Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 6 Mac 2011

Hot! Ubat BABI sekarang HARAM! Why??

Senarai nama produk farmaseutikal tempatan yang didapati positif mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi akan diumumkan bagi memastikan umat Islam tidak terbeli produk itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, usaha juga sedang diambil bagi produk dibungkus dengan kapsul gelatin positif DNA babi itu tidak dibenarkan dijual di kaunter terbuka di semua premis seluruh negara.

Katanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan mesyuarat khas untuk membuat semakan terhadap produk farmaseutikal berkenaan untuk disenaraikan.

"Senarai produk ini juga akan diumumkan sebagai produk haram kepada umat Islam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di Sekolah Kebangsaan Gurun, di Gurun, hari ini. 

- Bernama

What the hell is this? Menteri takde otak kalau bercakap memang macam neh. Kenapa nak pantau pula penjualan buat tue? Ko fikir senang nak buat kerja-kerja pemantauan di malaysia neh? Kerja-kerja penyeludupan pun ko minta rakyat malaysia tolong ko settlekan sampaikan naikkan harga petrol. Tak percaya? Hah baca sini sendiri beb!

Aku sekeras-kerasnya membantah cadangan BODOH dari menteri ini. Siyes. Aku takley terima terma bangang ini. Aku ada sebab dan korang kena faham sebab-sebab aku terlebih dahulu sebelum nak memekik memaki hamun aku macam biasa. Heh

1. Kapsul/gelatin babi itu telah wujud di malaysia selama 53 tahun beb. Selama itulah umat islam yang ;

- tidak tahu
- kena tipu
- buat-buat taktahu
- tak memberitahu
- tidak peduli

dah makan ubat babi bersama-sama.

So apa akan jadi pada generasi yang mengubati diri dengan babi selama ini? Sudah tentu mereka marah maaa.. mereka selama ini berubat dengan babi.. dan ia berkesan dan dengan tiba2 lue kata no babi2.. dan mereka kena tukar kepada ubat no babi2.. adakah keberhasilan ubatan no babi2 akan memberikan effect yang sama seperti ubat babi2? Adakah badan mereka yang dah ada dna babi2 akan boleh menerima dna ubat yang tiada babi2? Adakah proses penyembuhan sama seperti sebelumnya jika makan ubat no babi2?

2. Kapsul/gelatin babi telah digunakan oleh semua hospital kerajaan dan swasta selama 53 tahun neh sebab ;

- jimat
- jimat
- jimat
- jimat
- jimat

So tidak kah ini akan menambahkan beban negara kalau tiba2 kapsul babi2 neh tidak boleh digunakan oleh sesetengah pihak dalam industri perubatan pula? Cuba fikir sket. Mula2 syarikat yang keluarkan ubatan neh selalu jual ubat kepada pihak hospital dan farmasi menggunakan kapsul babi2. Dan pihak hospital slumber je terima tak kisah lah swasta ataupun kerajaan. Peh tue gunakan pula kepada pesakit2 tak kiralah islam ataupun bukan islam. Then tiba2 kerajaan wat macam neh. Tidak kah mereka terpaksa keluarkan ubatan yang berbeza untuk bukan islam dan islam selepas ini? Tidak kah mereka terpaksa keluarkan modal tambahan selepas ini? Tidak kah hospital kerajaan nanti kena fikirkan strategi bagi mengubati org islam dan bukan islam nanti? Atau adakah mereka terpaksa tukar semua ubatan kepada kapsul no babi2 bagi memudahkan kerja? Dan bukan kah kapsul no babi2 neh mahal berbanding kapsul babi2? Heh

3. Selama 53 tahun neh rakyat muslim malaysia telah hidup dengan menelan kapsul babi2. Jika generasi 53 tahun lepas slumber makan kapsul babi2. Lepas tue generasi 53 tahun ke hadapan di larang makan kapsul babi2. Bukan kah generasi 53 tahun yang terbaru akan marah? Kerana babi2 itu TIDAK bersarang dalam body mereka. Kalau nak larang, laranglah dari dulu lagi.. kenapa sekarang? Adakah melayu muslim generasi terdahulu perlu samak kesemua badan masing2 berikutan ada babi kebabian dalam badan masing2?

4. Selama ini JAKIM berdiri megah dalam pemantauan proses halal dan haram satu2 product yang boleh digunakan oleh orang islam di malaysia. Tetapi JAKIM baru teringat yang ubatan pun perlu ada halal?Pelik. Selama neh JAKIM buat apa? Mereka yang dah terbeli ubat HARAM.. dan dah termakan ubat HARAM.. boleh saman JAKIM tak? Heh.

