Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 31 Oktober 2012

Islamic fashion show alaf baru.

Ini islamic ke neh?

Kalau sungguh aku pun nak pakai macam neh arh. Islamik la katakan.

kah kah kah



Terutamanya yang hujung sekali. Belah kiri. Gila babi punya islamik. Ketiak nampak pun boleh dikategorikan sebagai islamik lagi. Alaf baru ke apa?

kah kah kah

Buat lawak je la utusan neh. Mesti nak memalukan umno. 

kah kah kah

Sumber gambar : semut

Menurut semut, maksud hakuna matata ialah tak perlu risau. Owh. Tak perlu risau rupanya. 

Pakai baju nampak ketiak. Boleh la hakuna matata. 

Pakai baju tapi tak pakai tudung pun takpe. Boleh la hakuna matata. 

Tak perlu risau. Sebab apa? 

Sebab itulah tema Islamic fashion show tahun neh. Kita kasi hakuna matata ramai2. Jangan risau. Kita kena la hakuna matata. Najib dan rosmah pun hakuna matata. So kita pun hakuna matata la juga.

Salute gile aku.

Wakakaka..

Kotak Pensel Najib yang comel.

Pfttttttt

Aku tak tahan dah. Gelak dulu la.

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

kah kah kah kah kah kah

kah kah kah kah kah kah kah

kah kah kah kah kah kah kah kah

kah kah kah kah kah kah kah kah kah

Kelakar siottttt






Kotak pensil pun kotak pensillah...betul ke Kotak pensil ini diberi sempena SPM 2012..mohon pengesahan...adoyaiii

Sumber ==>  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=430894546960113&set=a.310968618952707.67527.310631758986393&type=1&ref=nf

Bagus bagi kotak pensel kat student. Aku puji jek. Tapi tak payah la letak muka najib dan lambang 1malaysia tue. Cukuplah menjenamakan wajah najib. Aku rasa ramai gila yang bosan. Yang totok umno pun menyampah apatah lagi yang bukan totok. 

Apa pun kita tunggu penjelasan lanjut. Betul ke tak betul kotak pensel neh adalah edaran untuk bebudak SPM yang lepas.. aku dapat pun dari page pro PR neh. Harap2 tak betul la. Kalau betul sah2 membodohkan diri sendiri. Tak habis2.

kah kah kah

Najib ajak budak darjah 6 menternak.

Bagus piem kita neh. 

Mana la nak cari piem macam neh. Aku respect gila arh. Korang baca dulu apa yang terpapar kat gambar bawah neh beb. Siyes. Ini bukti kesungguhan najib dalam usaha untuk menjaga kebajikan rakyat malaysia. 



HEBAT !!!!

Aku mesti puji Najib. Bercita2 besar. 

Perhimpunan peladang, penternak dan nelayan sempena lawatan Najib razak..

Pihak sekolah akan menjaga keselamatan para pelajar..

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

kah kah kah kah kah kah

kah kah kah kah kah kah kah

Kelakar la ko neh najib. Kot ye pun nak nampak ramai kat majlis ko tue kan, jemput la budak2 tinggi sikit. Macam budak sekolah menengah ke, budak universiti ke. Ini budak darjah 6. Kang majlis ko tue dinampakkan cam ramai budak2 jek yang join.. yang malu sapa? Ko juga. Lepas tue dok cakap kami fitnah. Hish.. apa pun tak boleh.

kah kah kah

Sumber : 

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=520257738003353&set=a.234470033248793.74227.100000573934515&type=1&ref=nf

'Ada pengganas di antara kita' - Hishamuddin Hussien.



Terdapat banyak pengganas terdiri daripada rakyat tempatan dan orang asing keluar dan masuk di negara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bagaimanapun, dedah anggota parlimen Sembrong itu, Malaysia hanya dijadikan sebagai pusat transit dan bukannya sasaran mereka.

Sapa cakap pengganas hanya jadikan malaysia neh sebagai transit jek? Mimpi jek kot hishamuddin neh. Lain kali time kerja buat cara kerja jangan tidur oke. Memang banyak pengganas di malaysia pun. Bahkan mereka siap menetap lagi kat sini hah. Meh aku tunjukkan muka2 pengganas tue kat bawah neh.

Ketua ;



Mengganas dengan nama menteri dalam negeri. Setakat rampas2 komik, sekat lesen untuk akhbar neutral, gubal undang2 dan akta menyekat kebebasan bersuara, menyebabkan rakyat dibelasah time demo sebab takmo berkompromi perkara biasa jek tue. Kecik pada menteri neh.

Anak buah pengganas ;












Contoh mangsa keganasan ;









Menganasi rakyat.

Kalau bukan nak panggil pengganas nak panggil apa ek? 

