Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 9 Mac 2011

Saiful : Dada saya diramas.

Dr Razuin Rahimi yang merupakan saksi pendakwaan ke-23 berkata, dia menerima panggilan dari pihak hospital ketika berada di rumahnya pada kira-kira 3.30 petang 26 Jun 2008, mengenai seorang mangsa yang mendakwa telah diliwat oleh seorang ahli politik berprofil tinggi.

Katanya. dia minta kakitangan tersebut supaya memberitahu pengadu membuat laporan polis terlebih dahulu.

Saksi itu memberitahu mahkamah bahawa yang dia memaklumkan kepada pegawai atasannya Dr Siew Sheue Feng, mengenai perkara itu dan Siew memintanya datang ke hospital. 

Dia tiba di pusat krisis HKL dan menemui Saiful dan mengambil maklumat mengenainya.

Dr Razuin berkata, Saiful mendakwa berlaku penetrasi di duburnya dan bahan pelincir digunakan.

Saiful juga, katanya, mendakwa ahli politik berkenaan turut meramas dadanya.

 Dr Razuin kata Saiful juga memberitahu yang dia diminta melakukan seks oral tetapi dia menolaknya.

Katanya, temubual dengan Saiful berjalan selama 20 minit sehingga jam 9 malam, apabila doktor lain - Dr Razali Ibrahim dan Dr Khairul Nizam Hassan - sampai.

Menurutnya, Saiful sekali lagi menceritakan mengenai kejadian tersebut.
Dr Razuin berkata, dia hadir ketika pemeriksaan dilakukan dan Saifu menceritakan perkara yang sama kepada doktor-doktor berkenaan.

Katanya, dia membantu Dr Siew menulis sejarah dan hasil pemeriksaan itu.

Dr Razuin berkata, dia mengisi muka surat tiga, lima dan enam borang pro-forma.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak mengisi semua butiran dalam borang pro-forma kerana Dr Siew berkata borang itu tidak sesuai. Oleh itu, katanya, dia menggunakan kertas kosong.

Menjawab soalan peguam Karpal Singh, Dr Razuin menjelaskan kepada mahkamah bahawa dia menandakan cubaan meliwat pada borang 'pro-forma' berikutan tidak pasti sama ada zakar tertuduh sampai ke rektum.

Menjawab soalan seterusnya dari Karpal, dia berkata tiada perbuatan meliwat sekiranya zakar tidak sampai ke rektum.

"Saya keliru. Ada panetrasi pada dubur tapi saya tidak pasti ianya sampai ke rektum. Saiful cakap Anwar mencapai klimaks di dalam duburnya," jelas beliau.
Dr Razuin berkata, Saiful kemudian mendakwa diliwat tiga kali oleh Anwar tanpa rela selain dipaksa melakukan oral seks namun ditolaknya.

Katanya, dia juga mencatatkan dakwaan Saiful mengalami pendarahan pada kali pertama dan kedua sewaktu diliwat.

"Menurut Saiful, ada pendarahan pada kali pertama dan kedua," katanya ketika mengisi borang tersebut pada 28 Jun 2008.

Namun menurut Dr Razuin, tiada sebarang bentuk pendarahan direkodkan pada hari terakhir kejadian dua hari sebelum itu.



1. Doktor tue telah dihubungi ketika berada di rumah. Pelik juga kenapa nak memberikan kes seperti ini kepada doktor tertentu? Tak boleh ke bagi je kat doktor yang dah standby ada kot hospital tersebut?

2. Selalu gak aku tengok drama macam HOUSE. Selalunya kes macam neh.. doktor periksa dulu then berdasarkan hasil laporan doktor ia dikepilkan untuk membuat laporan polis atas kes liwat, rogol, dera, dipukul, ditembak dan bla bla bla.

3. Apa yang saksi iaitu doktor terbabit bagitau kat mahkamah tadi ialah berdasarkan kepada hearsay = dengar orang [saiful] cakap. Tanpa ada bukti konkrit yang menunjukkan bahawa terdapat perbuatan liwat.

4. Saiful memang hebat. Boleh bercerita 2,3 kali dan berkali-kali kes liwat neh seolah-olah tiada trauma. Aku pernah tengok CSI dan lihat satu dokumentari kat channel dokumentari kes lelaki kena liwat. Bukan sahaja lelaki tersebut tidak mahu tunjukkan muka dia, malahan dia tak mampu nak ulangi detik-detik dia di liwat. Bagi seseorang lelaki, perbuatan di liwat ini sangat berat. Ianya lebih berat dari dibunuh. Tak percaya? Korang tanya lah lelaki2 yang korang kenal. Ada ke mereka nak mengaku mereka diliwat dan buat muka slumber? Atau siap boleh upload video solat jumaat dengan penuh bangga? Ataupun boleh berjalan-jalan beli kamera dengan muka bangga? Bukan kata saiful patut kenang kehidupan silam dia [diliwat andai benar] tapi at least mesti ada nampak babak-babak dia sedih dan trauma kan? Dia tak perlukan rawatan kaunseling pun untuk pulihkan diri dia. Andai benar dia diliwat dan masih cool.. [macam sekarang] aku terpaksa tabik dia. Siyes. 

5. Akhir sekali perkara yang aku nak korang faham kat sini dah di nyatakan oleh doktor terbabit. Doktor sendiri pun menyatakan dia tidak pasti jika terdapat perbuatan liwat kerana sebab-sebab di atas. Jika doktor pun tak nak beri penjelasan ya atau tidak sebaliknya memilih jawapan tidak pasti. Memang ada sesuatu yang tidak kena.

