Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 12 Februari 2012

Lata kinjang tukar nama jadi lata bien.

Hari neh aku pergi mandi beb. Lama tak mandi manda. Muahaha.. tapi kan adoiii. Pergi mandi pun dah tak seaman dulu beb. Nak mandi pun rasa tension. Ada ka patut aku dihadapkan dengan bendera2 bien? Agak2 lah woittt. Usah kata time mandi, time solat pun dia belasah aku dengan bendera bien. Tak patut siot. 

Lihat bawah neh ;










Aku suka bn menaiktarafkan lata kinjang. Tidak aku kondem yang neh. Berbanding dulu2 [dulu aku pernah pergi sekali jek.. dah agak lama maybe 8 tahun yang lepas kot] aku dapati kemudahan yang berada di lata kinjang memang semakin lama semakin baik. 

Tidak aku nafikan yang neh. Siyes cakap. Kemudahan yang ada di lata kijang memang berubah seiring dengan perubahan waktu. Ini bagus. Tenkiu lah pada yang prihatin. Tapi masalahnya ada beberapa perkara perlu dipertingkatkan lagi. Ia memang semakin baik cuma belum cukup bagus. Itu kesimpulan yang aku nak jelaskan disini.

1. Gambar pertama merujuk kepada herm.. apa ek? Surau ka? Susah nak cakap ia surau sebab dorang cakap ia dewan serbaguna yang digunakan untuk solat. Aku pun tak faham tapi aku guna balik jek ayat neh. Cakap surau kang takut lari maksud pula.

2. Keadaan dia sangat kotor. Tidak berjaga. Yang neh aku bukan nak kondem. Cuma nak bagitau jek.

3. Tempat tue juga terkopak. Ini pun bukan nak kondem. Cuma nak bagitau jek.

4. Kat depan tempat yang digunakan untuk bersolat tue kan ada satu dewan kecik. Baru buat. Aku diberitahu ia adalah tempat untuk mesyuarat dan etc. Aku ada snap pic tapi sapa tah delete. Tak sengaja katanya. Tertekan. Takpe. Sapa yang pernah pergi akan tahu. Dewan yang baru dibina tue lebih cantik dari tempat yang digunakan untuk solat neh. Neh bukan nak kondem. Cuma nak bagitau jek. Memang tak heran sebab dewan mesyuarat tue baru buat, manakala tempat yang digunakan untuk bersolat neh dibina pada tahun 1993. [Sila rujuk pada plak penghargaan yang terdapat dalam gambar di atas].

5. Aku juga diberitahu tempat yang digunakan untuk bersolat neh tidak termasuk dalam projek untuk dinaiktarafkan. Ada pembinaan dalam kawasan mandi manda. Aku tak pasti dia bina tandas ka tempat melepak ka surau ka apa ka.. bila aku tanya dorang buat taktau jek. Kenapa tah? Jangan2 dorang ingat aku neh suka menyibuk kot. Tah lah.. salah ke menyibuk hal2 macam neh? Muahaha..

6. Bagi pandangan aku tempat untuk bersolat tue haruslah dibaikpulih dan dinaiktarafkan. Aku harap sesiapa tolong bawa cadangan neh. Amat sedih lah tempat yang digunakan untuk bersolat tue.. ia benar2 menghiris perasaan aku. Okey.. memang jemaah kurang. Cakap terus terang.. memang kurang sesangat orang yang gunakan tempat tadi tue untuk bersolat meskipun jumlah yang dipercayai boleh bersolat adalah tidak sama dengan jumlah yang telah bersolat tadi. Itu belakang citer. Siapa tahu yang mereka bersolat di kawasan mandi? Dan siapa pula tahu yang mereka bersolat di tempat lain? Rasanya bukan urusan kita kan? Abaikan.

7. Yang amat menyedihkan juga ialah tempat yang digunakan untuk bersolat tue kan.. dipenuhi dengan bendera bien. Cakap terus terang. Bendera bien lebih besar dari bendera malaysia. Ini negara bien ka negara malaysia. SIla rujuk gambar di atas ek.

8. Bagi pandangan aku, tempat yang digunakan untuk bersolat tue tak sepatutnya diletakkan dengan bendera bien. Siyes cakap neh beb. Nak bersolat pun terpaksa hadap bendera bien. Sengsara siot.

9. Lepas tue kan aku sempat juga snap papan tanda projek. Satu lagi projek kerajaan barisan nasional. Aku minta ubah sikit. Satu lagi projek untuk rakyat malaysia. Ini lebih bagus. Baik pr or bn sila gunakan ungkapan neh. Macam membanggakan diri plak bila tulis macam tue. Adoiii. Buat projek pun bukan petik duit dari poket. Rakyat juga salur beb. Hargai sikit lah weh.

Okey, aku dah cuba bersikap lapang dada dalam entry neh. Aku tak kutuk bien kan? Kalau penyokong umno nak terasa gak tak faham larh aku. Bai.  

Ameno : Tandas lagi cun dari tempat yang digunakan untuk bersolat. Siyes beb.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...