Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 31 Mac 2011

Sensasi : Logik ke poco-poco haram di perak?


Baca bawah ;

IPOH, 30 Mac: Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011 lalu telah memperakukan supaya tarian atau senaman poco-poco diharamkan.

Ia dibuat atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian.

"Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan," kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam satu suratnya.

Surat fatwa Mufti Perak itu dihantar kepada Pengerusi Persatuan Kakitangan Islam Malayan Banking (PKIMB) Perak.

Sebelum ini media sentiasa sahaja menyiarkan aktiviti Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang sering melakukan senaman poco-poco ini khasnya di tempat awam.

Bahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga pernah melakukan senaman ini di atas pentas bersama isteri dan pembesar negara yang lain. (gambar atas)

Baca dengan jelas. Dan fahamkan betul-betul. Poco-poco cuma haram di perak. Kalau korang nak berpoco-poco boleh keluar perak. Heh.

Sebenarnya, apa yang aku nak cakapkan ialah ;

1. Kenapa perlu wujud perbezaan fatwa antara satu negeri dengan negeri lain sedangkan mahzab kita sama?

2. Bukan kah perbezaan fatwa akan merumitkan suasana?

3. Contohnya poco-poco. Haram di perak. Tapi di negeri lain macam mana statusnya? Haram juga ke? Adakah jika hanya haram di perak ini bermaksud hanya di negeri perak je kita [orang islam] tak boleh poco-poco tetapi di negeri lain dibolehkan?

4. Sebab tue lah aku binggung dok kat malaysia neh. Even soal fatwa pun masih berserabut! Celaru. Kelam kabut.

5. Hoi.. aku bukan kutuk kerajaan. Aku kutuk sistem yang serabut neh. Faham tak?

Baik, aku kasi contoh beb.

Contoh satu ;

Aku bukan orang perak. Aku datang merantau dok kat perak. Then poco2 sekarang haram di perak aku takleh lah nak poco-ing [padahal mmg tak buat pun] di perak. Ble aku keluar dari perak, adakah aku boleh poco2 semula?

Contoh dua ;

Aku orang perak. Poco2 haram di perak. Sekarang aku keluar perak menetap di perlis. di perlis tiada fatwa pengharaman poco2. adakah aku boleh poco-ing di perlis pula?

Jika begitu, apakah kerelevantnya fatwa pengharaman poco2, rokok dan shisha di malaysia apabila ianya tidak diselaraskan?? Pening siottt..!

Selepas itu aku dengan jahatnya nak mengajak korang berfikir lagi.

Contoh satu ;

saya orang perak. saya tidak menari poco2. tetapi saya menari di disko. Menari di disko tidak haram sebab saya pergi disko cuma utk menari bukan utk minum arak ataupun melanggan pelacur. saya exercise nak kasi badan kurus je.

Contoh dua ;

saya bukan org perak. Saya pun tidak menari poco2. saya tahu poco2 tue ada roh kristian. sebab itu saya menari di kelab malam je. Di kelab malam, saya menari dangdut. Dangdut tidak haram sbb mufti tak cakap pun menari dangdut yang menghairah dan berlengok2 pinggul itu haram.

Apa maksudnya? Kenapa hanya roh kristian je patut diharamkan? Kenapa tidak tarian yg menghairahkan di depan penonton dan tunjuk b***** juga difaktwakan haram? Walaupun tiada roh kristian ttp ada roh seks yg menjurus kepada perkara yg bukan2. Malahan tidak keterlaluan jika di-umpamakan seperti tarian seks. Bezanya tak buka baju. Tapi kebanyakkan dari mereka pun pakai baju melekap2 tubuh badan, even tertutup, bentuk badan tue masih jelas terserlah.

Sebenarnya ramai orang islam pergi disko dan buat parti. Mereka tak teguk arak dan mereka kata ianya tak salah sebab disko tempat melepak. Heh.

Begitu juga dengan tarian dangdut. Mereka bebas bergelek dan berpeluk sesama mereka ketika menari. Walaupun tiada unsur kristian ttp ianya menjurus kepada unsur kemaksiatan.