Jangan mimpi la keadilan akan berpihak kepada kita selagi bn di atas. Dan menteri hishammuddin, sila amek cermin. Tengok apa yang muncul kat cermin tue. Itulah wajah pengganas yang berlakon atas nama menteri. Seorang menteri sepatutnya mengasihi rakyat tetapi dia berperanan sebaliknya sampaikan apa yang tak haram pun dia haramkan. Loserrrrrr...

Rujukan ;

http://www.malaysiakini.com/news/213048 

Melaka mungkin kutip derma bantu pasukan bola sepak - Ali Rustam.

Amboi. 


Sponsor untuk majlis kahwin anak sendiri reti cari. Takan sponsor untuk pasukan bola sepak melaka tak boleh cari? Hari tue kemain beria2 kutuk kelantan minta derma untuk bina lebuhraya rakyat. Tapi lue buat sendiri takpe lah plak? Aku ingatkan kutuk kaw2 mesti spesis tak suka minta derma. Rupanya cakap je kemain lebat. Tapi apa pun takde.

kah kah kah

Melaka mungkin terpaksa membuat kutipan derma bagi melonjakkan kembali pasukan bola sepak negeri itu untuk bersaing dengan pasukan terbaik di Malaysia, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Beliau berkata langkah itu dilihat dapat menangani masalah kekurangan kewangan Persatuan Bola Sepak Melaka (Mafa) sehingga menyebabkan ramai pemain dan jurulatih tidak berminat beraksi dengan skuad Sang Kancil yang kini menghuni saingan Liga FAM.

"Cara terbaik persatuan bola sepak adakan kutipan derma sebanyak 12 kali setahun iaitu sebulan sekali, setiap bulan adakan kempen kutip derma dapatkan sumbangan daripada orang kaya di negeri ini, tanpa kutipan derma mustahil kita dapat kumpul duit yang banyak,"


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121030/su_11/Melaka-mungkin-kutip-derma-bantu-pasukan-bola-sepak#ixzz2Ant8T5av 
 Peh dasat.

Nak minta derma 12 kali tue. Sebulan sekali.

kah kah kah

Yang tak boleh blah tue siap suruh KBS carikan sponsor dari tokoh korporat lagi untuk membiayai pasukan bola sepak negeri. Idea tue takde masalah. Betul la tue. Tapi memandangkan ketua menteri melaka hebat mencari sponsor untuk sponsor majlis perkahwinan anak dia takan dia tak bleh cari sponsor untuk sponsor pasukan bola sepak melaka? Neh siap minta derma lagi selepas kutuk pas macam2? Buat lawak ke apa neh? Nak gelak arh.

kah kah kah 

Kena bodoh dengan Adnan Yaakob, MB Pahang. [Video Inside]

Nak dapat anak ramai kena sekali? Awak ingat dapat anak sorang cucuk sekali je ke? BODOH.

Hah amek kaw.

kah kah kah

Agak kotor la pemikiran MB Pahang. Aku tak gemar. Walaupun sebenarnya takde la besar sangat pun tapi elok la dia gunakan perumpamaan lain. Bukan sekali bahkan 2 kali gak dia mengulang ayat2 kotor macam tue. Mungkin orang lain rileks2 jek kot dengar. Tapi aku rasa agak kegelian sikit bila dia cakap begitu. Mungkin sebab dia tue sendiri memang mengelikan kot.

Heheeh..

Tapi kan aku respect juga la bila seseorang slumber je sound MB Pahang ;


Awak ingat kawan neh mengoyang telur ke dok sini? <-- Adnan Yaakob.


Lebih kurang la.. <-- Orang asli.

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

Ini video nya. 

Yang sebenarnya kes piket hari tue. Yang sebelum neh aku tengok versi yang dah di edit. Ini versi panjang. Mula2 dia approach cara baik. Kiranya dia neh jenis terbuka dan demokrasi la juga. Tapi cara dia bercakap tue kurang sesuai dengan status dia sebagai MB. Sekarang bila dah tengok dia begini aku dah boleh bayangkan kenapa dia tunjuk isyarat mencarut. Tak heran beb.

Wakaka..



Selasa, 30 Oktober 2012

Hot : Felda Oil Products tergadai kepada Syarikat Asing!

Ini ialah kenyataan dari Mazlan Aliman berserta dengan surat tawaran awal sebagai hujah sokongan. Surat tawaran awal ialah surat yang menawarkan penukaran ekuiti saham kepada mereka2 yang berkelayakan ikut syarat2 yang disebutkan.




FELDA OIL PRODUCTS TERGADAI KPD SYKT ASING!