Lue fikirlah sendiri. Tahun meliwat malaysia 2011 kini kembali.

Kalau korang rajin buka lah belog member aku milosuam kat situ terdapat beberapa bukti printscreen yang papagomo dan saiful berpakat utk kenakan dsai dan saiful juga meminta papagomo memaparkan gambar2 saiful yang lebih sedih agar dapat menarik simpati orang ramai.  


Ameno : Pelik tapi benar. Ha Ha Ha..

Share this

10 Responses to " Saiful : Dada saya diramas. "

  1. kesian tol ngn saiful ni.. apa la nasib badan.. haha!

    BalasPadam
  2. point no.2: sesetengah kes mmg doktor arah report dulu sbb medical examination mungkin ganggu bahan bukti. therefore, adalah xpelik utk pergi report sbelum g jumpe doktor. cite house, grey's anatomy sume tu sbb cte. biasanya sbb tkut nk ngaku..yg ni dh terang2 dia ngaku....

    BalasPadam
  3. apelah naseb bontot dia...
    dare lg bai..siap darah2..hahaha
    lol

    BalasPadam
  4. #2:kes2 macam ni mmg perlukan report polis dulu...tak kisah la kes liwat ker, rogol ker...lepas tu baru mangsa akan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan diiringi oleh polis berpakaian biasa...dah prosedur nya begitu...borang permohonan pemeriksaan akan dikeluarkan oleh balai polis yang berkenaan..

    kes sperti disyaki child abuse (bwk g sepital konon kata jatuh ker) doktor yang merawat kalau ade suspicious prelu buat report polis...tu memang ada dalam akta (tak ingat la pulak)

    #3: apa yang doktor tu beritahu dalam mahkamah adalah berdasarkan kepada sejarah kedatangan pesakit..kenapa pesakit datang dapatkan rawatan. dalam case note setiap pesakit, perkara pertama dalam note tersebut adalah pengambilan sejarah pesakit (history of present illness/HOPI). HOPI penting kerana dari situlah doktor dapat maklumat terperinci simtom2 yang dialami pesakit...doktor akan tanya lebih terperinci untuk come out with the most possible illness...boleh agak anggota/organ yang perlu pemeriksaan fizikal lebih lanjut diikuti dengan ujian yang sesuai/relevan untuk mengesahkan diagnosis. kat mana2 medical school seluruh dunia, topik pengambilan sejarah pesakit (HOPI) ni merupakan aspek pertama yang akan diajar semasa tahun klinikal. doktor yang cekap/bagus mempunyai skill pengambilan HOPI yang bagus...

    contoh la kan...sorang pakcik, 60 tahun ada darah tinggi mengadu sakit dada n sesak nafas. masa pengambilan HOPI ni doktor akan mintak pakcik tu citer/bg tau dah berapa lama sakit, kat belah maa yg sakit, macam mana sakit dia...ada tak sakit sampai lengan n dagu, ada tak peluh2 muntah2...etc..
    part sesak nafas tu tu pun kena ada detail history lagi...
    dari HOPI doktor dah boleh agak apa kebarangkalian sakit pakcik tu, pemeriksaan fizikal dan ujian2 berkaitan akan membantu mengesahkan diagnosis...

    mmg macam 'hearsay' tapi itu sebenarnya satu keperluan...kalau kita tak dengar apa pesakit cakap...doktor tak boleh nak teruskan pemeriksaan detail...macam meraba2 dalam gelap pakai agak2 jer...

    #5...rasanya betul doktor tu tak pasti. kes macam ni biasanya akan dikendalikan oleh pakar. dia pu ada bg tau dia membantu pakar mengambil sejarah pesakit dan menulis hasil pemeriksaan. judgement and conclusion akan dibuat hasil perbincangan pakar2 yg terlibat. doktor tu tak terlibat semasa perbincangan pakar2 selepas pemeriksaan lanjut oleh mereka.

    bukan nak menyokong satu pihak dan menentang pihak yg lain..tp cuma nan beri pandangan dan betulkan tanggapan...prosedur mmg begitu...org luar yg hanya memerhati tak boleh la nk buat spekulasi. bidang forensik bukan kepakaran saya tp berada dalam sistem yg sama, pengetahuan tu ada la sikit2...

    part HOUSE, greys anatomy etc tu semua cerita dan ianya TERLALU IDEAL...praktikal nya tidak begitu...walau bagaimanapun profesionalisme tetap jadi keutamaan...

    just my 2 cents...

    BalasPadam
  5. Kalau dada saiful nipis je...buat apa nak raba? Dada kecik pompuan pun x menggiurkan..inikan pula dada Saiful yg pipih semacam...Ada ke sapa2 yang terliur dgn dada nipis & x boleh ramas? (Sori kalau kasar sikit bahasa @ terlucah). Apa la punya joke bangang yang semua org umno nak percaya...Cerita biar lojik & jgn reka lebih2...

    BalasPadam
  6. kalo saifool nie buat checkup ngan Dr. House kompom kene hempuk ngan Dr time tu jugak

    BalasPadam
  7. kau ni asyik compare dgn citer house la.. citer csi la.. com on dude, diz is the real world!!~ adeyh.. cuba lah bwat research tu dgn real facts..

    BalasPadam
  8. apelah naseb bontot dia...
    dare lg bai..siap darah2..hahaha
    lol

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...