Aku faham, mufti perak ada sebab nak mengharamkan ia. Tetapi cuba jangan fikir poco2 je. Fikir ke dalam sket.. Haramkan poco2 dan semua yang berkaitan. Baru tepat. 

Aku tahu, nanti korang mesti cakap, biarlah buat sikit2 dulu. Lagipun takanlah mereka taktahu disko tue haram. Sebenarnya tarian di disko dan tarian dangdut wujud terlebih dahulu berbanding poco2. Jadi keutamaan utk mengharamkan ia pun haruslah bermula dari tarian2 ini. Lagipun mmg ramai org islam taktahu masuk disko itu haram. Kalau tidak masakan seorang artis pernah berkata, dia masuk disko utk bersenam je? Heh.



Kemaskini :

Aku baca paper utusan tadi, ada individu mengatakan tarian poco2 menjurus kepada kemaksiatan sebab percampuran antara lelaki dengan perempuan. Aku tak pasti samada fakta itu betul atau tidak. Tetapi, bagi aku sendiri, benda itu merepek dan mengarut.

Bagaimana pula jika mereka wujudkan undang2 agar poco2 tidak boleh ditarikan oleh lelaki dan perempuan di satu tempat? Bukan kah ini akan selesaikan permasalahan di atas? Jika itu berlaku adakah ini bermaksud poco2 blh diteruskan? Terdapat banyak wanita berkerjaya yg menari poco2 di kawasan perak even dalam bangunan kerajaan sendiri [KEMAS] sebagai aktiviti riadah. So? Maksiat kah itu?

Jangan kasi umat islam di malaysia neh pening beb. Dah kata ada unsur2 kristian sudahlah. Kita tak payah buatlah. Walaupun cuma di perak je. Heh. Tak payahlah utusan pergi interview beberapa tokoh yg tak perlu untuk memberikan ulasan merepek lagi mengarut. Buat kena maki je beb. Heh.

Aku sendiri bersetuju poco2 diharamkan. Bukan di perak malahan di seluruh malaysia. Aku menyampah dengan org indonesia yang asyik tuduh malaysia ;

malingsia! malingsia!

ataupun

curang.. curang..

entah ble jadi laki bini aku pun confused. Heh.

So mana2 budaya indonesia neh, eloklah kita jangan amalkan dan popularkan di malaysia. Buat kena maki je dengan indonesia beb. Memang tak semua indonesia tue jahat. Aku kenal ramai. Dan ramai di antara mereka memang baik. Malahan aku pernah saksikan macam mana majikan aku mendera mental pekerja indonesia di tempat aku.

Bos aku ialah owner kilang percetakan. Dia itu perempuan cina yang kejam. Selain dari menyuruh pekerja indonesia menjaga anjing, dia juga melarang wanita tersebut bersolat dan tutup aurat.

Kakak indonesia itu mmg kesian. Aku setakat simpati je mampu. Sebagai student yang sedang kerja sementara waktu cuti sem pada ketika itu, aku takley nak buat apa2. Ini antara 3,4 kisah maid indonesia yang dipergunakan oleh majikan cina yang aku alami. Dan semua-nya majikan cina. Aku tak pernah jumpa majikan india ataupun melayu mendera pekerja indonesia islam. Mungkin korang pernah. Pengalaman kita lain2 kan.

Nota : Aku dah check e-fatwa dan aku tak jumpa poco2 haram di negeri lain. Jika korang jumpa ada fatwa tersebut dan ianya di wartakan, tolong inform aku.

Ameno : Pening kepala.

Share this

28 Responses to " Sensasi : Logik ke poco-poco haram di perak? "

  1. Bak kata seorang menteri jabatan perdana menteri bahawa "fatwa bukan undang2" jadi kalau mufti buat fatwa haram pun tidak akan diperdulikan oleh mereka.
    Pendapat Ulama Berkaitan Fitnah Zina dan Politik Lucah
    Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita
    Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki!!!

