Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 13 Februari 2012

Kenyataan Celupar Datuk Ibrahim Ali, Membuatkan Ramai "Keluar Dewan Sebelum Dia Selesai" Berucap!




KUANTAN, 13 Feb - Orang ramai yang hadir ke program ceramah umum Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) di Komplek Dagangan Indera Mahkota dekat sini malam tadi, kecewa dengan beberapa kenyataan panas Datuk Paduka Ibrahim Ali (foto) terhadap pemimpin pembangkang terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat. 


Masing-masing terkejut dengan tuduhan tidak berasas Ibrahim Ali yang mengeluarkan berbagai perkataan kotor dan lucah terhadap dua pemimpin terbabit. Malah, sebahagian besar dari kalangan mereka keluar dewan dan meninggalkan majlis ketika pemimpin itu belum menghabiskan ucapannya yang berapi-api itu. Ceramah anjuran Perkasa Negeri Pahang itu dihadiri oleh lebih 500 orang tetamu yang majoritinya adalah ahli UMNO dan Perkasa sendiri. Terdapat juga beberapa orang penyokong pembangkang dan pelajar IPT yang dilihat hadir. 

Ceramah bermula jam 8.30 itu menampilkan cucu kepada Allahyarham Tun Ghafar Baba, iaitu Zahid Mat Arip sebagai penceramah utama. Beliau banyak menceritakan pengalamannya berkerja dengan Anwar sehinggalah mengambil keputusan untuk meninggalkan parti yang dipimpin opleh mantan Timbalan Perdana Menteri itu. 

Zahid mengejutkan orang ramai dengan "jerit pekik"nya ketika berceramah dan tidak sesuai untuk majlis yang diadakan secara tertutup di dalam dewan seperti itu. Ceramah kedua disampaikan oleh Prof Madya Ashraf Wajdi Dasuki. Beliau lebih banyak mengimbau sejarah perjuangan orang Melayu dari zaman sebelum kemerdekaan sehinggalah sekarang. Beliau turut menyentuh isu-isu semasa, termasuk betapa pentingnya kuasa Melayu dikekalkan jika tidak mahu bangsa terjajah semula. 

Menyentuh soal tindakan pembangkang mempertikaikan kehadiran PM ke sambutan perayaan Hari Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini. Beliau berkata, tiada apa yang perlu dipersoalkan kerana Tok Guru Nik Aziz pun selalu hadir ke majlis di tokong-tokong Budhha di Kelantan. "Kenapa bila Nik Aziz hadir ke majlis itu boleh, tapi bila PM hadir tak boleh. Inilah budaya PAS yang hanya mencari kesalahan orang lain jer", kata beliau -PDO-

Info di petik dari PDO, sila rujuk akhir artikel di atas neh. Aku nak betulkan sikit persepsi orang mengenai isu tgna tue. Nampaknya ada individu2 yang tak faham isu sebenar dalam kes thaipusam tue.

1. Yang citer pasal thaipusam tue mufti perak. Mufti perak bukan pembangkang. Neh salah faham terbesar neh. Mufti perak = ahli agama yang bertanggungjawab menasihati pemimpin dalam urusan agama islam. Jadi berhenti kaitkan ia dengan pembangkang. Kita tak pernah suruh mufti perak keluarkan statement balon najib dalam isu thaipusam.

2. Dalam isu thaipusam yang jelas ditentang mufti ialah isu meraikan thaipusam. Najib memperlihatkan diri dia sebagai meraikan perayaan tersebut. Manakala isu tgna pula dia hadir sekadar memenuhi jemputan atas perpaduan antara agama. Tokong baru dibina dan TGNA pergi bagi membuktikan betapa islam itu bertolenrasi. Bagi ku agama ku, bagi mu agama mu. Pemimpin islam faham dan hormatkan perbezaan agama. Kita tak benci penganut agama lain dan orang bukan islam.

3. Dalam erti kata lain ia adalah berbeza dari segi sambutan dan niat serta matlamat. Satu sambut perayaan satu lagi bukan sambut tapi memenuhi jemputan atas kapasiti menunjukkan betapa tolerannya islam. TGNA mahu menunjukkan bahawa PAS bukan parti ektremis sebagaimana yang sering difitnahkan oleh orang lain. 

TGNA hadir atas kapasiti pemimpin. Itu sahaja. Dia tidak sambut malahan ada orang kata dia rasmikan tokong tersebut tapi ayat yang aku rasa lebih sesuai bukan rasmi sebab TGNA sendiri guna statement memenuhi jemputan. Itu sahaja. Harus di ingat majlis perasmian tokong dengan majlis perayaan ialah dua majlis yang membawa maksud serta niat yang berbeza. Dan harus juga difahami memenuhi jemputan dengan merasmikan rumah ibadat juga membawa maksud yang berbeza.

4. Najib pula.. aduhaiii cara dia... aku rasa malas nak buat persepsi tapi dia pergi sana siap cakap pasal tolong saya lah.. parti lah dan etc2. Tak nampak macam dia nak memenuhi jemputan dengan menghormati sambutan tersebut. Patung gergasi dia.. aduhaii.  Selepas tue sanggup pergi buat benda2 yang jelas boleh menjejaskan akidah. Aku tak tuduh ye. Aku cuma sampaikan apa yang mufti perak sampaikan. Itu jek.

5. Jadi selepas neh perkasa dan ibrahim ali toksah gebang yang bukan2lah. Aku cadangkan ko amek fakta dulu then baru bercakap. Cuba belajar fahami isu terlebih dahulu. Kenapa mesti nak bercakap dan bercakap tanpa memahami satu2 isu dengan jelas? Kenapa nak memperlihatkan diri sendiri macam orang gila dan bingai? Kenapa nak rosakkan imej diri sendiri atas benda2 sendiri fitnah? Hairan aku. Kuasa duit ke apa neh? Tah. Bai.

Ameno : Elakkan meroyan. Tenkiu.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...