Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 21 November 2012

Bagaimana untuk berdoa di Malaysia? - TIPS SEBELUM BERDOA.

Sekarang tengah kalut isu doa. Jangan tatau doa bukan hak aku dan ko lagi. Doa kini adalah hak esklusif orang2 umno sekarang neh. Untuk berdoa korang perlu patuhi beberapa protokol di malaysia. Jangan main langgar lari jek beb. 

Nanti tak pasal2 jadi kes polis. Lepas tue berita asyik canang citer pasal ko jek 24jam. Selepas itu ko akan dikutuk bertubi2 sebab tak ikut protokol doa di Malaysia. Dasat gak tue.

Aku neh nak cakap dah lama hidup tue takde la lama mana. Nak cakap baru hidup tue takde la baru juga. Tapi aku belum pernah tahu akan protokol ini di malaysia. Aku percaya ramai gak orang tatau kot. Macam aku. 

Almaklumlah umno bukan nak ajar kami bab2 doa neh. Dorang reti balon dan marahkan kami jek. Orang kata kalau salah terangkan dulu cara baik. Ini tidak, terus lapor polis. Kecik ahti gua tau. Mentang2 la gua asyik kempen undi pr jek. Apa pun tak boleh. 

Oke la, selaras dengan tajuk artikel ini korang kalau berdoa ke apa ke boleh. Tapi ada beberapa peraturan yang korang kena ikut. Ini bukan peraturan dalam islam ke apa tapi ini apa yang ditetapkan oleh umno. 

Mana aku tahu? Owh mudah.. aku analisis situasi terkini. So dari situ aku rasa ini la kot yang kami perlu lakukan untuk hidup aman damai tanpa dikeji dimaki disumpah seranah dan dibalaipoliskan. 

So inilah tips2 nya.

Apa yang anda perlu buat sebelum berdoa?

1. Mula2 korang tentukan dulu permintaan / permohonan yang korang nak buat.

2. Contohnya ko mohon saya nak umno tumbang. Ataupun BN kalah pru. Ataupun saya berharap najib dan rosmah jangan membazir wang rakyat malaysia lagi.

3. Lepas tue call kawan2 umno korang. Bagitau dorang, isi kandungan dorang korang. Mohon dorang baca dan tentukan samada boleh ke tak boleh berdoa begini kat Allah swt.

4. Kalau dorang cakap oke lepas, so terus proceed. Kalau dorang cakap tak lepas, ko kena tanggung risiko arh. Maybe dorang akan report polis. Dan kutuk ko macam2 di sana sini.

Di harapkan tips ini dapat membantu korang supaya korang tahu la apa protokol untuk berdoa di malaysia. Ingatlah, nak berdoa sebab dizalimi umno pun tak boleh.. ini la bukti betapa demokrasinya negara kita sampaikan ke dalam urusan doa peribadi pun mereka menyemak dan masuk campur. Choooooooiiiiiiii

Wan Ji dipanggil polis dakwaan hina sultan

Seorang penceramah bebas, Ustaz Wan Ji Wan Husein (gambar) dipanggil ke balai polis Shah Alam, Seksyen 9 hari ini untuk memberikan keterangan ekoran dakwaan menghina sultan.

Menurut kenyataan terkini dalam facebook, Wan Ji menulis, beliau dalam perjalanan ke Balai Polis Shah Alam kira-kira jam 1.30 tengahari yang lalu.

"Dlm perjlnn ke balai polis shah alam, seksyen 9.. Dipanggil atas dakwaan hina sultan," tulis Wan Ji dalam facebooknya.



Harakah. 

Sebelum aku nak tulis sedikit komen mengenai apa yang berlaku ke atas Wanji aku nak ulas sedikit ayat yang digunakan oleh wartawan harakah dalam berita di atas sebab aku petik dari ko.

==> http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/14716-wan-ji-dipanggil-polis-dakwaan-hina-sultan

1. Tolong betulkan ejaan keterangan. Ia salah. Takpelah blog macam kami eja tak betul tapi media rasmi macam harakah tak boleh sebab nanti orang ejek2. Kalau utusan yang salah eja, aku terus ejek je. Bahkan siap printscreen lagi. Aku bias. Aku mengaku terus terang. Taknak mengaku pun tak guna sebab orang tetap boleh menilai perbuatan aku.

2. Gantikan perkataan pernyataan kepada keterangan. Aku tatau apa beza antara pernyataan dengan kenyataan sebab bm aku pun failed dengan tatabahasa yang teruk tapi tah camne aku suspect ayat pernyataan disitu tak sesuai. Kalau aku salah, abaikan je oke.

Rekod, ayat di atas telah aku betulkan sendiri. Tapi di laman harakah ia masih begitu hingga saat ini [3.41 21/11]

Citer Wanji.

Memang dah beberapa kali Wanji update isu sultan. Dan memang aku rajin share citer dia kat page aku. Kalau aku la antara punca yang menyebabkan orang alert dengan status2 tersebut sehingga mendorong siasatan di jalankan ke atas nya, terasa plak aku kena minta maaf kat Wanji sebab dah menyusahkan hidup dia tak pasal2.

Apa pun aku tak pernah rasa Wanji update perkara yang salah. Isi ahti aku lebih kurang sama dengan apa yang Wanji luahkan di wall facebook. Bahkan ia mengambarkan perkara yang sebenar. Dan aku tak faham kenapa ek bercakap benda betul pun merupakan satu kesalahan di malaysia. Apakah kita kini harus berbohong untuk hidup di malaysia?