    BalasPadam
  2. Heh...suka koman kamu la farisz.Fatwa bukan undang2....hehehe. Abislah Malaysia kalau terus menerus camni.

    BalasPadam
  3. @Ameno: Di sini suka aku nak jelaskan. Tujuan pengharaman ni dulu sama seperti pengharaman Yoga, kerana ada berunsur ritual agama lain. Contohnya, pakai baju paderi pon tak boleh kan? itu baru baju. apa lagi ritual. tapi sila jelas ye, aku bukan sokong segala pengeluaran fatwa ni. aku cuma nak menjelaskan tujuan dia. sebab ada je orang argue masa pengharaman yoga dulu, 'ambil fizikalnya sahaja yang mana bermanfaat untuk kesihatan, yang mantera2 tu, buanglah!'. OK, sebab aku bukan ustaz yang bijak, so aku tak berani la tentukan apa2. So harap ko boleh faham. Walaupun pergi ke disko sangat tak elok (tak buat maksiat pon, situ pusat maksiat), tapi itu bukan ritual keagamaan.

    @KakLong: Yup. Fatwa bukan undang2. Tapi bukan undang2 dunia la. Akhirat? Kalau fatwa tu berlandaskan al-Quran dan Sunnah, dia jadi undang2 akhirat la. Cthnya hisap rokok dah lama diwartakan haram. Jadi hukummnya berdosa. Tapi hisap rokok tak ada hukuman dari segi undang2 Malaysia (melainkan di tempat2 tertntu spt library, etc), mahupun dari segi hukum syariah. so beza tu.

    BalasPadam
  4. sama lah macam kes haram rokok dan shisha..

    sokong shah

    BalasPadam
  5. ala. mcm perbezaan fatwa yg berlaku antara malaysia dan indonesia, malaysia dan arab saudi, england dan turki. mcm tu la bezanya.

    so, nak salahkan sape plak dlm hal ni. entah la. aku layan je buah fikiran yg bnyk berfikir mcm ni.

    BalasPadam
  6. bila dah dengar haram... jgn buat admin... senang jerk... kalau yakin sangat2 halal.... buat jerk.... tp bila fatwa dah keluar... tak kira lah negeri mana... bila ko dengar jerk haram... maka haram lah jadi nyer... bila ader sedetik tanda ? di kepala... ia jatuh kepada was2... bila was.... jangan buat lah.... paham ker? huhu...

    BalasPadam
  7. Banyak sebenarnya kekeliruan yang masih tidak jelas dan tidak di fahami kita... biar aku jawab persoalan penulis blog... kenapa mufit tidak keluarkan fatwa menari di kelab malam itu haram.. perlu kah kita keluarkan fatwa bahawa arak itu haram? sedangkan kita semua memang sedia maklum bahawa arak itu memang haram.... sbb tu fatwa tidak di keluarkan lagi bnyak kali... sama juga menari di kelab malam or pakai ketat2... semua dah sedia maklum bahawa perbuatan di dalam kelab malam itu haram... tetapi, tentang tarian poco2 ini... ia satu fenomena baru.... ramai yang menyangka tarian itu utk kesihatan... dalam tarian poco2 tidak diletakkan syarat perlu berpakaian seksi.... yang menjadi isu sekarang, ia sedang meresap dalam budaya kita... ada juga makcik2 yang bertudung labuh dan berpakaian sopan yang menyertai nya, kononnya nak sehat.... tapi x tahu bahawa ia adalah perbuatan salah dan haram... itu lah yang membimbangkan mufti perak...


    berkenaan dengan perbezaan pendapat... saudara kena faham, untuk mengeluarkan fatwa oleh majlis fatwa kebangsaan, ia perlu mengambil masa.... setiap mufti2 perlu membuat penyelidikan dan analisis dahulu... ia mengambil masa.... sbb itu mufti perak dan mesyuarat fatwa negeri mengeluarkan fatwa dahulu... sbb perkara sebegini tidak boleh ditangguah2....