 

Felda Oil Products(FOP) ditubuhkan pada tahun 1977. Ia terlibat memproses Minyak Sawit Mentah(CPO). Di Pelabuhan Pasir Gudang ia memproses 100 ribu tan metrik sebulan, selain Pelabuhan Klang 40 ribu tan sebln, Kuantan 80 tan dan Tawau/Lahad Datu 80 ribu tan sebulan.

Asalnya, kepentingan Felda dlm sykt ini 70%; namun mulai tahun 2010, ianya hanya tingga

l 30% sahaja. Selain sykt dari Jepun, Iffco Sdn Bhd yg berpengkalan di Dubai telah menguasai kepentingan majoriti dlm syarikat ini.

Selepas kepentingan majoriti dikuasai sykt asing, ia dikenali dengan nama Felda Iffco Oil Products(FIOP). Chief Operating Officer(COO) telah dilantik iaitu Nadaraja menggantikan En Abd Aziz Ahmad. Jawatan paling Strategik selama puluhan tahun yg dinikmati Bumiputera telah bertukar kpd orang asing.

Cara penggabungan antara Felda dengan Iffco untuk menubuhkan FIOP adalah amat meragukan dimana dengan mengurangkan pegangan saham bumiputera asal di syarikat. Ia suatu pengkhianatan kpd Syarikat Bumiputera.

Selepas penggabungan, urusan pemasaran diserah 100% kpd Sykt milik penuh Iffco di Malaysia iaitu IFFCO SEA yg akan menentukan harga dan margin pasaran produk keluaran FIOP. IFFCO SEA memperolehi untung besar kerana memperolehi produk dengan harga rendah dan menjualnya pula kpd pembeli dgn harga lebih tinggi. Walhal secara logik, IFFCO SEA tidak harus mengambil untung atas produk FIOP, kerana mereka telah dibayar komisen atas setiap belian dan jualan produk keluaran FIOP.

IFFCO SEA juga memasarkan hampir 50% produk keluaran FIOP kpd anak2 sykt 100% milik IFFCO spt IFFCO Msia, ERCO Sharjah, IFFCO Pakistan dll. Selain itu, IFFCO juga menjual terus MSM kpd pembeli luar dgn margin keuntungan yg tinggi. Teras utama perniagaan FIOP ialah memproses keluaran produk MSM bukan dengan mengambil alih tugas FELDA yg menjual MSM.

Kesannya, syarikat asing membuat keuntungan manakala Felda menanggung rugi. Unjuran yg ditargetkan tersasar. Sepatutnya bg tahun berakhir Disember 2012, keuntungannya mencecah RM14,892 juta, namun dah berada penghujung Okt, masih rugi.

Sejak kemasukan COO Nadaraja, hampir kesemua kerja2 kontrak dan pembelian barangan syarikat berpindah dari syarikat bumiputera kpd syarikat bukan bumiputera atas arahan beliau.

Pada bulan Jun lalu, Nadaraja mengeluarkan notis 24 jam memecat Pengurus Besar dan Pengurus Pengeluaran yg kedua2nya melayu dan ditukar kpd bangsa lain tanpa alasan munasabah.

Saya paparkan bukti terbaru yg berlaku kpd anak Syarikat Felda, akibat keghairahan mencari rakan strategik asing. Kesannya, syarikat luar buat untung, Felda tanggung rugi. Segala prosedur dan kouta bumiputera sanggup dipinda sedangkan ianya merugikan.

Syarikat asing naik tocang, CEO tempatan dibuang, pegawai kanan dipecat, projek dibolot orang asing, pekerja tempatan yang bekerja puluhan tahun dibuang sesuka hati; matlamat utk meningkatkan keuntungan langsung tidak berjaya.

Apabila FGVH sedang dilanda ketidak stabilan, harga saham tinggal RM4.68, komoditi sawit getah mengalami kejatuhan harga; kesannya amat buruk sekali. Dr Rosli Yaakob, bekas Timbalan Pengarah Bank Negara telah buat analisis awal beberapa bulan lalu. Ramalan beliau tepat 100%. ANAK sampaikan pandangan kpd YAB PM dlm bentuk memorandum lengkap, tapi dipandang remeh.

IFFCO adalah contoh kegagalan dari kerjasama strategik yg tidak adil kpd Felda. Puluh tahun asasnya dibina melalui kegigihan dan pemgorbanan pekerja tempatan. Kini, sedang bermasalah. FGVH juga mula dilanda badai yg telah dimaklumkan kepada saya melalui bukti2 yg akan saya dedah tidak lama lagi....

Sejak PM umum cadangan penyenaraian FGVH di Bursa Msia 7 Okt 2011, berbagai usaha dibuat untuk menghalangnya. Plan penambaikkan dikemukakan. Seminar dan konvensyen dianjurkan. Forum2 intelektual melalui pakar ekonomi dibuat. Perbincangan dgn SKM, Suruhanjaya Securiti dan Bank Negara dilakukan. 