Harap2 nasib wanji tak berakhir seperti ahmad. Tak pasal2 difitnah sebagai zul yahya padahal zul yahya sapa pun dia tak kenal. Dah la kena fitnah, kena dakwa lepas tue pdrm sampai sekarang tak buat kenyataan balas apa yang dinafikan oleh keluarga ahmad bahawa ahmad ialah ahmad dan ahmad bukan zul yahya. Apa pun tak boleh.

Najib jangan tipu2 oke, aku tak suka.

Kemain degil. Taknak lantik aku jadi penasihat tapi still menipu depan2 aku. Dah berapa kali dah aku nasihatkan berhenti menipu dan berhenti menyebarkan benda karut marut dalam media arus perdana? Nampaknya ko tak serik2 ek najib. Ko ingat apa menda yang terpapar di berita tue confirm orang akan percaya ke? Jangan mimpi la ko.

Sebentar tadi najib telah melakukan penipuan secara besar - besaran melalui paper metro. Aku agak terkejut. Lihat kat bawah neh geng ;


Ko menipu.

Maaf, aku memang takde bukti ko menipu tapi aku dengan slumbernya akan tetap mengatakan ini ialah berita penipuan dan karut semata2. Satu benda yang aku faham di malaysia mengenai berita arus perdana ialah berita arus perdana merupakan satu pemberitaan yang di didik untuk melaporkan apa yang pihak atasan kehendaki, bukan berdasarkan kepada apa yang benar2 berlaku.

Sebab tue aku memilih untuk tidak mempercayai pemberitaan di atas. Ini pembohongan. Ko ingat ko tue sapa yang OBAMA nak dengar? Kalau ko hebat sangat suruh la OBAMA nasihatkan israel untuk patuhi perjanjian pelan damai 1967, boleh?

Kalau ko hebat sangat sampai OBAMA nak dengar kata2 ko apa kata lepas neh ko suruh USA p berkawal kat sempadan gaza dan halang kekejaman tentera zionist aka terorrist ke atas umat islam di gaza, boleh?

Tak pernah aku nampak ko mengeluarkan kenyataan itu pun. So makna nya tak de la obama nak layan permintan2 ko pun. Setakat OIC cam OIC je la. Aku pun tak pasti mahathir berlakon ke apa bila bab palestine - israel tapi ia menyakinkan aku bahawa mahathir lebih berani dari ko.

So najib, jika ko fikir ko boleh menipu rakyat malaysia dengan berita di atas baik ko hentikan. Ko bukan sahaja tidak dapat menipu aku bahkan aku akan sebarkan ke seantero malaysia bahawa ko menipu. 

Kalau pun mereka terpedaya selepas membaca berita di atas aku akan pastikan mereka tersedar selepas membaca blog ini. Najib masa ko dah tamat. Penipuan ko dah tak laku. Bai. 

Wanita UMNO cun melecun report polis terhadap TGNA.

Bangga siot muka masuk paper. Ko ada? Aku takde beb.

Wakaka.


Wanita di atas neh nama dia Zarina. Dia ketua wanita umno. Dia report polis sebab dia terasa dimurtadkan oleh TGNA. Dan dia juga terasa sebab PAS berdoa kehancuran ke atas parti umno dan bn. Dia buat laporan dan berharap polis akan siasat Alquran dan Allah swt.

Betul la kan aku cakap?

Doa tue merupakan satu ibadah dalam islam. Ia memang perbuatan dianjurkan oleh Allah swt itu sendiri menurut hadis. Semakin kita meminta kepada Allah swt maka semakin Allah swt sayang kepada kita. Doa juga merupakan satu interaksi langsung antara manusia dengan Allah swt. So lepas report polis, sapa yang PDRM nak siasat? 

Takan nak siasat manusia yang berdoa? Sejak bila doa itu merupakan satu kesalahan pula? Islam tak kata haram pun. Jauh sekali berdosa besar. Undang2 malaysia pun tak mengatakan ia merupakan satu perbuatan jenayah. Macam mana PDRM nak buat kerja neh?

So dalam kes neh mestilah akhirnya PDRM kena siasat  Allah swt dan kandungan Alquran. Betul la tu. Doa2 itu akan pergi kepada Allah swt. So untuk menyiasat kes neh kena la PDRM siasat Allah swt.

kah kah kah

Aku akan tunggu dengan penuh kesabaran melihat kesungguhan PDRM siasat Allah swt dan kandungan Alquran. Aku juga akan menunggu dengan penuh sabar melihat hukuman yang bakal PDRM laksanakan terhadap Allah swt.

Yang paling aku tak sabar2 nak tunggu bila PDRM kemukakan surat hadir ke mahkamah or balai polis kepada Allah swt untuk ambil keterangan Allah swt dan keterangan dari Alquran berkenaan isu doa. Aku juga akan menunggu penuh sabar untuk PDRM mempersoalkan ciri2 orang murtad yang telah ditentukan oleh Allah swt menerusi Alquran dan hadis. 

Mari kita sama2 nantikan UMNO + BN  dan PDRM penjarakan Allah swt di malaysia. Aku tak sabar2 tau. Siyes.

kah kah kah

Doa 'KO BN': Umno Kelantan buat laporan polis.


BODOH. 

