Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 4 Mac 2011

Terkini : Susu tin naik harga!

Cerita neh taktahu ada keluar berita ke takde. Aku dah check berita online belum keluar lagi. Mungkin berita tadi ada kot tp aku tak dapat tengok berita tadi. Atau mungkin lagi beberapa hari kot baru keluar berita. Ataupun mungkin tak keluar berita langsung. Lantaklah. Yang penting keluar berita ke tak keluar berita ke barang tetap dah naik.

Barang yang naik kali ini ialah susu tin brand f&n. Tengok bawah neh ;


Neh lah brand bagi susu tin tersebut. Aku dapat info tue kat sini. Tengok bawah neh plak ;


Aku petik kat sini. Kat tempat ramai orang share info pasal kenaikan harga barang kat malaysia neh terutamanya harga barang makanan. Kemalrin sampai ke hari ini ramai orang dah perasan berlaku kenaikan 'sorok2' terhadap susu tin dan susu tepung. Tadi ada keluarga aku beli susu tin. Aku tanya dia harga berapa? Dia cakap rm2.60. Aku tanya lagi memang normal ke rm2.60 tue? Dia cakap tak perasan tapi rasa cam dah mahal pula. Dulu dia rasa rm2.30 je. Ntah betul ntah tidak aku pun not sure lhar.

No wonder lhar kenapa milo ais dan teh tarik makin mahal kat kedai makan. Sebab kos untuk membuat minuman pun dah meningkat. Nak salahkan peniaga makan pun susah. Dorang pun peniaga kecil kecilan je. Bagi yang peniaga besar biasa beli sekali borong banyak-banyak leh dapat murah tapi dorang pun sibuk nak naikkan rega gak. Heran juga aku kenapa..

Aku ada gak buka website f&n neh tetapi belum ada berita ataupun isu mengenai kenaikan tersebut walaupun barang2 tersebut telah pun naik. Selain dari susu tin, susu tepung pun turut naik. Kenaikan yanga aku confirm kerajaan akan cakap tak membebankan pengguna di malaysia. Heh.

Bab kenaikan minuman berkarbonat tue aku takde lah terasa sangat sebab jarang minum benda gas2 neh kecuali 100plus. Dan hundred plus termasuk sebagai salah satu product f&n. 100plus neh plak minuman yang aku memang selalu minum. Hah mampos lepas neh rega dia dah naik 13% jadi berapa lhar plak.. aisehmen.. 






Gambar-gambar kat atas neh antara susu tin keluaran f&n. Rupanya f&n neh conquer kebanyakkan brand susu tin. Cis. Nampaknya hampir kesemua susu tin yang berada di pasaran neh dah naik harga lah jawabnya. Hah mampos nak pilih yang murah pun tak bleh sebab seme dia punya product dan dia telah naikkan harga untuk seme jenis product plak tue. 

Pecah otak aku memikirkan kenaikan harga barang neh. Kalau tak tahan sangat aku fikir nak pecahkan pentadbiran negara pula. Amacam nak join ke?

Updated ; 4 march 2011

Lihat bawah neh, keluhan peniaga berikutan kos makanan yang semakin naik..

KUALA LUMPUR: “Harga minyak naik, harga barang pun naik, susah peniaga nak cari makan,” keluh peniaga burger, Asraf Ahmad, 24 berikutan kenaikan beberapa harga barang yang memberikan kesan kepada perniagaan yang diusahakannya di sini. Katanya, harga sedozen roti burger yang dibelinya sebelum ini RM9, namun baru-baru ini ia naik sehingga RM12.80 sedozen.
“Selain itu, harga sos, mayonis dan kicap turut mengalami kenaikan,” katanya.Sementara itu, tinjauan Harian Metro di beberapa kawasan di sini mendapati beberapa barang kegunaan harian mengalami kenaikan harga, malah ada beberapa barang makanan utama mengalami peningkatan harga sehingga menyebabkan peniaga serba salah untuk menaikkan harga.
Kenaikan itu dakwa mereka kerana harga ditawarkan pemborong amat tinggi berbanding harga sebelumnya.“Payah sebab kami nak jaga pelanggan, tapi harga daging naik pula,” kata Kamarulzaman Ghazali, 55, yang kini berada dalam dilema untuk menaikkan harga daging dalam pasaran.

