Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 14 Februari 2012

Rosmah Mansur terima Ijazah keshoppingan pula.



Macam tak percaya. Tapi penghargaan neh benar2 wujud. Sebelum neh rosmah mansur telah menerima satu ijazah kedoktoran dari australia. Dan dia pun dah marah mereka2 yang memperkatakan ijazah kedoktoran yang dia terima. 

Padan muka korang. Rosmah cakap macam neh sebagai respon balas kepada korang2 yang dengki dengan apa yang dia dapat ;


"Saya tidak mahu menangani isu-isu remeh-temeh peribadi. Ia adalah semua daripada kekecewaan. Ia adalah semua keluar ... Saya tidak tahu ... Mungkin cemburu," katanya yang , jelas kelihatan kecewa.

Rosmah turut ditanya mengenai kriteria yang digunakan oleh Universiti Curtin yang memilih dirinya bagi anugerah itu.

"Saya tidak tahu... apa kriterianya. Saya tidak tahu. Berita sya diberi anugerah itu sesuatu yang mengejutkan.

"Tetapi saya diberitahu bahawa naib canselor (universiti itu) sedang mencari seorang wanita yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan, melakukan kebajikan dan kerja sosial dan juga program yang memberi manfaat kepada negara,” katanya.


Oii nak pergi mana tue? Belum habis neh hah. Baca lah sampai habis dulu. Bunuh diri? Bangunan SPRM mana ada kat sana. Lepak lah weh. Baru rosmah cakap sikit dah nak bunuh diri. 

Baru rosmah meluahkan diri dia ada ciri2 kepimpinan, melakukan kebajikan dan kerja sosoal dan menganjurkan program yang memberi manfaat kepada rakyat dah korang seme pakat2 merajuk nak bunuh diri. Lepak lah weh. Rosmah hanya bersikap jujur. Cuba jangan dengki tak pepasal. Boleh tak?

kah kah kah

Yang sebenarnya rosmah ada melakukan sumbangan kepada pihak university.  Korang mana tahu seme tue. Melalak jek. Cuba belajar mengorek keluar sisi baik dan prihatin dari mem kita neh. Berlapang dada lah weh. Berlapang dada lah. Baca bawah neh. Antara sebab2 yang dipercayai rosmah dapat doktor. 
Pada tahun 2010, Agensi Kelayakan Malaysia memberikan status swaakreditasi berikutan audit institusi yang termasuk lawatan oleh panel MQA juruaudit ke kampus universiti. Kampus telah dibuka di Miri pada tahun 1998.

Curtin Sarawak telah menerima pelbagai sumber pembiayaan di Malaysia:

Pada bulan Ogos 2003, Curtin Sarawak menjadi universiti antarabangsa pertama di Malaysia berhak untuk mengakses geran berprestij IRPA ("Penumpuan Penyelidikan dalam Bidang Keutamaan") Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

Pada Disember 2004, penyelidik di Curtin Sarawak telah dianugerahkan geran IRPA pertama mereka.

Sebagai tambahan kepada sumber pembiayaan daripada Kerajaan Persekutuan, Curtin Sarawak telah juga akses kepada dana daripada Kerajaan Negeri Sarawak serta dari pelbagai rakan industri.

J
ika ini adalah benar, kenapa dana awam harus pergi ke universiti asing apabila banyak sekolah di Sarawak tidak mempunyai kemudahan-kemudahan asas? Berapa banyak jumlah dana yang Curtin telah terima ?
Di samping itu, BioValley kerajaan Sarawak Park Projek yang akan dibangunkan di kampus Curtin Sarawak. Projek itu sepatutnya untuk meningkatkan R & D bagi memenuhi keperluan teknologi di negeri ini, terutamanya untuk Koridor Tenaga Diperbaharui (Score) Sarawak.

Curtin Sarawak juga dikaitkan dengan kepimpinan Sarawak.Dari laman web Curtin:
Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan, yang juga pengerusi Majlis Curtin Sarawak, berkata fasa pertama projek yang diterajui oleh Kementerian Pembangunan Perindustrian akan dibangunkan di tapak seluas 10 ekar di kampus.
Laman web Perth Kini melaporkan :


Kali TERAKHIR Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Perth, beliau telah berhadapan dengan protes marah semasa Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel.


Hari ini, ia merupakan lawatan yang jauh lebih aman kerana beliau menyelinap masuk ke Curtin University secara rahsia dengan isterinya, yang menerima Ijazah Doktor Kehormat ... 
Lawatan terakhir Perdana Menteri ke Perth untuk CHOGM pada bulan Oktober telah berdepan dengan protes marah apabila sekumpulan "Bersihkan Malaysia" telah mengadakan perhimpunan di Tempat Forrest , berkempen untuk reformasi pilihan raya di Malaysia. -AnilNetto-

Dah faham?

Hidup jangan mendengki ajek boleh tak? Hidup tue cuba lah belajar jadi macam rosmah mansur. Di mana2 pun ada jek orang nak mengiktirafkan dia.

kah kah kah

Selain dari ijazah kedoktoran yang baru2 diterima oleh rosmah mansur, dia juga mendapat ijazah keshoppingan. Ijazah keshoppingan neh akan membawa kepada gelaran Ratu Shopping aka Kaki Shopping worldwide.

Penghargaan neh disampaikan oleh rakyat malaysia kepada rosmah mansur setiap hari melalui blog, media sosial dan cakap2 mulut. Bagi rakyat malaysia tiada lagi individu lain yang lebih layak mendapat penghargaan neh berbanding rosmah mansur kerana telah memenuhi beberapa ciri2 penting bagi meletakkan dia dalam kedudukan itu. 

Antaranya ialah ;

1. Kaki boros

2. Kaki pembaziran

3. Kaki suka pergi luar negara

4. Kaki suka barangan branded

5. Kaki suka menginap di tempat mewah

Di sebabkan keprihatin dan kasih sayang rosmah terhadap wang membuatkan rakyat malaysia mahu menghargai rosmah mansur dengan memberikan dia anugerah khusus neh. Ijazah kedoktoran shopping. Tahniah mem. Dalam masa beberapa hari dapat 2 anugerah cemerlang. Semoga terus berbakti. Kami rakyat malaysia bangga dengan mu wahai ratu shopping negara !

kah kah kah

Ameno : Tengah plan untuk masukkan shopping sebagai salah satu sukan olimpik. Aku percaya rosmah mampu menguasai pingat tersebut. Sama2 doakan ek.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...