Ia tidak diendahkan. Sebaliknya, dihambur dgn kata2 kesat, HARAM JADAH. Ia keluar dari mulut Perdana Menteri sendiri. Kalau ada pihak yg kata ANAK hanya tahu mengkritik dan membangkang semata2; sebenarnya mereka adalah contoh manusia yg dunianya seperti katak dalam tempurung!

Bila kepentingan Bumiputera semakin mengecil, sykt asing kaya raya; siapa khianat????




Sila sebarkan.

Bukti PKR memang cerdik.

Aku tujukan artikel neh khusus untuk penyokong2 UMNO dan BN. Aku tahu mereka mesti menyampah gila babi bila mereka menghabiskan bacaan di posting neh. 

Menyampah sebab ;

1. Tak dapat menyangkal analisis aku.

2. Tak dapat nak menerima hakikat.

kah kah kah

Rileks. Walaupun korang takley terima hakikat akan perbezaan antara kita, aku akan tetap steady macam biasa. Baru la world..

Wakakaka..

Oke, kita mulakan.

Malam tadi. Aku tak boleh tidur. Sedang aku baca update dari member2 facebook tiba2 aku terpandangkan satu benda. Peh. Benda tersebut memang menarik perhatian aku. Benda yang dimaksudkan ialah kat bawah neh ;

Gila kaw.

PKR sekarang tengah buat pra pelancaran ke apa? Tatau pula aku. Takpela. Aku nak click. Macam bagus2 jek aku tengok. Dah la siap promote cakap mari berubah ke nikmat kehidupan yang lebih baik. Lagi la bertambah2 seronok aku nak klik.

Dalam ahti aku sempat la juga puji PKR macam2. Bagus gak PKR sekarang neh. Reti nak berkempen macam neh. Walaupun slow dan kedekut keluarkan duit nak kempen tetapi akhirnya mereka sedar kedekut2 tue tak membawa ke mana2. Mereka dah insaf. Bagus2. Aku mesti puji. Patutnya pra pelancaran PR. Gamaknya DAP dan PAS taknak keluarkan sponsor kot. Takpe. Biarlah PKR buat dulu. Nanti DAP dan PAS tiru le tue.

Lebih kurang begitu la otak aku berfikir. Kurang seminit tue. Macam2 aku campak kat pemikiran aku. Ada selebihnya yang aku tokok tambah buat sedapkan cerita. Lebih2 lagi kat 2 perenggan terakhir tue. Lebih kepada fitnah diri aku sendiri tue.

KAH KAH KAH


Then aku dengan penuh bangga klik. Gila kaw. Excited siot.


Peh. 

Ada video siot.

Aku tengok video tue sampai habis. Siyes excited gile babi. Teruja aku dengan kempen neh. Ini betul2 bikin gempak. Bagus2 PKR. Keep it up. Aku puji PKR melantun2 walaupun aku heran apa jek motif dorang buat video neh. Napa tak terapkan 5,7 atau 9 perkara manisfesto PR or PKR dalam video di atas terus? Agaknya nak tarik perhatian orang untuk buka website mariberubah kot? 

So aku pun excited buka website mariberubah. Mesti best. Mesti penuh maklumat kempen pasal PKR.


Celaka.

Sekali gua terkena siot.

Ingatkan kempen PKR. Rupanya kempen jual ebook berhenti merokok. Bijak gile lar orang yang buat kempen tersebut. Dia tahu PKR popular. Dan word PKR tue sendiri pun keyword yang popular. So dia gunakan gabungan keyword yang popular untuk tarik traffic ke blog dia. 

PKR + Mari berubah + ubah = keyword kempen2 PR. Dah semestinya bukan lagi rahsia bahawa internet di kuasai oleh pro2 pembangkang dan mereka2 yang tak menyokong kerajaan.

So dapatlah kita simpulkan disini bahawa PKR memang cerdik. Kalau tak cerdik takan orang bisnes gunakan PKR untuk menjana traffic. Penyokong umno.. sedarla. Takan ada orang bisnes yang akan berkempen dengan word UMNO tue hah. Product yang laku pun boleh lingkup. Jangan nages oke.

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

Inilah rupa Power Socket yg berharga RM1,500 seunit d Kedah.


WOWw...

Apsal murah sangat hah? Patut ko letak harga rm15,000. Baru best wehhhh

kah kah kah

Cerita dia gini. 

Malam tadi tengah aku tak boleh tidur saja la aku baca twitter yang di update dari individu2 yang aku follow. Baca punya baca last2 terbaca la satu posting pasal gambar di atas. 

