Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 3 Mei 2011

Isu derma judi : DAP atau UMNO tipu?

Tadi aku tengok berita tv3. Umno pulau pinang ada bagitau bahawa mereka dah serahkan semula semua wang derma yang dicollect dari warga tua di pulau pinang pada disember tahun lepas. Entah betul entah tidak. Aku kalau berita tv3 neh 0.01 aku percaya. Yang aku percaya kat berita tv3 neh ialah bab cuaca. Heh.

Ya, ya aku tahu. Kenapa ko tgk tv3 hah kalau ko tak percaya.. blablabla.. lagi blablabla.. pr bodoh.. blablabla.. lagii.. menyampah.. blablab.. arhh sudah lah korang penyokong umno. Korang neh memang bebal. Opss sorry aku terjujur. Tidak mempercayai tv3 tidak bererti aku kena menghalang pendengaran dan pandangan aku daripada menilai tv3. Dengan menonton tv3 barulah aku boleh membuat perbandingan yang lebih telus. Ingat aku macam korang ke? Malam sket lah.. Aku jenis tengok dan selidik semua sumber then baru buat analisa. Bukan main cedok bulat-bulat peh tue pandangan pun bulat-bulat atas orang.  Otak dah sah2 lain. Cuba lah kasi pandangan lain2 gak. Heh.

Baca bawah ;


Kata umno mereka bukan pertikaikan sumbangan wang ehsan tapi sumber nya aje. Walaupun aku rasa nak tergelak memikirkan reason mereka sambil membayangkan cukai kasino dan sumbangan berjaya group kepada anak2 yatim di selangor pada beberapa tahun dulu ttp aku cool je. Heh. Tapi kat tv3 tadi dorang cakap ada berbeza sket. Dorang cakap apa korang nak tahu tak? Kalau taknak tahu pun takpe. Aku tetap nak tulis gak. Heh.

1. Umno pp cakap dap main politik. Saja bagi derma untuk raih sokongan. 

Arhh sudah. Tapi kat utusan cakap korang bukan mempertikaikan niat sumbangan. Kecuali sumbernya sahaja. Niat neh semua sama je. Mana2 parti pun memang turun padang untuk raih sokongan. Kalau yang sungguh2 ikhlas demi rakyat memang ada. Tapi tak banyak. Aku tahu ada tapi malas lah nak sebut nama. Tapi lim guan eng tak tersenarai lah dalam kepala hotak aku buat masakini.

2. Umno pp cakap wang sumbangan dah dipulangkan tahun lepas pada bulan dec 2010.

Aku sungguh tak dengar citer neh. Kalau dah di pulangkan heran gak aku asal dap main isu neh. Ke dap pun taktahu korang dah pulangkan? Hehehe..

3. Umno pp cakap dap tak bina rumah kos rendah selama 2 tahun memerintah.

Yang neh aku zero info. Cakap banyak pun tak guna. Mari kita tunggu dan lihat sapa betul sapa salah.

Apa pun membandingkan gerakan dan dap di penang kini.. gerakan adalah jahat. Aku tahu. Aku pernah hidup di penang dulu. Melayu dan cina bergaduh di kawasan tertentu. Bagi orang key ell macam aku yang hidup dalam suasana cina, india satu geng.. memang tak selesa dok kat pulau pinang dulu. Macam hawau. Sampai satu saat aku pun heran apsal yang cina dok mengata2 melayu dalam bahasa cina [kantonis] depan2 aku..? Tidak kah mereka faham yang aku boleh faham bahasa kantonis? Memang lah aku tak belajar secara formal bahasa kantonis ttp sebab terlalu banyak sangat kawan cina dari aku tak faham.. jadi lah faham. Dah dengar dari kecik sampai sekarang. 

Suasana hidup di johor lebih baik. Walaupun ber-geng jahat dengan cina + india + melayu kami tetap satu kepala budak2 jahat. Begitu juga di sekolah key ell. Walaupun kadang2 bengkek gak dengan perangai budak2 cina yang saja cari pasal tapi budak2 cina yang kiut miut terutama nya yang berambut panjang tetap aku ushar.. kah kah kah
 
korang2 yang umno neh tak suka budak cina.. errr ada aku kesah? Kah kah kah.. Pergilah mampos. Heh

Ameno : RINdu nak main uno dengan sorang member cina lama.. hehehehe..

Share this

1 Response to " Isu derma judi : DAP atau UMNO tipu? "

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...