    cuba anda baca artikel diatas.. ada mufti perak kata ia haram di 'PERAK' sahaja??? fatwa tersebut sebenarnya merujuk kepada semua umat islam... tapi fatwa tersebut dikeluarkan diperak... kita sbg umat islam, x perlu la terbantut pemikiran sampai fikir ia di perak sahaja.. jngn nak mempolitikka agama.... Perak keluarkan fatwa dahulu, sbb ia tidak mahu tunggu majlis fatwa kebangsaan.. tapi perkara ini pasti akan di bawa kepada majlis fatwa kebangsaan... kemudia baharu ia akan dikeluarkan... kita pula, jngn la terlalu benak sngt, sampai nak tunggu majlis fatwa kebangsaan mengeluarkan kenyataan....

    BalasPadam
  8. ingat, tarian ini sangat2 meresap dalam masyarakat kita.... mufti perak bimbang... sbb makcik2, guru2, malah ada juga guru agama menyertainya... atas alasan kesihatan... sbb mereka x faham dan x kaji hal ini... fatwa perlu dikeluarkan agar mereka faham... menari di kelab malam memang masyarakat tahu, ia maksiat... patutnya penulis blog ajak orang ramai berhenti buat tarian tersebut kalau sayangkan agama anda... bukan mengelirukan orang ramai... sokong tindakan mufti selagi ia tidak melanggar akidah kita....jngn suka memutar belit cerita... akan jadi fitnah.... bayangkan kalau orang dari negeri lain percaya kata anda bahawa negeri lain boleh menari poco2??? apakah yang anda tanggung??? ingat, mufti perak da keluarkan fatwa ia haram... ia tidak sebut di perak atau di selangor, atau dia myanmar.... dia kata haram kerana ada unsur2 pemujaan... so, harap saudara jngn la mengelirukan masyarakat... kalau 1000 orang baca blog ni, dan percaya.... anda tentu faham akan akibatnya kan?? sekadar menegur.....

    BalasPadam
  9. Anom,

    fatwa poco2 haram cuma berkuatkuasa di perak. saya cabar anda utk buktikan ia haram di seluruh malaysia sepertimana kata2 anda di atas.cakap panjang takmo. cakap banyak jangan. bagi bukti sudey. sekian

    BalasPadam
  10. Kamen Rider Revolusi31 Mac 2011 pada 11:26 PG

    Salam. Saya cuma nak bagitaw, Islam nie mudah, syumul, meliputi semua. Even zaman nabi dulu pon ader hiburan ape:

    Seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka Nabi bersabda: “Wahai ‘Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan”.

    Hadis menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan hiburan yang menjadi amalan dalam sesuatu masyarakat. Tapi kalau sampai ingin menghayati kepercayaan, itu dah salah terang2. sekadar senaman, baguslar. sama macam taichi, taekwando, etc2. Okay? jangan terlalu jumud pemikiran kita. :D