Salah ke kalau kita bodoh? Salah. Salah kalau takde usaha untuk cari ilmu mengubati kebodohan. Tetapi kalau bodoh dan ada niat nak ubati kebodohan takde masalah. Sebagai manusia kita tidak tahu seme perkara. 

Dan adalah amat bagus kalau kita usaha untuk cari ilmu. Jangan pernah takut dengan ilmu sebaliknya takutlah kalau terus terusan membiarkan diri itu hidup dalam kebodohan macam sikap umno di kelantan.

Aku bukan suka2 nak cakap dorang bodoh. Aku pun reti juga nak jaga ahti kawan2 umno. Tapi tindak tanduk mereka sebenarnya telah pun berjaya menghasut aku untuk memperbodohkan mereka. Sudah bebal, bodoh nak mampos pula tue.

Umno Kelantan hari ini membuat dua laporan polis berhubung tindakan Pas membaca doa untuk menghancurkan Umno dan Barisan Nasional (BN) dan tuduhan bahawa Umno sebuah parti murtad.
   
Mereka meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Pas kerana menyifatkan segala kenyataan itu telah mengguris hati bangsa Melayu dan Islam di negara ini.
   
Ketua Wanita Umno Pengkalan Chepa, Zarina Md Eusoffe mengetuai kira-kira 30 anggota pergerakan itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu di sini.
   
Ketika ditemui, Zarina berkata, mereka mahu polis menyiasat perkara itu mengikut peruntukan undang-undang yang ada termasuk Akta Hasutan kerana menyifatkan doa berkenaan boleh menghasut umat Islam bertelagah sesama mereka.
   
"Hati kami tersentuh. Kami orang Melayu beragama Islam dan tuduhan ini sangat  melampau yang menyerlahkan sikap sebenar Pas dan Mursidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya.
   
Beliau meminta rakyat Kelantan terutamanya menilai siapa sebenarnya pemimpin Pas itu  yang ternyata mempunyai politik dendam terhadap Umno kerana sanggup mendoakan kehancuran dan menuduh Umno murtad.
   
Di IPD yang sama, Majlis Veteran Umno Kelantan turut membuat laporan serupa, diketuai Pengerusi Biro Ulama Majlis Veteran itu, Mohd Noor Deris.
   
Mohd Noor berkata tuduhan murtad oleh Nik Aziz itu itu disifatkan sebagai melampau dan meminta Sultan Kelantan campur tangan.

Nak touching konon. Puiiiii.

Selama neh dok tuduh2 PAS sesat dan parti ajaran sesat takde pula fikir bahawa ahli2 pas rasa sedih sebab dituduh2 demikian ek? Korang jek ada perasan tacing? Orang lain takde?

Yang sebenarnya kalau isu neh penting dan benar2 melibatkan masyarakat aku tak kisah sangat kalau umno nak tacing apa seme. Tapi isu doa orang pun ko nak report polis? BODOH ke apa ko neh hah?

DOA ialah urusan aku dengan Allah swt. Ko sekarang sapa yang nak cakap hoii amenoworld gua nak lue doakan bab gua je.. mesti begini2.. dan begini2.. faham. Kalau tak gua report polis sama lue.

Alahaiiiiiii..

BODOH NAK MAMPOS punya orang.

Sampai ke dalam2 doa nak paksa bodek umno? Dah terdesak ke apa korang neh? Kalau tak puas ahti dalam PAU nanti korang pergi la berdoa kehancuran PAS pula. Kan doa tue hak peribadi masing2. Suka ko le ko nak doakan apa pun. Tak payah menyemak dalam urusan peribadi sebab urusan doa neh urusan peribadi. Hak masing2 la.

Takan ko expect aku doa Ya Allah swt kayakan najib dan rosmah ya.. Ya Allah swt.. pastikan UMNO dan BN menang selalu ya Ya Allah..

BODOH la kau kalau ko ingat aku nak p berdoa macam tue. 

Lepas tue nak sakit ahti pula bila tgna kalau sesiapa yang tolak islam tue murtad. Bab murtad je dia highlightkan. Bab yang tgna cakap kalau umno tolak islam dia murtad dia taknak highlightkan. Cuba la sesekali tue jadi manusia yang belajar menerima komen dan kritikan dengan berlapang dada.

Woo.. tgna kata umno tolak islam ek. Umno murtad sebab tolak islam ek. Baiklah aku akan buktikan umno tak tolak islam dan kata2 tgna itu silap. Bukan nya tgna direct cakap umno = murtad. Tapi dia cakap sesiapa yang tolak islam even umno sekalipun memang di anggap murtad sebab tolak islam.

Kalau ko rasa ko tak tolak islam maka ko bidas la kata2 tgna bab tolak islam tue. Kenapa ko up isu murtad je? Pasal ko takde idea nak buktikan yang ko tak tolak islam kan? Dan ko rasa highlight bab murtad lebih senang sebab ko beranggapan bahawa tuduhan murtad itu boleh dimanipulasikan.. kan?

Ya. Aku juga setuju kita tak boleh tuduh sesiapa murtad melainkan dia mengaku sendiri. Namun dalam masa yang sama bila orang tak tuduh ko murtad tapi ko terasa dimurtadkan semestinya ada sesuatu yang tak kena di akal ko. Elok la baca balik dan fahamkan apa yang tgna ulas sebelum beria2 nak emosi apa bagai kat sini. Hapa pun tak boleh.  