Posting di atas mendedahkan antara kepincangan yang berlaku di negeri kedah. Ini masalah kakitangan awam yang tak reti buat kerja la. Dan juga masalah bos mereka yang tak reti nak pantau kakitangan bawahan mereka. So memang semua yang terlibat layak dipersalahkan.

Tapi yang membuatkan aku musykil ialah.. aikk ari tue aku memang ada baca laporan audit negeri kedah bagi tahun 2011. Aku buka beberapa kali dan baca beberapa benda kat situ. Tapi apsal aku tak pernah nampak pun gambar di atas hah?

Nak mengclearkan persepsi aku, so aku pun p la buka audit sekali lagi.

http://www.intosaiitaudit.org/audit/LKAN_NEGERI/AKTIVITI/AKTIVITI%20KEDAH_05.11.12.pdf

Aku buka. Aku cari gambar di atas malam tadi. Tak jumpa pun. Then aku tidur sebab mengantuk. Lepas tue tadi aku buka balik. Aku cari balik gambar di atas sekali lagi. Aik tak jumpa juga. Apekehel? Mana pula perginya gambar di atas. Kat mana YB P Kamalanathan amek gambar di atas hah?

Dalam laporan audit memang takde. Dan tak mungkin plak YB p amek gambar tue sendiri dan dokumentasikan ia. Kesimpulan tue memang mustahil. Cara gambar di atas digambarkan ialah seolah2 mereka amek dari audit. Tapi hitam putih macam zaman dulu2. Audit punya gambar semua nya berwarna dah beb. Bila tahun punya laporan audit tue hah?

kah kah kah

Walaupun kedah mencatatkan prestasi yang teruk tahun ini bahkan aku anggap memang haprak dan tah hapa2 tapi rileks la. Balon la dengan fakta yang terang2 terbukti. Tak perlu fitnah. Citer pasal power soket memang ada tapi bukan citer pasal harga. Tapi citer pasal skop kerja yang berbeza. Cakap lain dalam tender tapi hasilnya lain.

Tapi takpela. Aku takmo tuduh2. 

Kot2 mata aku tersilap pandang or memang betul2 tak nampak perkara di atas wujud dalam laporan audit kedah bagi tahun 2011, mohon la YB  P Kamalanathan tunjuk ajar. Nak juga aku tahu kat mana dia dapatkan info tersebut. Baru syok nak balon kedah kan. Amacam YB? Boleh bagi bukti lanjut tak YB?

Isnin, 29 Oktober 2012

Salah ke anak menteri pun sambut Halloween.. ?


Kesian menteri kita.

Kemain mereka buat kerja susah payah untuk bantu rakyat walaupun sebenarnya dibayar gaji kan.. hehehe.. tapi ada nya anak2 mereka yang tak faham kesibukkan mak bapak mereka dalam mencari rezeki untuk membesarkan mereka dengan sepenuh kasih sayang.

Menteri2 kita terlalu sibuk. Mereka sanggup korbankan masa dan tenaga demi kita. Mungkin disebabkan kesibukkan itu lah kadang2 mereka terlepas pandang apa yang dilakukan oleh anak2 kesayangan mereka. Kita neh bukan apa. Kadang2 kita buat salah tapi dapat nama buruk mak bapak kita juga.

Walaupun kita yang berdosa tapi yang kena hamun mak bapak kita. Kalau nak di ikutkan memang tak logik langsung anak2 buat dosa, mak bapak plak dipersalahkan. Kadang2 mak bapak dah didik anak2 tue elok2 tapi dah anak2 degil .. tetap langgar arahan. Tak pasal2 jek orang hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap menteri2 tersebut.

Biasa dah di malaysia hujung2 tahun jek confirm ramai yang celebrate halloween. Ramai yang kata halloween tue ada kaitan dengan kristian. Ritual2nya mendorong ke arah kristianist. Tapi dari apa yang aku perhatikan benda tue tak betul kot.. even tv3 sendiri pernah anjurkan even raikan halloween. Tapi takde la ritual2 kristian. Kiranya dah modified la.

Kalau dulu2 mungkin begitu kot. Tapi perayaan tersebut aku tengok telah ditrendykan. Mana tidak, kadang2 penganjur tue sendiri muslim bahkan ada yang tiada kaitan dengan kristian pun. 

Dorang p sana pakai topeng jadi hantu jadi syaitan menari2. Ada yang siap mabok2 lagi. Sebab ada arak. Ikut pandangan aku, aku perhatikan event seperti neh tidak sesuai disertai oleh umat islam kerana ;

1. Pakai seksi

2. Menyamar jadi syaitan. Part neh maybe syaitan happy2 jek kot. Meramaikan kaum dia le katakan.

3. Peluk2 antara lelaki perempuan.

4. Menari secara keterlaluan dengan lagu yang bukan2 dan lakukan aktiviti yang jelas tidak mencerminkan identiti islam.

So sudah sampai masanya untuk JAKIM memainkan peranan bersama2 menteri di jabatan perdana menteri bernama ustazah mashitah tue dan jamil khir selaku menteri agama untuk sama2 berganding bahu menerangkan mengenai sambutan halloween di malaysia bagi muslim.