    BalasPadam
  11. Arak sama ke dengan disko? sama ke? disko wujud ke zaman dulu? wujud ke? ramai org islam TIDAK TAHU bahawa masuk DISKO itu haram. Kan saya dah bagitau tadi. disko neh pun lebih kurang macam poco2. ada tarian dan sebagainya. Sehinggakan dulu org2 islam selalu masuk disko utk melepak2. budaya yang tidak pernah pudar. Masih diteruskan sampai sekarang hingga kepada penubuhan kelab malam. ada beberapa artis2 islam buat parti dalam kelab2 seperti itu. sepatutnya keluarkan juga fatwa bahawa kelab malam, disko itu semua haram. haram tak semestinya mesti melibatkan ritual agama yang lain, haram sebab menjurus kepada perzinaan. selagi tidak diberitahu secara meluas bahawa masuk disko itu haram, masuk kelab malam itu haram, maka selagi itulah ada org2 islam akan slumber otai masuk disko, buat parti, clubbing dan etc. kena faham sikit lah pemikiran umat islam zaman sekarang. aku cakap benda yang mmg terang aku nampak. aku tak kata aku marah poco2 diharamkan. aku tak kesah lah ia haram atau halal pun pasal aku tak terlibat dengan dunia poco2. yang aku geram ialah selain poco2 mufti perak kena haramkan banyak perkara termasuklah tarian dangdut. ko baca baik2 dulu. ko nak marah aku atas kapasiti apa? aku baca dengan jelas bahawa poco2 diharamkan di perak. sama macam hukum merokok. merokok haram. majlis fatwa kebangsaan buat satu garis panduan. iaitu hukum merokok bagi umat islam di haram di malaysia. dan bagi majlis agama negeri2 pula mereka diberikan "had" utk buat fatwa pasal merokok. maksudnya selain dari haram, mereka tak boleh wartakan fatwa yang lain. mereka blh pilih samada nak mewartakan pandangan majlis agama kebangsaan ataupun membiarkan ia. namun kalau berpihak nak mewartakan, haruslah ikut keputusan muzakarah kebangsaan bahawa merokok itu haram. manakala utk poco2 mufti harussani cakap poco2 akan diharamkan di perak. perak je lah haram. kalau dah ko kata seluruh malaysia haram.. ko buktikan dulu. aku akan betulkan entry aku selepas ini. kalau selepas ini 2,3 hari baru majlis agama kebangsaan bertindak utk setuju dengan fatwa mufti perak.. aku update je lah entry neh. aku susah apa? ko susah apa? apa lah..

    BalasPadam
  12. so, apa guna majlis fatwa kebangsaan?? mestilah dia yg kuarkan dan sahkan fatwa dahulu baru la negeri mengikut..

    1- adakah sbb negeri kuarkan fatwa dahulu, then bila fatwa kebangsaan check, tak perlu ada fatwa sebegini..adakah fatwa negeri tersebut dibatalkan??
    2- berdasarkan perkara di atas, teranglah fatwa kebangsaan hanya mengikut jer fatwa negeri tanpa usul periksa..sbb fatwa negeri adalah fatwa kebangsaan juga..tidak begitu??
    3-Nampaknya isu fatwa kengkadang dilihat sebagai fatwa syok sendiri..berkisarkan pandangan Mufti negeri sahaja..
    4-berdasarkan perkara diatas, tidakkah ia lebih molek jika para Mufti negeri berkumpul dan berbincang serta membahaskan fatwa baru sebelum disahkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan??

    jika jawapan telah ada pada no.4 tersebut, maka isu ini memang telah dan betul2 memeningkan rakyat Malaysia yg beragama Islam..

    BalasPadam
  13. AKU Tak buat. aku cuma mempersoalkan perbezaan fatwa. ia akan mengundang kekeliruan. aku nak fahamkan dulu isu neh betul2. ini persoalan yg bermain di minda akidah aku.

    BalasPadam
  14. itu menunjukan mufti perak wat keje, mufti tmpt laen mkn tdo... mnunjukan perak mengamalkan islam yg bagus, tmpt laen tak... n yg penting, perak bawah jajahan BN dinaungi mufti yg bagus n telah bjasa dgn mharamkan poco2, negeri laen tidak... np dorg tak dok semeja dlm isu pharaman??? bkn ke poco2 tu senaman boleh-dkatakan-wajib bg kakitangan kerajaan??? tak terlalu mudah, sbb byk bnda yg perlu diteliti n diphmi, terutama ble membabitkan periuk nasi para mufti...

    fatwa dkeluarkn bdasarkan dalil2 n nas2 yg soheh... kenapa tak kuarkan ftwa haramkan disco n kelabu malami?? bkn pernah dulu kjaan nk jadikan k.lumpur hub hiburan dgn lambakan disko n kelabu malami utk menarik lbh ramai pelancung & pelacur asing demi cukai hiburan?? korg agak2, mufti mana yg berani lantang lancarkan pengharaman??? of course bkn dr majlis fatwa negara, n pernah mdpt tentangan dr ulama2 n tokoh2 pantai timur... mcm aku ckp, demi periuk nasi majlis fatwa negara, masing2, elok dok senyap2...

    zip!