BTW, posting doa neh pasal PAS. Sepatutnya kalau nak fitnah pun kena konsisten dengan tajuk artikel iaitu AMenoworld barua pas. Kenapa pula entry pasal pas tetapi aku dikaitkan dengan dap tiba2? Dan sekarang aku kena ajar korang untuk fitnah aku pula agar tuduhan dan komen korang dilihat konsisten? Something is wrong. Heh.

Selasa, 20 November 2012

Hishamudin: Tindak tanduk Pas cemar imej Islam [18SX]

Pftttttttt

Gila babi punya kelakar. Statement tak cermin diri yang aku tak boleh blah tue. Jap ek. Aku paste dulu apa dia cakap.

Isu Pas mendoakan kemusnahan dan memurtadkan Umno semasa muktamar tahunannya baru-baru ini akan menjadi satu daripada perkara yang dibincangkan dalam usul agama Perhimpunan Agung Umno 2012 minggu depan.
   
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan parti itu mencemar imej Islam.
   
Tindakan seperti mendoakan kemusnahan atau memurtadkan Umno, merupakan kaedah politik kebencian yang sudah lama menular dalam parti pembangkang itu.  Beliau berharap anggota perwakilan yang akan berbahas pada Perhimpunan Agung Umno nanti tidak meletakkan diri mereka sama taraf dengan jurucakap Pas yang tidak tanduk mereka hanya menjejaskan kredibiliti parti. -SH-
  
Hishamuddin dan umno jangan nak temberang. Korang dok tuduh2 pas macam2 selama neh apa.. padahal perangai dan kelakuan korang lebih teruk dari parti yang korang kutukkan tue. Bagi aku dalam PAS memang ada je benda yang aku tak sehaluan bahkan aku rasa kadang2 ia terlalu keterlaluan tetapi dibanding dengan umno sorry to say la.. baik pas lagi dari umno.

Contoh tuduhan ialah pas parti sesat. Pas syiah dan khawarij. Lepas tue cakap tuan guru dalam pas terkeluar dari landasan islam.. kena bertaubat dan kufur nikmat. Setakat tuduhan sesat menyesatkan ahli2 pas dan pemimpin2 pas oleh umno sejak zaman mahathir dulu adalah perkara biasa2 jek bagi korang. 

Lepas tue tiba2 hari neh ko nak cakap pasal soal moral [tulisan merah]? Pasal mencemar imej islam? Tolong la. Mungkin ada orang dalam umno yang layak cakap pasal neh tapi yang pasti orang tue bukan ko. 

Bercakap pasal mencemar imej islam? Aku taknak main gambar2 peribadi keluarga ko. Tapi aku bagi ko satu gambar yang mana pihak ko, kementerian ko ada kuasa bahkan lebih dari itu untuk menghalang penyebaran majalah kat bawah neh. Owh lupa.. takan nak halang bila tangan kanan mencetak dan tangan kiri menerima duit ye tak? Umno, utusan dan mangga bukan orang lain. Adik beradik satu mak bapak jek pun.

Kita sama kita tahu siapa sebenarnya yang mencemar imej islam. PAS tak maksum. Aku percaya, kita seme boleh kritik PAS cuma mungkin ada segilintir yang hardcore jenis tak open minded je akan melatah tak tentu hala. Tetapi itupun kita kena la kritik dengan benda yang PAS benar2 buat terlebih dahulu. Bukan kritik orang atas isu fitnah dan rekaan semata2. Puiiiii

Nik Aziz punca Ahli UMNO meraung sakan.

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

Korang tengok gambar lawak neh beb ;


Kelakar siot. 

Dah takde kerja sangat ke apa? Meh la sesiapa kat sini bagi susu ke apa kat dorang. Kesian pula aku tengok. Merengek macam hapa. Ingatkan isu besar sangat. Isu utusan mecipta fitnah sebab diperli oleh TGNA pun dorang meraung.



TGNA tak tuduh sapa2 murtad. Utusan tanya adakah jawapan / ciri2 yang TGNA gambarkan itu merujuk kepada UMNO. Balas tgna usahkata umno, tuk guru ke apa ke kalau tolak islam, di anggap murtad. Merujuk kepada orang islam yang menolak cara hidup islam.

Oleh kerana sakit ahti yang amat sebab kena perli kaw2, depan2 pula tue lalu utusan mencipta isu. Dia reka fitnah. Dia tuduh TGNA cakap umno murtad. Aik? Cakap umat islam yang tolak islam di anggap murtad tue bermaksud cakap umno murtad ke?

Oke.

Umat islam yang tolak islam itu di anggap murtad.

Umat islam yang tolak islam itu di anggap murtad.

Umat islam yang tolak islam itu di anggap murtad.

Umat islam yang tolak islam itu di anggap murtad.

Umat islam yang tolak islam itu di anggap murtad.

Umat islam yang tolak islam itu di anggap murtad.

Umat islam yang tolak islam itu di anggap murtad.

Umat islam yang tolak islam itu di anggap murtad.

Umat islam yang tolak islam itu di anggap murtad.

Umat islam yang tolak islam itu di anggap murtad.

Ini aku cakap umno murtad ke apa neh?

kah kah kah

Hadoiiii kelakar la korang neh. Kenapa tak cakap awal2 bahawa ayat ==>  Umat islam yang tolak islam itu di anggap murtad = umno murtad?