Yang aku pelik tue asal benda boleh raya seme nak rayakan. Apa orang muslim neh desperate sangat nak beraya sakan ke apa? 2 jenis raya tue tak cukup ke?

Lagipun kesian la kat menteri2 kita. Mungkin dorang pun tatau camne nak terangkan kat anak2 dorang apa hukum sambutan halloween. Dah e-fatwa pun tak cakap apa2 takan kita nak melebih2 pula? Betul tak?

kah kah kah

Imam muda sahut debat hudud dengan Chua Soi Lek !

Jangan debat pasal hudud dengan CSL. Dia bukan faham islam pun. Dia nak menghina jek. Buang masa je la layan dia tue.

Setuju sangat. CSL tue dikira menghina islam. Dia bukan muslim buat apa la debat dengan dia? Tak payah la nak layan.

Tak penting pun debat hudud dengan CSL. Takde faedah. Bukan boleh tukar pemikiran dia. Lepas debat dia still hina hudud juga. Dah tak payah la layan la. Bagi free publisiti jek kat dia tue.

Debat yang tiada hujung pangkal dan buang masa. Merosakkan nama baik islam je la. 

Ramai tau orang komen2 begini. Aku pun pelik bin ajaib. Kenapa pula tak boleh debat dengan CSL? Bukan kah tujuan debat itu kita boleh anggap sebagai penjelasan dan penerangan kepada non muslim apa itu hukum hudud?

CSL itu kita kena baca sebagai icon non muslim. Bukan icon mca. Jauh sekali icon bn. Baca ia sebagai icon non muslim. Suara2 CSL tue pun sebenarnya suara2 ahti non muslim di malaysia juga. Mungkin bukan semua. Tetapi still boleh consider as suara non muslim malaysia.

Jadi suara2 seperti ini harus kita fahami. Bagaimana nak faham? Kena dengar la luahan mereka. Bagaimana nak dengar? Kena la buat forum dan perdebatan terbuka. Biarlah kita dengar suara ikhlas mereka mengenai hudud. Apa yang mereka faham. Sejauh mana mereka menilai hudud. Sebesar mana penolakkan mereka terhadap hudud. Ini perlu difahamkan in order kita umat islam boleh merangka strategi terbaik untuk memahamkan mereka.

Siasat masalah sebenar.

Satu2 masalah tidak boleh diselesaikan dengan tepat kalau kita gagal memahami permasalahan tersebut. Nak menyelesaikan masalah dengan cekap ialah kita kena faham masalah itu terlebih dahulu. 

Sama juga kes nya dengan hudud. Untuk faham kenapa CSL menentang, untuk memahami kenapa ada non muslim menentang, untuk memahami kenapa ada muslim menentang, untuk memahami kenapa karpal dan dap menentang, kita kena face it la masalah tue terlebih dahulu.

Bagaimana nak face it? Melalui akhbar? Melalui tv? Melalui forum2 politik mca? Sudah semestinya tidak. Kena bersemuka dan biarkan non muslim berbicara apa sebab mereka tolak hudud. Berikan mereka ruang, peluang dan pentas untuk cakap apa benda yang mereka anti dan jaki sangat bab hudud neh.

Lepas kita dah faham owhh begini rupanya penerimaan mereka terhadap hudud. Owhh begini rupanya mereka anti hudud.. so boleh la kita bagi jawapan kepada salah faham mereka. Memang tak mungkin nak ubah persepsi CSL selepas satu dua forum. Bahkan ia mungkin tidak boleh dilakukan sebab tujuan MCA ialah nak meraih sokongan politik jek.

Tetapi apa yang kita boleh buat ialah kita amek keuntungan daripada penentangan CSL terhadap hudud. Caranya kita biarkan sahaja CSL meluahkan apa benda yang dia tak puas ahti kat hudud ini kerana pemikiran dia tue pemikiran sebahagian non muslim juga.  Dari situ kita kaji patern dan kita jawab persoalan mereka.

Ubah persepsi.

Perdebatan ini akan mendapat liputan dan orang akan alert. Jadi acara tahunan pun oke sehingga seme orang faham hudud. 

Owhhh rupanya kita tak boleh suka2 potong tangan orang. 

Owhh rupanya i kerja di kasino satusen pun tak effect itu hudud. 

Cisss.. i non muslim minum arak itu hudud law takde kaitan dengan i punya. 