    BalasPadam
  15. sekadar untuk renungan bersama...

    http://drmaza.com/home/?p=1384

    BalasPadam
  16. mmg betol..hanya Mufti Perak je yg wat keje..sbb itu mmg sah keje dia!!
    Dikatakan Malaysia nie ada 14 negeri, hanya Mufti Perak je yg setuju dan laksanakan fatwa tersebut, memandangkan pula fatwa tue mmg solid pandangan dari pihak beliau juga..di situ kita lihat :

    1-seorang mufti yg pro-BN menyatakan pendirian dalam bentuk pemFATWAan bahawa ramai kakitangan kerajaan terlibat dgn maksiat (setelah di fatwakan) anjuran kerajaan BN.
    2-ramai rakyat Malaysia suka bercampur gaul dalam tarian, lebih2 pula dlm tarian poco-poco..(aku sendiri pun tak menari, so?)

    apa sebenarnya pendirian beliau? adakah ia dari sudut politik atau peribadi?? kenapa dia suka dilihat sebagai melangkaui Majlis Fatwa Kebangsaan dan bertindak sendirian..
    Bukankah ini menambah satu lagi episod kepeningan negara..

    *tak dapat nak beza antara fatwa dan pandangan peribadi*
    *sementelah dia Mufti, maka pandangan beliau boleh dianggap fatwa*
    *beza dgn Nik Aziz, beliau bkn mufti, tp Tuan Guru, so pandangan beliau tidak dianggap fatwa*

    BalasPadam
  17. bior orang atas buat ghoje dio..kita yang kat bawah buat ghoje kito...persoalannya penting sangat2 poco-poco dalam hidup masyarakat melayu malaysia?

    Isu poco2 diharamkan pun nak jadi isu...gila terpencil masalahnya berbanding dgn gejala sosial yang lain..Dah kata fatwa ikut saja...negeri lain biorle, akhirat masing2 tanggung...yang pelik penting ka poco-poco ni..kalu tak buat sebulan, boleh mampus ker..

    BalasPadam
  18. Sian anom atas aku neh.. kat sini tiada siapa cakap suka kepada poco2. kat sini cuma nak ulas kenapa fatwa poco2 tidak diperluaskan. dah kalau haram kat perak. so perak je lah takley poco2. aku boleh je. pasal aku bkn orang perak pun. haram pada ko tidak haram pada aku so what? aku takde masalah pown.. lantak aku lah nak poco2 pun.. kah kah kah..

    BalasPadam
  19. Logik jugak ulama haramkn poco2, dia bimbang tgk budaya menari dh maluas dlm segenap masyarakat Islam. Pasal disko tu, aku xtau apa hukumnya, tp sbg muslim..kita x boleh terlibat dgn arak n maksiat. Jgn kata minum, sajikan pun dh berdosa..so sendiri mau fikirlah kwn2, disko tu minuman rujinya arak huhu..

    BalasPadam
  20. poning kepalo den baco semua nih...
    yang pasti tak pelu laa poco2 tu..kalau dah jatuh hukum haram baguslah...sebab kalau pegi program apa2 mesti nak suh buat poco2..memang campur laki pempuan..kalau asing2 tak kesah sangat...tapi betol ke ada unsur ritual agama lain?tang mana tu?

    BalasPadam
  21. poco-poco adalah isu baru yang diharamkan...macam mane dgn rokok?ia jelas haram pada fatwa kebangsaan tapi masih ramai mereka yang merokok...

    BalasPadam
  22. Tak dinafikan org islam di malaysia semakin sensitif dan teliti dengan perkara2 begini tetapi saya bersetuju dengan dr mashitah. Kalau kita poco2 dengan niat nak sihatkan badan apa salahnya. "Niat" tu yang penting. Setakat ini semua poco2 yg sy lihat xde plak adegan pemujaan roh disertakan sekali. Penting untuk org islam meneliti setiap perlakuan seharian agar tidak membelakangi tuhan tapi jgnlah sampai kita merumitkan sesuatu yang mudah.Ingat!!!! NIAT!!!! tapi hehe saya pun xpernah poco2 sebab segan..

