Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 18 Februari 2012

Jadual laluan kapal ZIM ISRAEL ke MALAYSIA.



Okey.

Kat atas neh ada satu jaduan perjalanan kapal israel yang masuk ke malaysia untuk menghantar barang2 yang mungkin di import oleh syarikat2 malaysia. Ataupun yang dipesan oleh syarikat2 israel yang berpengkalan di malaysia. Apa pun boleh jadi. Aku taktau fakta yang jelas dalam isu neh. Yang pasti semalam milosuam dah bongkarkan isu neh dengan bukti bergambar. Baca sini.

Bagi menguatkan keterangan milosuam, korang boleh jek semak sendiri jadual perjalanan neh dengan klik link disini. Ada orang kata milosuam menipu. Dan ada juga yang mula mengelat2 dengan spin topic dan congceng2 pasal dsai. Hello kawan. Dsai punya hal tue consider settle buat masa sekarang asalkan dia tak mengubah pendirian terkini dia. Siyes. Aku ada bukti. 

Lihat bawah neh ;




Point yang penting dalam berita di atas ialah ;

1. Dsai beranggapan pkr dan pas berbeza pendirian. 

2. Namun bukan itu yang berlaku andai korang baca betul2 petikan di atas neh.

3. Sebab? Sebab dsai juga bersetuju israel berambos [berundur] dari negara palestine [keluar dari tanah arab].

So, ini jek point dia pkr dan pas berbeza. Kita peduli hapa pun kalau israel nak bentuk negara dia jika amerika nak bagi tanah negara dia ka britian nak bagi ka apa aku kesah? Tapi kita peduli kalau israel tue nak rampas tanah palestine dan jadikan ia negara israel. Tue jek.

Kalau misi israel dah bertukar dengan merampas tanah amerika mungkin aku akan sokong jek perbuatan israel terhadap amerika. Mana nak tahu kan?

kah kah kah

Jika berita di atas neh benar2 mewakili pandangan terkini dsai aku fikir ia dah takde isu lagi dah. Nampaknya dsai dah berganjak dari pendirian asal. Kalau israel keluar dari tanah arab kita tak istilahkan ia sebagai two-state solution sebenarnya. Walaupun mungkin ada sepin di dalam artikel di atas kekonon nya dsai tidak berganjak dari keputusan asal tapi sebenarnya dia memang telah berganjak bila buat kenyataan seperti di atas.

kah kah kah

So oleh kerana dsai dah berganjak.. jadi apa point nak balon dia lagi? Takde point lah beb. Sekarang g lah balon kerajaan dalam isu di atas neh. Kalau sungguh konsisten lah beb. Kalau tak konsisten memang akan sentiasa bekap kerajaan pun.

kah kah kah

Tapi kan ada beberapa benda yang aku rasa penting untuk di share kat sini iaitu ;

1. Kapal2 dari israel neh memang terus berlabuh di perairan malaysia.

2. Kapal2 neh memang ada jadual berkala untuk hantar barang2 ke malaysia

3. Barang2 neh kemudiannya tidak akan dilabel sebagai made of israel bagi mengelakkan perbuatan neh tersebar luas.

Sebab dibuat begitu adalah untuk menjaga sensitiviti rakyat malaysia. So kalau2 kita taktahu kita terpakai product israel.. nak salahkan kita pun buat apa? Bukan seme orang tahu intel ada kaitan dengan israel beb. Aku dulu2 tak tahu. Disebabkan ada internet neh lah baru aku tahu sejak 3 tahun yang lepas.

Jadi jangan nak kondem2 kita bila kita dilihat memakai barangan israel. Pasal bukan seme orang faham barang yang dia pakai tue buatan israel sebenarnya. Apatah lagi penulisan made from israel sengaja tidak diletak. Jadi orang jangan nak salahkan orang muslim seolah2 mereka tue tak konsisten dalam membalon israel walhal bukan seme muslim terdedah dengan info2 sebegini. Okey. Bai.

Ameno : Laluan perairan boleh disekat oleh kerajaan masing2 jika benar2 memboikot segala hubungan dengan israel.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...