Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 12 Mac 2014

8 Dengar Bunyi Dentuman Dipercayai #MH370 - Vietnam Henti Operasi - Hari kelima MH370 Hilang.

Yang terkini dari bilik berita MH370.

Jika 8 individu yang mendengar bunyi dentuman ini betul maka kita tak hairan juga bagaimana selepas 4 hari sesetengah ahli keluarga yang mana saudara mara mereka berada di dalam pesawat boleh menelefon no2 tersebut. Jika ia terjatuh ke atas tanah, bukan ke atas air, kemungkinan telefon tersebut masih hidup (ada bateri disebabkan jangka hayat).

Baca ;
Lapan penduduk di Kampung Pantai Seberang Marang di sini mendakwa mendengar bunyi dentuman yang kuat pada pagi Sabtu lalu datang dari timur laut Pulau Kapas, kemungkinan ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang.

Berikutan itu mereka telah membuat laporan di ibu pejabat polis Daerah Marang kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Seorang daripada penduduk terbabit, Alias Salleh, 36, berkata pada pukul 1.20 pagi berkenaan ketika beliau bersama tujuh lagi rakannya sedang bersantai duduk di bangku kira-kira 400 meter dari pantai Marang, tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi kuat seperti kipas kapal terbang.

"Bunyi yang kuat dan menakutkan itu dipercayai datang dari timur laut Pulau Kapas sebelum kami bergegas ke arah tersebut untuk mengesan punca bunyi itu.

"Kami mencari di sekitar Pantai Rhu Muda namun tidak menemui apa-apa yang mencurigakan," kata Alias, seorang pemandu lori.

Dalam perkembangan yang berkaitan pula, Vietnam hentikan operasi mencari mereka serta merta sehinggalah menerima maklumat yang jelas dari pihak berkuasa Malaysia.

Lihat ;



Vietnam sebenarnya keliru. Sebab ada laporan berita yang menyebut pesawat tersebut kemungkinan besar berada di sekitar Pulau Perak dan Selat Melaka. Disebabkan mereka tidak kekurangan maklumat yang sebenar dan berada di dalam kekeliruan maka mereka terpaksa hentikan operasi buat sementara waktu sehinggalah mendapat pengesahan rasmi dari kerajaan Malaysia seperti yang dilaporkan oleh The Malay Mail.

Namun, menerusi kemaskini terbaru dari Awani pula pasukan mencari Malaysia menafikan mereka mengeluarkan kenyataan tersebut. Sebaliknya ia adalah wartawan berita harian yang salah petik info.

Adoi.. wartawan Berita Harian keliru ke? Ini bukan citer2 politik yang ko nak propa suka2. Dah selalu fitnah sampai rasa gatal tangan ke bila tak dapat fitnah?

Hehe..

Kemaskini selanjutnya akan di update dari semasa ke semasa.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...