Mana la TGNA tahu. Aku pun tak tahu. Tapi takpe, sekarang aku dah tahu. So next time ble kita orang cakap ==> Umat islam yang tolak islam itu di anggap murtad.. pepandai la lue orang fikir siapa yang dimaksudkan oke.

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

Doa 'KO BN': Perkasa mahu Majlis Fatwa bertindak.

Pftttt


Cakap bodoh kang marah. Tapi memang bodoh pun.

kah kah kah

Perkasa mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan mengambil tindakan segera terhadap pihak yang didakwa mendoakan kehancuran sesama umat Islam bagi membendung perkara sama tidak berulang.

Timbalan Presidennya, Datuk Abd Rahman Bakar berkata, isu melibatkan akidah umat Islam terutamanya sengaja menanam kebencian tidak boleh dibiarkan kerana ia akan memecah-belah umat.

“Amat jelas sekali doa seperti ini bercanggah dengan ajaran Islam, Majlis Fatwa Kebangsaan perlu bertindak, jangan tunggu lagi.

“Saya tidak faham kenapa mereka boleh berdoa begitu, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya kepada Sinar Harian semalam. -SH-

Aku tatau apa yang susah sangat nak faham dalam isu neh. Aku tatau pasal apa umno + bn + bloggers umno + ngo pro umno sangat2 bebal dalam memahami peranan doa itu sendiri. Korang pernah solat kan? Tahu kan solat tue apa? Jangan plak lepas neh anggap aku tuduh korang tak bersolat plak. Alamaklumla korang kan jenis lambat pickup. Lain aku tanya kang lain plak korang faham.

kah kah kah

Doa. 

Doa ialah sesuatu yang seme manusia boleh buat. Even bukan muslim pun boleh. Dia nak minta kat tuhan. Mungkin dia anggap tuhan dia tue begitu begini tetapi sebenarnya tidak. Hanya Allah swt tuhan dia dan tuhan kita. Tuhan kita seme hanyalah Allah swt dan akan kekal begitu sampai bila2. Dulu begitu hari neh begitu akan datang juga akan begitu.

Setiap manusia mempunyai kisah yang berbeza2.

Hari neh yana dibuang sekolah sebab dituduh mencuri. Rupanya kawan yana, dzar yang fitnah. Selama neh dia buat macam2 pada yana dan yana hanya bersabar jek. Yana selalu doakan dzar semoga dia berubah dan berhenti ganggu yana. Tetapi kali neh dzar sudah melampaui batas. Tindakan dibuang sekolah mengecewakan ibu bapa yana. Apatah lagi yana di pandang serong.

Woiittt dzar.. aku doakan ko ditimpa bala oleh Allah swt.. malapetaka yang amat azab sebab ko menfitnah akuuuuu.. kata yana sebelum dia meninggalkan sekolah itu.

Ramai orang dengar kata2 itu. Yang tatau citer sebenar..

Hish yana neh.. dasar pencuri nak cakap banyak plak puiiii

Kawan2 dzar pula..

Apa la teruk sangat perangai yana tue dzar.. ada ke doa kehancuran untuk ko..

Yang tak sebelah mana2 pihak. 

Tak baik doakan macam tue.. seburuk2 mana pun dia.. dia masih manusia.. jalan bertaubat itu ada.. mungkin la betul yana kena fitnah tapi yana kena doakan yang baik2 je kat dzar.. semoga dia bertaubat dan mendapat hidayah untuk berubah kelakuan nya jika benar dzar menfitnah yana..

Ini la situasi nya sekarang. Hanya kerana ko rasa bn tak zalim kepada ko belum tentu bn tak zalim pada orang lain. Hanya kepada ko jek.

Tapi rileks la kenapa perlu doakan kehancuran terus? Tak boleh ka doakan yang baik2 jek? 

Sapa cakap takde? Sapa cakap tak pernah? PAS dah banyak kali buat dah. Cuma ko jek yang tatau sebab media arus perdana tak highlightkan..

Ya Allah swt moga bukakan pintu untuk bn bertaubat.
Ya Allah swt moga berikan bn hidayah supaya tidak lagi menganiaya kelantan.

Yang doakan kebaikan dah banyak kali pas buat bahkan setiap hari buat. Bila cakap umat islam itu merangkumi ahli muslim umno sekali. Tetapi yang doakan kehancuran itu jek korang nampak. Dan beria2 nak menfatwa apa bagai. Padahal tak perlu pun. Masih banyak masalah umat islam yang perkasa boleh tumpu bukan isu remeh temeh bab doa neh.

Lagipun, macam aku sebut dah sebelum neh.. doa adalah hak masing2. Sesiapa boleh berdoa apa2 yang dia mahu doakan.. samada Allah swt dah makbulkan atau tidak itu adalah hak Allah swt dan sebagai manusia dan umat islam kita tak perlu terlalu jauh sampai nak menentukan apa yang dia patut minta dari Allah swt dan apa yang tidak patut. 

Dia bebas berinteraksi dengan Allah swt sama seperti ko. Jika dia boleh berdoa, ko juga boleh. So buat yang itu bukan merepek tak tentu hala dan fitnah pas pula. Apa pun tak boleh.

Isu Rosmah Mansur - Lee Chong Wei tampil buat penjelasan. [Video Inside]

Kelakar siot.