Aiyaa baru i tahu kalau u tak boleh bagi saksi takpe punya. U ada bukti sainstifik sokong u punya kes pun boleh. Itu hudud bukan pasal saksi sahaja maa.

Rupanya hudud bukan mengenai rejam, potong tangan jauh sekali bunuh orang. Baru aku nampak faedah dan kebesaran hudud. 

Penerangan2 mengenai hudud jika dilakukan secara berkala dan tidak menekankan aspek hukuman semata2 lama kelamaan pasti boleh mengubah persepsi orang khususnya non muslim. Ko tak hadap buat penerangan satu dua kali lepas tue terus non muslim owhh oke i mesti terima itu hudud. 

Ia perlukan masa. So tak salah pun debat hudud antara CSL dan jamil khir. Ia bukan bertujuan nak ubah persepsi CSL sebaliknya ia bertujuan menyebarkan benih2 penerangan hudud kesan daripada perdebatan tersebut. Oleh itu jika jamil khir tidak mahu maka berikan sahaja tempat itu kepada imam muda kerana mereka telah menyahuti cabaran itu. Rujuk bawah.


Amacam? 

Umat islam ada berani ka selangkah ke hadapan untuk berunding dan berbincang tentang hudud secara terbuka dengan non muslim pula? 

Ahad, 28 Oktober 2012

Ini lah lagu yang PERKASA marahkan sangat kat JACKLYN VICTOR tue..

Atas permintaan ramai.

Ada orang minta nak dengar. Hey ameno lagu apa yang la yang si jakim beria2 siasat sangat tue? Yang menjejaskan akidah muslim tue hah. Yang beria2 perkasa nak boikot apa bagai tue. Macam gud2 jek aku tengok. Bak sat lagu tue ameno. Aku nak dengar.

Lebih kurang begitulah.

Lebih kurang begitulah aku menipu.

kah kah kah

Yang sebenarnya dorang minta nak tahu jek lagu apa. Selebihnya aku pandai2 tokok tambah nak sedapkan karangan aku kat thread neh jek. Menipu depan2 tak dikira menipu oke.

Kah kah kah

Video yang dimaksudkan kat bawah neh ;



Perkara yang menyebabkan perkasa marahkan sangat tue sebab JV = ringkasan kepada jacklyn victor, sebab jv sebut begini ;

Setiap suku, setiap kaum sembah yesus.

Dan lagu itu sendiri di nyanyikan dalam bahasa malaysia.

Untuk rekod jv tue penganut kristian. Dan majoriti kristian di sarawak dan sabah memang bertutur bahasa malaysia. Kadang2 kita sebut bahasa melayu. Tetapi lebih tepat ia adalah bahasa malaysia. Kenapa bahasa malaysia? Sebab bahasa malaysia la yang termaktub dalam perlembagaan sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini.

In order taknak bagi orang salah faham, bahasa melayu = hak orang melayu, maka ia disebut bahasa malaysia = malaysians = supaya seme bertutur dalam bahasa itu dengan rasa senang lenang. Ia juga nak mengalihkan persepsi bahawa bahasa malaysia khusus untuk orang melayu jek. Sebaliknya ia adalah bahasa kebangsaan untuk bangsa malaysia dan seme orang berhak bertutur ke atas bahasa itu walau apa pun anutan, kaum, warna kulit mereka.

Baru2 ini kita tengok najib tegur cina. Hey cina bertutur la dalam bahasa melayu. Dengan bahasa actually bukan bertutur jek kita boleh buat. Menyanyi pun boleh. Tapi bila kita lihat bangsa lain selain dari bangsa melayu menyanyi dalam bahasa malaysia mula la ada puak2 melayu meroyan marah. Kata mereka lagu itu menjejaskan akidah.

Aku la bidadari dari syurga. Mengarut je la kaw.Tudung pun tak pakai. Seksi plak tue. Ada ahti mengaku bidadari dari syurga.

Aku cinta kamu sampai hujung nyawa. Sampai hujung nyawa cinta ko berterabur sebab malaikat maut tunggu ko disitu.

Bintang2 ku petik bagi pada kau. Mana ko boleh petik bintang la bebal.

Tidur malam tak boleh asyik mahu kan kamu. Nak beromen pun nak cakap dalam lagu ke bebal?


Lirik2 cinta meroyan mengarut dan membosankan oleh umat islam untuk umat islam yang lain. Lirik2 begini seringkali terkandung kat lagu2 yang disiarkan di pelbagai saluran bahkan atas pentas umno pun ada. 

Rileks jek umat islam malaysia menghadapinya. Kakitangan jakim pun rileks2 jek, siap pasang kat radio kereta masing2. Betul tak kakitangan jakim? Kenapa pula dengan lagu JV umat islam tak boleh nak rileks2 menghadapi nya?

