Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 3 Mac 2014

Isu MoU Air - Apa Kata Pemimpin PR Yang Anda Perlu Tahu.


Kemain lagi hari ini pemimpin2 PKR saling bercakaran sesama sendiri. Kelakar pun ada juga. Time mereka bercakaran sesama mereka, mereka lupa mereka pun ada telefon, ada BBM, ada wassap, ada macam2 la ruang untuk communicate, tapi mereka tak permudahkan urusan mereka menggunakan cara itu pun.

Tapi time mereka kena kritik secara terbuka oleh rakyat marhaen, mereka harapkan kita kritik mereka gunakan segala macam medium 'belakang2' supaya kritikan2 yang disampaikan oleh penyokong2 mereka terutamanya tidak di anggap memecahbelah kesatuan parti yang terjalin selama neh.

Fuhhhhhh

LAWAK!!!

PAS tak boleh kritik PKR secara berdepan.
DAP tak boleh kritik PKR secara berdepan.
PKR boleh kritik PKR secara berdepan.

KAH KAH KAH

Berbalik pada isu asal.

Isu MoU. Ramai yang tak faham. MOU perjanjian membentuk persefahaman. Bukan MoA. Memorandum of understanding. Not memorandum of agreement. Masih ada banyak klausa2 yang boleh diperbaiki pada masa akan datang. Apa yang TPM sebut tak boleh dipinda langsung itu karut. Ia masih ada ruang untuk pindaan bergantung kepada situasi akan datang.

Rujuk  :  http://www.sinarharian.com.my/nasional/mou-selangor-pusat-tepat-pada-masanya-1.255007

So TPM jangan tipu disini.

Apa pun ada satu point TPM yang aku setuju. Anwar Ibrahim sepatutnya lebih alert dengan apa yang berlaku di Selangor. Bagaimana seorang penasihat ekonomi boleh berkata di media bahawa dia tidak dimaklumkan mengenai perjanjian air itu? Sepatutnya, bila dah tahu bahawa 'taktahu' apa2, maka, lebih baikla berunding terus dengan Khalid Ibrahim. Semua laju bercakap depan media, lepas tue tanggapan demi tanggapan wujud. Bila berlaku spekulasi, rakyat kena balik. Tetapi sapa yang beri ruang agar berlakunya spekulasi? Tindakan kita juga. Kata2 kita juga. 

Rujuk :  http://www.sinarharian.com.my/nasional/mou-air-kekal-walau-anwar-jadi-mb-1.255612

Ramai geng2 PKR meroyan isu MoU. Yang terkini Rafizi Ramli. Rafizi Ramli dedahkan kandungan MoU itu akan menyusahkan rakyat di kemudian hari kelak. Point Rafizi tidak boleh diabaikan. Ia boleh jadi betul. Bila ia jadi betul masa tue jangan la Selangorian sentap tak tentu hala pula. Tapi ia boleh jadi sebaliknya juga. Boleh jadi apa yang Rafizi faham tidak sama seperti mana yang telah dimeterai dalam MoU itu apatah lagi  Elizabeth Wong memberikan penegasan bahawa draf MoU yang berlegar2 di internet sekarang tidak tulen. 

Rujuk : http://www.malaysiakini.com/news/255894

Dalam erti kata lain, oleh kerana ia adalah DRAF, maka ada juga kemungkinan lain yang kita boleh fikirkan. Maka, sebaik2nya, jika Rafizi mahu membalon kerajaan negeri, lebih baik kita gunakan kandungan asal MoU itu lebih baik. Kandungan yang telah disahkan persefahaman antara pusat dan negeri.

Rujuk :  http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/water-restructuring-deal-could-cost-as-high-as-rm20-billion-a-loss-to-the-p

Pendapat aku. Oleh kerana Khalid sebut kandungan tersebut tidak boleh didedahkan kepada awam (rakyat) atas faktor2 mempengaruhi harga saham dan mungkin juga bagi melindungi rahsia perjanjian (yang mungkin mendedahkan maklumat kepada pesaing), maka lebih baik jika MB Selangor memanggil pemimpin2 PKR yang tidak berpuas ahti mengenai MoU itu, termasukla dari PAS dan DAP sekalipun, untuk duduk berbincang dan berbahas dalam bilik mesyuarat yang bersepah2 di Selangor itu.