Dalam ahti ada taman sebab rosmah mansor. Kalau aku jadi rosmah mansor *nasib baik tak jadi* aku takan layan isu remeh temeh begini. Ia hanyalah gurauan di alam maya dan pelepas tension di kala keboringan. Isu macam neh team umno tak perlu layan dan meleret2 sampai interview Lee Chong Wei.

Nampak sangat takde isu sampai ketandusan idea nak balon pr. Penyokong2 PR steady troll yang penyokong2 UMNO tangkap seriyus. Sangat dalam ahti ada taman punya orang.

kah kah kah

Korang tengok video kat bawah neh hah ;


 

Rupanya hari tue Rosmah Mansor tak sihat. Sakit. Ala mucuk2 dia.. sakit ek?

Wakaka..

Tapi dia tetap datang juga. Kesian dia. Jadi mangsa troll netizens. Sampai tangkap seriyus. Tak boleh blah betul.

kah kah kah

Saya makan burger mekdi free dan saya oke.


Tadi ada melepak. Berbincang bab isu palestine. Isu boikot pun ada. Masa melepak tue makan mee rebus. Demm. Tak sedap siot. Kuah dia oke, mee dia oke tapi tekak aku cakap tak sedap. Tak sedap sebab tak pedas. Aku boleh makan tanpa cili tapi susah aku nak cakap masakan tue sedap kalau tak pedas.

Tak jadi plan nak amek burger free beb. 

Mekdi ke?

Aha. 

Pasal palestine? Elok la tu ko boikot. Tapi ko bukan tak layan mekdi ke?

Tak layan beli tapi free aku layan. Tapi kat laman sosial.. demm macam2 beb kena kutuk. Yang nak amek dan telah amek.. kalau aku dan amek tadi aku akan post gambar dia kat facebook..

Haha.


Ya, kalau benda free aku amek. Aku tak letakkan pemikiran aku asal amek benda free tue confirm kena beli. Aku akan amek dan selepas itu dia boleh pergi mampos. Aku dah 3 tahun meninggalkan mekdi. 

Walaupun dalam masa 3 tahun itu aku mengaku 3 kali aku beli mekdi. Tahun pertama aku meninggalkan mekdi ialah tahun 2010. Masa tue tengah tahun kot. Maaf aku tak ingat. Tapi yang aku ingat dengan jelas ia ada kaitan dengan isu palestine. So start tue aku belajar tinggalkan mekdi.

Dalam masa 3 tahun ini aku lakukan ia secara slow dan steady. Paling utama sebelum aku memuktamadkan keputusan itu aku harus menyakini diri aku bahawa aku meninggalkan ia aku benar2 mahu meninggalkan ia supaya ia boleh dilakukan secara konsisten walaupun dah 3 kali terbabas.

Aku tidak mahu meninggalkan ia kerana orang suruh atau orang desak. Perkara seperti itu tidak akan membuahkan hasil. Selepas sebulan, 2 bulan atau 3 bulan mungkin aku akan kembali mencari ia. Ini kerana dari awal aku meninggalkan ia kerana aku dipengaruhi dengan sentimen ikut - ikutan. Apabila sentimen itu berkurangan atau hilang aku akan kembali ke situasi yang sama sebelum aku memboikot perkara itu.

Tetapi sentimen ikut-ikutan itu tak salah. Yang salah adalah diri sendiri yang terlalu cepat membiarkan diri dipengaruhi untuk mengikut apa yang orang buat. Dan apabila kita tak konsisten dengan apa yang kita beria2 canangkan di laman sosial akhirnya diri kita diperli kembali oleh teman2 yang baca status kita 3,4 bulan sebelum neh. 

Dan itulah punca nya mereka2 ini diperli. 

Alah hang boikot sekejap jek.

Berapa bulan boikot neh?

Kalau nak boikot.. boikot la seme sekali.

Mereka marah bila kerana perli. Tetapi ketika ikut sentimen boikot memboikot mereka perli orang yang tidak mahu memboikot. Aku tak pasti secara spesificnya kenapa ada yang menentang boikot. Tetapi aku fikir mereka2 ini bukan menentang boikot. Sebaliknya mereka fikir mereka tidak boleh melakukan boikot itu.

Dan bila mereka cakap mereka tak boleh buat, macam2 persepsi dan andaian timbul. Marah. Perli. Hukum. Nilai. 

Ko minum darah anak gaza ek?

Ko tahu tak palestine tue kena bedil disebabkan mekdi sumbang ke israel?

La ko kerja kat mekdi ek? Duit haram bhai.

Ini bukan cara yang betul untuk memujuk orang memahami kenapa mereka kena boikot. Kesedaran perlu dipupuk dengan cara yang betul. Oleh kerana kita mahu kawan2 kita turut boikot apa yang kita boikot maka gunakan cara yang paling sopan sekali. Mereka bukan orang lain. Mereka ini kawan2 kita. Kita kenal baik buruk kawan2 kita.

Ini tidak. Sikit2 perli member tue kat facebook.

Kalau ko tahan dan sabar sikit pun ko tak rugi apa. 

Tapi ko amek pendekatan yang paling bermasalah sekali. Instead of pegang tangan ko lebih suka acah2kan mereka untuk mereka naik marah. Dan akhirnya mesej boikot itu tidak sampai. Apa yang sampai ialah boikot vs tak boikot.

Yang sebenarnya dalam isu neh tak perlu nak gadoh2 pun. 

