tue kena tengok juga situasi dan jalan cerita. Jangan main sokong melulu. Jangan pula main bantah tanpa berfikir betul2. 

Pendapat aku senang aje. Biarkan syarikat tersebut berunding dengan KDN camne nak settlekan masalah dorang. Dan, syarikat itu pun perlu diberikan amaran juga bab translasi. KDN sepatutnya mengenakan warning bagaimana mereka tak sepatutnya merosakkan tatabahasa dan BAHASA MALAYSIA dengan ayat terjemahan yang begitu teruk. Budak2 yang baca mungkin akan terikut2 sama.

Itu satu.

Yang kedua. KDN jangan buat2 lupa. Masih banyak lagi benda haram di luar sana yang membabitkan pelbagai jenis majalah. Contohnya MANGGA.

Wajib haramkan MANGGA. 

Harus haramkan buku Ultraman. Buku Ultraman tue kalau dia sunting dan edit balik ayat dia dah jadi okay dah untuk bahan bacaan umum.

MANGGA tue kalau ko edit sekalipun artis2 dia tutup aurat, tapi dok jaja citer2 murahan, gosip2 mengarut dan gambar berpeluk2kan walaupun tak seksi bagai masih lagi la majalah tersebut bersifat sampah. Lagipun ia tak memberikan mendatangkan sebarang ilmiah untuk membaca citer2 artis. Please la, majalah begini, HARAMKAN SAJA.

Dan, KDN juga perlu diingatkan. Nak HARAMkan sesuatu ke apa ke, lain kali bagitau la ' NAS/DALIL ' yang jelas. Jangan nak kenakan orang okay. 

Oke bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...