    BalasPadam
  23. bagus harunsani! patut haram 1 dunia..mmg haram tarian tu!
    scaniaz hot's post... Ranking Zakar Terpanjang Mengikut Negara!

    BalasPadam
  24. Perlu fahami kenapa seseorang perkara itu boleh jadi wajib,sunnah,harus,makruh dan wajib.

    Hukum tidak dilihat hanya pada niat kerana niat tidak menghalalkan cara,apa yang perlu dikaji adalah cara dan niat.Kalau niat nak sihat tapi bercampur baur lelaki dan perempuan serta tidak menutup aurat,itu boleh ke?

    Sebab itu ia boleh perlu lihat keseluruhan,hukum boleh berbeza apabila sudut niat dan pelaksanaan yang berbeza (perkara fiqh yang tidak ada mengkhususkan haram).

    Tapi persoalan utama,adakah hanya di Perak? Kalau kat Selangor boleh lah?

    Pendapat Dr.Masyitah tidak diambil kira sebab dia bagi pendapat tanpa dalil.

    BalasPadam
  25. Logik jugak ulama haramkn poco2, dia bimbang tgk budaya menari dh maluas dlm segenap masyarakat Islam. Pasal disko tu, aku xtau apa hukumnya, tp sbg muslim..kita x boleh terlibat dgn arak n maksiat. Jgn kata minum, sajikan pun dh berdosa..so sendiri mau fikirlah kwn2, disko tu minuman rujinya arak huhu..

    BalasPadam
  26. Banyak sebenarnya kekeliruan yang masih tidak jelas dan tidak di fahami kita... biar aku jawab persoalan penulis blog... kenapa mufit tidak keluarkan fatwa menari di kelab malam itu haram.. perlu kah kita keluarkan fatwa bahawa arak itu haram? sedangkan kita semua memang sedia maklum bahawa arak itu memang haram.... sbb tu fatwa tidak di keluarkan lagi bnyak kali... sama juga menari di kelab malam or pakai ketat2... semua dah sedia maklum bahawa perbuatan di dalam kelab malam itu haram... tetapi, tentang tarian poco2 ini... ia satu fenomena baru.... ramai yang menyangka tarian itu utk kesihatan... dalam tarian poco2 tidak diletakkan syarat perlu berpakaian seksi.... yang menjadi isu sekarang, ia sedang meresap dalam budaya kita... ada juga makcik2 yang bertudung labuh dan berpakaian sopan yang menyertai nya, kononnya nak sehat.... tapi x tahu bahawa ia adalah perbuatan salah dan haram... itu lah yang membimbangkan mufti perak...


    berkenaan dengan perbezaan pendapat... saudara kena faham, untuk mengeluarkan fatwa oleh majlis fatwa kebangsaan, ia perlu mengambil masa.... setiap mufti2 perlu membuat penyelidikan dan analisis dahulu... ia mengambil masa.... sbb itu mufti perak dan mesyuarat fatwa negeri mengeluarkan fatwa dahulu... sbb perkara sebegini tidak boleh ditangguah2....

    cuba anda baca artikel diatas.. ada mufti perak kata ia haram di 'PERAK' sahaja??? fatwa tersebut sebenarnya merujuk kepada semua umat islam... tapi fatwa tersebut dikeluarkan diperak... kita sbg umat islam, x perlu la terbantut pemikiran sampai fikir ia di perak sahaja.. jngn nak mempolitikka agama.... Perak keluarkan fatwa dahulu, sbb ia tidak mahu tunggu majlis fatwa kebangsaan.. tapi perkara ini pasti akan di bawa kepada majlis fatwa kebangsaan... kemudia baharu ia akan dikeluarkan... kita pula, jngn la terlalu benak sngt, sampai nak tunggu majlis fatwa kebangsaan mengeluarkan kenyataan....