Menurut Kamarulzaman, harga borong bagi sekilogram daging tempatan RM18 dan harga daging import antara RM12 hingga RM13, namun berlaku perubahan harga yang mendadak baru-baru ini“Harga baru kami terima dari pemborong semalam RM24.50 bermakna harga daging tempatan naik RM6.50,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.



Ameno : BN stand for barang naik ke?

Share this

15 Responses to " Terkini : Susu tin naik harga! "

  1. F&N bukan barang boikot ke? alang2 naek ni...boikot je terus..

    BalasPadam
  2. Boleh ke boikot bro? Kalau product macam neh nak taknak kita terpaksa beli sebab tiada org islam yang keluarkan product mcm neh.. aku sendiri pun beli at least seminggu sekali.. aku tak mampu boikot sebab tiada pilihan lhar.. kalau yang aku mampu buat setakat neh mcd, coke. neh secara ttp aku boikot. tue pun kadangkala termiss beli coke..

    BalasPadam
  3. Salam Bro.... Umno yang celaka
    BN
    Barang Naik...
    Bila Naik..!!
    Baru Naik....
    Banyak Naik..!!
    Banyaaak Naiiik....

    BalasPadam
  4. kite menentang pon tak gune.kite kutuk camne pon diorang tak berubah la bang. puas berdemo sane sini pon buat sakit tekak je. ape kite leh buat sebenornye?

    BalasPadam
  5. tgu la perkasa mula kempen boikot susu f&n...

    BalasPadam
  6. f&n vitaminised tu dulu slalu beli rm2.50-2.70..kalo kdai runcit mhal ckit dr pasaraya..skang kalo smpai rm3.30, memang bangang ah. patutlah kat kafe kolej di uia, sebelum ni jual teh ais rm1.20, skang dah jd 1.30... betul lah tu harga susu naik

    BalasPadam
  7. salam ..
    aku dah tau citer tentang harga susu ni akan di naikkan pada pertengahan bulan Feb lagi...
    anak buah aku kerja kat Kem.Perdagangan yg khabarkan...
    katanya susu akan dinaikkan dari harga rm3.20 kpd rm3.50...sehingga peniaga pun naik pening nak tukarkan tag harga yg telah ditagkan..baru tukar nak tukar lagi...
    tapi aku tak tau bila berkuatkuasa kenaikakn harga tu...
    rupanya dah naik lah...

    BalasPadam
  8. kesian dowh peniaga burger tu...

    Hmmmm.....ni lah namenye tolong melayu....ngeh3...

    BalasPadam
  9. Mari support BN = BARANG NAIK! ;)

    BalasPadam
  10. inilah ketuanan melayu... melayu di gula2kan BN

    BalasPadam
  11. Nak salahkan perniaga saja harga barang naik pun tidak boleh.
    Nak salahkan pemimpin yang korup saja pun tidak boleh.
    Sebab siapa yang naikkan pemimpin yang korup sehingga harga barang naik?

    FARISZ@AZ.Com

    BalasPadam
  12. inilah ketuanan melayu... melayu di gula2kan BN

    BalasPadam
  13. salam ..
    aku dah tau citer tentang harga susu ni akan di naikkan pada pertengahan bulan Feb lagi...
    anak buah aku kerja kat Kem.Perdagangan yg khabarkan...
    katanya susu akan dinaikkan dari harga rm3.20 kpd rm3.50...sehingga peniaga pun naik pening nak tukarkan tag harga yg telah ditagkan..baru tukar nak tukar lagi...
    tapi aku tak tau bila berkuatkuasa kenaikakn harga tu...
    rupanya dah naik lah...

    BalasPadam
  14. kite menentang pon tak gune.kite kutuk camne pon diorang tak berubah la bang. puas berdemo sane sini pon buat sakit tekak je. ape kite leh buat sebenornye?

    BalasPadam
  15. menciiiiii...kos sara hidup makin tinggi...apa lagik kerajaan.. sila teruskan amalan menaikkn apa semua yg ada..cepat skit kerajaan kaya..biar rakyat makin miskin..aku suport kerajaan walaupun hidup aku makin lama mkin susah...huargggggg~ meraung xguna...chayok kerajaan~p/s: entry memerli sebenarnya...huhuhuhu...sadis3x...

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...