Sabar2. Yang sebab utama tue bukan pada bahasa jek. Tapi lirik dia tue. Setiap suku, kaum dan blabla sembah yesus tue. Apa maknanya tue? Nak cakap kita sembah yesus la tue kan ameno? Sebab tue la perkasa marah oke.

Sekarang lue sembah yesus ka? Benda tak betul kan?

Allah swt ialah tuhan sekalian mahluk. Melayu ka cina ka india ka muslim ka non muslim ka takde agama ka suka ka tak suka hakikatnya Allah swt itu tuhan ko dan aku. Tuhan kita seme.

Itu hakikat. Fakta. Benda belajar menerusi islam. Dan sebagai umat islam kita akan sentiasa bercakap begini kepada mana2 manusia sekalipun. 

Hai mary, Allah swt itu tuhan ko dan aku oke.

Hai lim, Allah swt itu tuhan lue dan gua oke.

Hey devdan, Allah swt itu tuhan awak dan saya oke.

Hoi ibrahim ali, Allah swt itu tuhan seluruh mahluk di dunia neh. Hidup dan mati. 

Sekarang tukar dan bayangkan penganut2 kristian cakap begini di dalam lagu mereka. Lagu2 nyanyian gereja mereka. Lagu2 dakyah mereka. Bukan kan itu normal? Normal bila setiap penganut bagi mana2 agama akan mempertahankan kepercayaan mereka.

Siapa la kita yang sampai nak ubah2 apa yang mereka karangkan dalam kepercayaan mereka? Adakah kita nak menjadi pengasas kitab baru kepada kepercayaan mereka pula?

Hey paderi, i tak berapa gemar u cakap setiap suku dan setiap kaum tue sembah yesus. U buka balik kitab pada muka surat blabla tue dan i nak u ubah sikit. U ikut karangan i oke. 

KEPALA HOTAK KAW LA.

Apa2 yang penganut kristian nak percayai or nak yakini sekalipun lantak mereka la. Mereka nak cakap satu dunia neh sembah yesus pun lantak dorang la. Itu yang dorang percayai dalam anutan mereka. Kenapa kita perlu pergi terlalu dalam sampai nak masuk campur apa yang mereka yakini dalam anutan mereka? Apakah kita nak menjadi pengarang kitab terbaru mereka pula ke? 

Yang perlu kita fikirkan ialah bagaimana kita boleh tarbiah dan dakwah mereka agar mereka tertarik dengan islam. Apa yang terkandung dalam kristian biarkan ia begitu. Kita jangan terlalu sibuk nak ubah apa2 yang terkandung dalam kristian. Apa yang terkandung dalam kristian bukan menjadi tanggungjawab kita untuk ubah.

Tetapi kita boleh membantu mengubah persepsi dan tanggapan penganut kristian. Bahkan penganut buddha dan hindu juga. Begitu juga dengan mereka yang tiada agama. Kita boleh mencari jalan untuk melebarkan dakwah. Kita boleh mencari jalan apakah strategi yang perlu digunapakai untuk tarbiah mereka, apakah cara terbaik yang boleh mendorong mereka mengenali islam. Itu yang perlu kita buat. 

Bukan pergi menyemak dengar lagu gereja orang dan complain macam2 di saat umat islam sendiri heyy baru 2 hari lepas budak buang bayi dalam tali air. Dipercayai hidup2 plak tue. Kalau la non muslim baca buat gelak dorang jek. 

Apa punya spesis manusia tah. Kata zina berdosa besar. Kata tak boleh romen2 sebelum kahwin. Ini siap buang anak hidup2 dalam tali air. Lepas tue sibuk komplain lagu gereja orang? Sohai punya perkasa.

Memalukan aku je le tak pasal2. 

Demm.. 

Dah2. Lagu kristian dalam bahasa melayu confirm boleh memurtadkan orang islam malaysia. Habislah pas neh ramai2 pakat murtad lepas dengar lagu jv. Dasat siot.

Yeke? 

Punyalah banyak lagu2 dakwah dalam islam. Kenapa sibuk nak dengar lagu dakyah kristian? Kalau rasa lagu jv tue boleh memurtadkan orang melayu lepas jek umat melayu dengar lagu tue apa kata lepas mereka murtad cepat2 bagi dia dengar lagu dakwah islam. 

Confirm dia masuk islam balik. Dont worry. Setiap ubat ada penyakitnya. Ada lagu murtadkan orang ada juga lagu untuk masukkan orang dalam islam. Kalau lagu kristian boleh menyebabkan orang murtad.. mestilah lagu dakwah islam boleh menyebabkan orang masuk islam.. betul tak?

So jangan risau la. Ubat kepada murtad dah temui penawarnya. Tiada apa yang harus dirisaukan lagi.

kah kah kah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...