Apa yang geng si boikot kena buat?  

Kenalpasti cara yang betul untuk memboikot. Cara yang betul bukan pergi gebang di facebook. Aku nak boikot. Ko tak boikot? Teruknya ko. Zalim. Hisap darah umat islam. Hellooo.. aku dah dekat 3 tahun boikot walaupun 3 kali terlepas pun tak cakap macam tue kat orang yang baru nak boikot.

Bahkan orang yang dah boikot bertahun2 pun tak pernah gunakan kata2 macam tue. Kita gunakan perkataan boikot sebab sebelum neh kita beli barangan itu. Jika dia hisap darah anak palestine, ko juga tak ada beza dengan dia. Bezanya ko cuba nak hentikan perlakuan itu.

Dan bayangkan jika ketika ko masih menghisap darah anak palestine ada member2 ko perli ko seperti itu. Tidak kah ko terasa? Jika ko terasa sudah tentu dia juga terasa. Jadi sentimen boikot itu harus dipupuk dengan cara yang betul. Bukan dengan cara perli, benci, hasut, fitnah dan merepek tak tentu hala. 


Ini cara yang betul.  

1. Senaraikan seme barangan israel yang kita ada. 

2. Senaraikan seme barang makanan israel yang kita beli.

3. Susun ikut tingkat kepentingan dari segi kegunaan dan kesukaan.

4. Cuba fikir apakah kita boleh hidup tanpa barang2 itu.

5. Cuba fikirkan alternatif kepada barang2 yang kita fikir kita perlu boikot.

Senaraikan. Buang mana yang boleh dibuang. Tinggalkan mana yang perlu ditinggal. Yang tak mampu sekarang cuba pada masa akan datang. Belajar untuk kurangkan apa yang boleh dikurangkan. 

Lakukan dengan perbuatan bukan dengan mulut.

Lakukan dengan kesungguhan bukan dengan perli.

Kita ubah diri kita dan diri mereka kita doakan agar selaras dengan apa yang kita usahakan.

Tapi bagaimana dengan geng anti boikot? Kalau kami berhenti perli.. adakah mereka juga akan berhenti memerli? Adakah mereka akan berhenti memperkecilkan dan mempersendakan kami? 

Sudah tentu tiada jaminan untuk geng anti boikot berhenti melakukan mana2 perkara di atas. Tetapi akan tiba masanya untuk mereka berhenti kalau korang berhenti terlebih dahulu.

Untuk geng2 anti boikot pula. 

Cuba la faham. Sebelum bayi berlari mereka belajar berjalan dulu. Sebelum berjalan mereka bertatih. Sebelum bertatih mereka berdiri. Dan sebelum berdiri mereka merangkak. Seme ini perlukan proses. Perlukan masa. Perlukan kesungguhan.

Kita tak boleh tolong bayi tue berlari. Dia kena berlari gunakan kaki dia sendiri. Sama seperti kita tak boleh paksa orang boikot. Orang tue kena boikot atas kesungguhan dia sendiri. Oleh kerana ada rakan2 kita yang nak boikot, kalau pun kita taknak boikot tak perlu kita perli mereka yang nak boikot.

Biarkan rakan2 ini belajar untuk boikot. Berikan mereka masa dan ruang untuk mereka memahami kenapa mereka perlu boikot. Biarkan mereka lahirkan kesedaran dari ahti mereka sendiri. Bagi mereka peluang untuk mereka didik diri mereka kenapa mereka perlu boikot.

Kita tak perlu perli mereka hah facebook tak nak boikot? Google taknak boikot? Boikot terpilih nampak. La

Boikot terpilih tetap lebih baik daripada tak boikot langsung.

Ada usaha untuk ubah tetap lebih baik daripada takde usaha untuk ubah.

Ada iltizam untuk hentikan pembelian ke atas product yahudi tetap lebih baik daripada mereka yang asyik perli tak henti2.

Mereka tak gunakan duit sesiapa untuk boikot. Mereka tak gunakan tubuh badan sesiapa pun untuk boikot. Jadi takde sebab untuk ko naik marah or perli mereka2 yang nak boikot.

Hormat perbezaan dan pendirian seseorang itu tak menjadikan kita seseorang yang jahat pun. Tak rugi. Bukan orang lain tapi kawan2 sendiri. Kita tak boleh boikot takpe, kita support kawan2 kita yang boikot.

Hey der.. ko kan boikot benda tue. Jangan beli.

Yeke ke der? Terima kasih ingatkan aku der.

Sama2 der. Insya-Allah lainkali aku menyusul ko der. Aku doakan ko terus istiqomah der.

Sama2 der.. aku doakan ko boikot juga der.

Kita boleh jadi kawan. Kenapa kita nak bermusuh?

Kita boikot bukan sebab nak bergadoh dengan orang yang tak boikot kan? Kita tak boikot bukan sebab nak bergadoh dengan orang yang boikot kan? 

Jadi, jangan buat.


Pupuk kesedaran boikot dengan betul. 

Jauhi fitnah walaupun sebanyak mana pun ko anti mekdi. Mekdi tak bagi burger percuma kerana gembira dengan apa yang berlaku di gaza. Itu adalah apa yang team promosi mekdi laporkan. Ia benar sehingga terbukti sebaliknya.