Kenyataan Khalid Ibrahim : http://www.sinarharian.com.my/nasional/ada-sebab-saya-tak-maklum-tentang-mou-1.256209

Dan, jangan lupa.

Khalid secara terang-terangan mengakui terdapat beberapa pimpinan dari PKR yang cuba masuk campur dalam menentukan nilai air. Apa yang Khalid cuma sampaikan ialah ko tak pandai, tak arif, tak tau tetapi nak memandai2 cakap itu ini. Ko tatau bagaimana perkara ini ditentukan tetapi ko sibuk nak tentukan dan tetapkan ikut kepala hotak ko sendiri. Itu point Khalid secara kasar otak aku translate.

Rujuk : http://www.sinarharian.com.my/nasional/pimpinan-pkr-cuba-pengaruhi-khalid-1.255611

Kenyataan ini sebelum kenyataan Rafizi Ramli. Susulan dari kenyataan ini, tetiba Rafizi keluar dengan statement terbaru pasal air. Perjanjian ini akan merugikan rakyat Selangor. Rakyat Selangor mungkin terpaksa bayar lebih untuk air pada masa akan datang kelak.

Dan, jangan abaikan statement dari Faekah sama.

Perlu ditekankan di sini bahawa kerajaan negeri sentiasa mengamalkan sikap terbuka dan telus dalam proses pengambilalihan ini khususnya berkenaan penawaran RM9.65 bilion bagi pembelian ekuiti empat syarikat konsesi yang terlibat. Bahkan, kerajaan negeri juga menyarankan agar syarikat konsesi terlibat membawa perkara ini ke peringkat Timbangtara Antarabangsa sekiranya merasakan mereka berhak mendapat harga lebih tinggi daripada yang ditawarkan itu.

Rujuk : http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/selangor-yakin-mou-percepat-penstrukturan-semula-industri-air-faekah-husin 

 

Ada dua perkara yang aku faham.

Pada aku tak mungkin kadar air takan naik pada masa akan datang. Ia mesti naik. Samada naik selaras dengan perkembangan semasa seperti nilai matawang iaitu faktor ekonomi, peningkatan kos penyelenggaraan akibat daripada menaiktarafkan sistem operasi, dan juga untuk meningkatkan kecekapan urus-niaga air.

Ataupun naik angkara ketidakcekapan syarikat menguruskan perbelanjaan dan pelaburan. Maka, kos kerugian itu disalurkan kepada rakyat, tak pasal2 rakyat Selangor kena serap kerugian.

Tetapi jika berlaku peningkatan kadar air disebabkan untuk 'catch-up' with the latest system demi meningkatkan kecekapan penyaluran air, aku tak fikir ia isu pada rakyat Selangor. Pada mereka, harga air dijual pada harga munasabah, dengan menawarkan perkhidmatan yang baik kepada rakyat Selangor, itu lebih baik dari harga air murah tetapi sistem operasi masih ditakuk lama dan Selangor asyik2 berhadapan dengan masalah pembekalan air dari hari ke hari. Sapa boleh tahan beb. Asyik takde air. Wakil2 rakyat kita sanggup hadap? MB, pemimpin, sanggup hadap?

Berikut kat bawah bawah kenyataan Khalid. Aku fikir ia satu tindakan yang tepat bila Khalid memutuskan untuk mengadakan sesi penerangan menyeluruh mengenai isu air. Pada aku, mengadakan sesi penerangan dan pemahaman sesama sendiri dulu mengenai resolusi persefahaman air antara sesama pemimpin dan wakil rakyat PKR, kemudian sesama parti komponen PR dan seterusnya baru la babitkan sesi penerangan kepada rakyat. Ini sesama korang pun kelam kelibut, rakyat apa lagi.