    BalasPadam
  27. Arak sama ke dengan disko? sama ke? disko wujud ke zaman dulu? wujud ke? ramai org islam TIDAK TAHU bahawa masuk DISKO itu haram. Kan saya dah bagitau tadi. disko neh pun lebih kurang macam poco2. ada tarian dan sebagainya. Sehinggakan dulu org2 islam selalu masuk disko utk melepak2. budaya yang tidak pernah pudar. Masih diteruskan sampai sekarang hingga kepada penubuhan kelab malam. ada beberapa artis2 islam buat parti dalam kelab2 seperti itu. sepatutnya keluarkan juga fatwa bahawa kelab malam, disko itu semua haram. haram tak semestinya mesti melibatkan ritual agama yang lain, haram sebab menjurus kepada perzinaan. selagi tidak diberitahu secara meluas bahawa masuk disko itu haram, masuk kelab malam itu haram, maka selagi itulah ada org2 islam akan slumber otai masuk disko, buat parti, clubbing dan etc. kena faham sikit lah pemikiran umat islam zaman sekarang. aku cakap benda yang mmg terang aku nampak. aku tak kata aku marah poco2 diharamkan. aku tak kesah lah ia haram atau halal pun pasal aku tak terlibat dengan dunia poco2. yang aku geram ialah selain poco2 mufti perak kena haramkan banyak perkara termasuklah tarian dangdut. ko baca baik2 dulu. ko nak marah aku atas kapasiti apa? aku baca dengan jelas bahawa poco2 diharamkan di perak. sama macam hukum merokok. merokok haram. majlis fatwa kebangsaan buat satu garis panduan. iaitu hukum merokok bagi umat islam di haram di malaysia. dan bagi majlis agama negeri2 pula mereka diberikan "had" utk buat fatwa pasal merokok. maksudnya selain dari haram, mereka tak boleh wartakan fatwa yang lain. mereka blh pilih samada nak mewartakan pandangan majlis agama kebangsaan ataupun membiarkan ia. namun kalau berpihak nak mewartakan, haruslah ikut keputusan muzakarah kebangsaan bahawa merokok itu haram. manakala utk poco2 mufti harussani cakap poco2 akan diharamkan di perak. perak je lah haram. kalau dah ko kata seluruh malaysia haram.. ko buktikan dulu. aku akan betulkan entry aku selepas ini. kalau selepas ini 2,3 hari baru majlis agama kebangsaan bertindak utk setuju dengan fatwa mufti perak.. aku update je lah entry neh. aku susah apa? ko susah apa? apa lah..

    BalasPadam
  28. itu menunjukan mufti perak wat keje, mufti tmpt laen mkn tdo... mnunjukan perak mengamalkan islam yg bagus, tmpt laen tak... n yg penting, perak bawah jajahan BN dinaungi mufti yg bagus n telah bjasa dgn mharamkan poco2, negeri laen tidak... np dorg tak dok semeja dlm isu pharaman??? bkn ke poco2 tu senaman boleh-dkatakan-wajib bg kakitangan kerajaan??? tak terlalu mudah, sbb byk bnda yg perlu diteliti n diphmi, terutama ble membabitkan periuk nasi para mufti...

    fatwa dkeluarkn bdasarkan dalil2 n nas2 yg soheh... kenapa tak kuarkan ftwa haramkan disco n kelabu malami?? bkn pernah dulu kjaan nk jadikan k.lumpur hub hiburan dgn lambakan disko n kelabu malami utk menarik lbh ramai pelancung & pelacur asing demi cukai hiburan?? korg agak2, mufti mana yg berani lantang lancarkan pengharaman??? of course bkn dr majlis fatwa negara, n pernah mdpt tentangan dr ulama2 n tokoh2 pantai timur... mcm aku ckp, demi periuk nasi majlis fatwa negara, masing2, elok dok senyap2...

    zip!

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...