Kita boleh terangkan kenapa kita boikot tetapi jangan gunakan fitnah untuk sampaikan apa yang kita mahukan. Fitnah, walaupun kepada orang jahat, ia tak pernah halal disisi Allah swt. Allah swt tak kata fitnah itu berdosa bila orang baik kena dan berpahala bila orang jahat kena.

Tidak. 

Dalam islam fitnah itu sendiri berdosa. Kerana perbuatan fitnah itu sendiri. Hentikan ia. Korang tak rugi satu sen pun kalau tak fitnah mekdi. Perjuangan untuk memupuk semangat memboikot tak perlu diseiringkan dengan fitnah kepada mekdi.

Gunakan pendekatan yang berbeza.

Kalau darah anak palestine itu tak cukup untuk mengubah selera kita dan selera rakan2 kita takde hal. Kita mohon rakan2 kita kempen makan makanan yang sihat. Mekdi dan makanan segera mempunyai kalori yang sangat tinggi.

90% rakyat di malaysia mempunyai gaya pemakanan yang tidak sihat.

Kaum cina adalah kaum yang paling banyak mementingkan kesihatan, dan menjaga makan.

Kaum cina juga adalah kaum yang paling tinggi kesedaran mengenai pengambilan kalori sehari-hari dan beras perang.

70% rakyat malaysia obesiti.

80% mempunyai berat badan yang tidak ideal.

Kita mati bukan sebab terlalu banyak makan tetapi sebab terlalu banyak makanan yang tidak sihat di tawarkan di sekeliling kita. Makanan2 ini akan menyebabkan kita berpenyakit dan tak sempat hidup lama.

Antaranya kfc, pizza hut , burger king, aiskrim  dan sudah tentu la mekdi dan seme minuman bergas termasuklah coke.

Keperluan kalori bagi seorang wanita yang tidak bersenam ialah 1,200 - 1,500 sehari. Kalau bersenam 3 kali seminggu 30 minit setiap sesi dan berkala keperluan kalori adalah lebih.

Jika ko makan mekdi tak kira burger apa pun paling rendah kalori yang masuk ialah 1,000. Apa pentingnya kira kalori? Ia penting untuk jaga tubuh badan ko supaya tak gemok.

Untuk air coke punya ko cover penggunaan gula 3 hari in advanced. So dalam 3 hari selepas minum setin coke, ko tak boleh minum apa2 yang bergula lagi dah. Pankreas ko akan kepenatan kerana memproses insulin jika ko tetap berdegil mengambil gula dalam kadar yang berlebihan.

Dan bila ko dah berusia sikit mula la ko sakit2 badan. Tapi time muda ko taknak jaga kesihatan.

Aku sakit. Hentikan pengambilan makan yang tidak sihat. Kurangkan sikit apa2 yang masuk dalam badan neh. Kami seme kepenatan untuk proses apa2 benda yang masuk.

Organ dalaman ko mengeluh. Ko tak pernah dengar sebab ko taknak baca pasal majalah kesihatan. Ia mungkin boring tapi itu membantu ko hidup lebih baik geng.

Jika ko tak boleh berhenti kerana kanak2 gaza maka berhenti untuk diri ko sendiri. Kurangkan apa yang ko boleh kurangkan. Yang tak boleh tue takpe. Usaha berterusan. 



Mathias Chang hero non muslim.

Ramai orang bukan islam fikir isu gaza - israel isu agama. Sedangkan ia tidak sepatutnya dibaca seperti itu. Sudah sampai masanya untuk kita pupuk kesedaran boikot kepada mereka2 yang bukan islam. Jangan jadikan isu gaza isu hak ekslusif umat islam semata2.

Jika kita dan mereka bergabung untuk boikot maka kesedaran akan lebih meluas. Sedikit sebanyak kita boleh bergabung dan menyebarkan perkara sebenar yang berlaku di gaza. Ada di antara mereka mempercayai info palsu yang tersebar di beberapa media antarabangsa. 

So inila masanya untuk kita betulkan seme salah faham yang timbul sekaligus memberikan gambaran sebenar apa yang sedang berlaku di gaza. Umat islam pun tertipu apatah lagi non muslim. 


Jangan suka2 hukum mereka yang berkerja di mekdi.

Kita buat apa yang kita terdaya buat. Apa yang dalam lingkungan kemampuan kita. Jangan letakkan seme orang mempunyai situasi sama seperti kita. Daripada kita hukum kan lebih baik heyy aku tahu kat sini ada kerja kosong. Terai la der mohon.

Kita sebenarnya ada unlimited cara yang baik dan berhemah untuk sampaikan kempen kita. Yang buat kita taknak guna bukan sebab takde cara yang baik tapi kerana kita yang tak mahu guna cara2 tersebut. Bila kita tak pupuk kempen kesedaran dengan betul jangan marah kalau mesej kita tak sampai. Salahkan diri sendiri dan jangan salahkan orang lain.

4 product penting yang perlu kita didik diri kita untuk boikot termasuklah maggie fav aku.


1. Mekdi.

2. Coke

3. Loreal.

4. Barangan nestle. 

Ini input dari member facebook. Dan ada juga info dari member fb yang lain pula bagitau, bahawa antara intel dalam pc kita dengan mekdi, intel tue lagi dekat dengan israel sebab di bangunkan di israel. So selepas cuba cari pc yang guna proccessor lain kalau rasa2 setara dengan intel.. 

Apa pun kalau aku berkesempatan makan mekdi free tadi aku memang oke.

KAH KAH KAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...