Rujuk : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kos-rm20-bilion-hanya-satu-andaian-kata-mb-selangor

Bagi aku, cara Rafizi tembak Khalid ini agak dikesali la juga.

Pertama, dia tembak pakai draf. Bukan kandungan yang telah sah dimeterai.

Bagi aku, oleh kerana namanya draf, maka ada kemungkinan bahawa ia telah melalui pindaan. Dan, yang lebih mengecewakan bila Rafizi sebut draf itu sama sebijik seperti yang asal dan telah disahkan sendiri oleh individu yang telah terlibat dalam penyediaan draf perjanjian tersebut.

Apa maksudnya ini?

Rafizi nak bagitau dalam kepimpinan Khalid Ibrahim ada orang tak boleh simpan rahsia?

Sedangkan dalam satu kenyataan atas isu yang sama Khalid Ibrahim mengakui bahawa dia terpaksa ber-ahti2 dalam isu melaporkan maklumat berkaitan air bagi mengelakkan salah faham dan penyebaran maklumat yang tidak tepat dan palsu.

Apa yang telah berlaku ini? Khalid terpaksa ber-ahti2 dengan rakan2 sendiri agar maklumat2 dan kerahsiaan pentadbiran kerajaan negeri tidak dicuri dan disebarkan oleh orang sendiri untuk disampaikan kepada orang2 parti?

Rujuk : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kos-rm20-bilion-hanya-satu-andaian-kata-mb-selangor

http://www.malaysiakini.com/news/255915 

Kedua. Part tembak dulu sebelum bertanya secara sembunyik. 

Maksudnya disini, ada telefon, boleh berjumpa dan berbincang. Kenapa tidak kawan2 kawtim dulu. Ajak berjumpa, sembang, tanya, desak, minta sahkan dan minta buktikan. Jikalau masa telah diberikan dan Khalid enggan memberikan jawapan, maka tembak la di media.

Masa tue kami nak bercakap pun ada sebab.

Ooo.. rupa2nya masa Rafizi tanya direct, ko taknak jawab ek Khalid. Bila dah kena tembak kat media baru kelam kabut nak jawab.

Ini nak tembak pun serba salah. Nak tembak sapa. Rakyat Selangor dan penyokong PR keliru sekarang neh. Bukan antara PR vs BN kot. Tetapi PR vs PR. Nak iyakan kata2 sapa? 

Khalid cakap andaian itu tidak sah dan penerangan demi penerangan akan diberikan bagi memahamkan orang ramai mengenai isu air.

Manakala Rafizi kata ia akan merugikan rakyat Selangor yang mungkin akan menanggung akibatnya kelak pada masa akan datang (peningkatan tarif air).

Aku pun tak boleh nak side sapa2 sebab tatau sapa betul sapa salah. Sekadar baca2 macam tue dan agak2 sebarangan boleh la. Fakta takde dalam tangan mana boleh suka2 siding sana sini beb. Satgi side Rafizi, kadar air tak naik, kualiti air terjamin, pembekalan air di tahap superb, aku lak kena tembak balik. Satgi side Khalid, kadar air naik, kualiti air macam HARAM, aku pun kena tembak tak pasal2. So baik dok tepi tengok je depa bergaduh.

KAH KAH KAH

Apa pun berbalik kepada isu perundingan air yang diperlihatkan betapa teruknya sesama pemimpin PR mencari solusi untuk duduk, berbincang dan berbahas sesama sendiri tanpa melibatkan media. Pendapat aku, jika apa yang Khalid fikirkan adalah demi rakyat, jika apa yang Rafizi utamakan adalah rakyat, jika apa yang Anwar dahulukan adalah rakyat, jika apa yang BN pentingkan adalah rakyat, maka sudah tentulah rakyat yang akan mendapatkan faedahnya disini. Oleh kerana kamu semua sepakat dalam satu perkara iaitu kepentingan rakyat haruslah berada di tangga pertama, maka apa masalahnya sampai tak boleh duduk berbincang dan mencari jalan penyelesaian win2 situation? Ko bahagia aku pun bahagia. Bagaimana?

Lue fikirlah sendiri.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...