Industri kapsul halal di malaysia neh baru dipelopori secara meluas dalam 7 tahun kebelakangan ini yang mana HalalGel dan HPA menjadi peneraju utama dalam industri ini sebelum dipelopori oleh 2,3 syarikat yang lain di malaysia.

5. KKM ialah kementerian yang dipelopori oleh cina yang bukan beragama islam. KMM juga ialah badan yang bertanggungjawab memberikan kelulusan kepada semua ubatan di malaysia termasuk dari segi pemprosesan, bahan, kandungan dan kesan sampingan ubatan terbabit. KMM sebelum ini dipegang oleh CSL ataupun CHUA SOI LEK. CSL ini anti-islam dan ia terbukti. Dan disebabkan sikap CSL yang sebegitulah tiba2 minda jahat aku beroperasi. Otak aku tiba2 membayangkan begini.

" Adakah CSL sebenarnya dengki kepada umat islam di malaysia sebab itu ubatan yang diperbuat daripada kapsul babi2 dibiarkan diguna secara meluas supaya umat islam makan BABI secara terbuka di malaysia? Demm!! CSL telah membabikan seluruh umat islam di malaysia. Dan 'ketua' CSL pula boleh buat BODOH! Demm! Heh. " 

                                                    

Baru-baru neh aku ada terbaca paper kosmo ada syarikat pembuat kapsul halal berkata, belum tentu kapsul yang diperbuat daripada tulang lembu itu halal.. neh plak dari tulang babi.. buat gelatin. Gelatin neh bukan untuk ubat aje beb. Ada macam-macam.. dalam aiskrim dan kek pun ada gelatin. Lue fikirlah sendiri. 


Ameno : Kalau tiada beza dari segi proses penyembuhan, kos modal dan effect buruk dalam badan pesakit maka sepatutnya dari dulu lagi kapsul no babi2 patut diharamkan terus. Mencegah lebih baik dari mengawal. Neh tidak fikir untung je.

Share this

19 Responses to " Hot! Ubat BABI sekarang HARAM! Why?? "

  1. saya adalah pelajar perubatan tahun ke-4..dan saya tahu dan aware bahawa memang ada ubat yg terdiri drpada DNA babi..contohnya insulin..untuk merawat kencing manis...klu kat hospital, memang diwajibkan untuk para doktor bertanya kpd pesakit beragama islam samada mahu mengambil insulin yang mempunyai dna babi atau tidak.jika tidak,mereka ada pilihan yang lain..tapi pesakit islam mesti diberitahu perkara ini sebelum ubat diberikan..jika tidak,ia dianggap melanggar etika..ada juga insulin baru yang dikeluarkan tidak mempunyai babi..dan kebanyakan pesakit islam lebey prefer wpun mungkin ada perbezaan harga di situ..klu x silap ada fatwa menyatakan tidak jatuh hukum haram jika menggunakan babi dlm bidang perubatan DENGAN SYARAT JIKA TIDAK MENGAMBIL UBAT TERSEBUT PESAKIT AKAN LEBIH TERUK DAN TIADA PILIHAN UBAT YANG LAIN..dlm kes ini,dan selama 53 tahun(jika betul),tiada pilihan lain untuk pesakit,dan pesakit dibenarkan mengambil insulin tersebut dgn syarat untuk kesihatan..tetapi bila ada ubat lain yg boleh diganti dan tiada babi, so ubat yang ada babi td sudah boleh diisytiharkan haram sbb umat islam ada pilihan lain..wallahualam

    BalasPadam
  2. er...i like... i like sbb bile bace ayat die bunyik cam best je la pekataan babi tu bile diulang bnyk kali dalam satu perenggan yang penuh.. so.. i like.. hehe.. very like it =)

    BalasPadam
  3. aku stuju dengan tindakan menteri tu.. bgus la kalu bleh wat macam tu.. takkan nk berterusan makan babi tu.. korang smua nk terus terusan makan babi ker?

    BalasPadam
  4. adakah korang perihatin ngan brgan halal kat M'sia ni krn logo halal pun byk yg diselewengkan. kat hotel2 tu xde logi halal korang belasah gak, terutama dlm pastri tu campur ngn wain. kedai2 kek yg xde logo halal tu korang belasah juga, kedai2 makanan segera yg memberi dana kpd yahudi korang belasah juga,lu fikir la sendiri....

    BalasPadam
  5. Ni maksudnya negara kita dah boleh memilih. Dulu takleh sebab dulu kalo nak pakai yang xde babi kena import. Kena pilih nak rawat 10 orang cara halal ke 10000 orang cara xhalal. Baguslah, at least dah boleh menuju halal, lagipun tu la gunanya rezeki tuhan bagi. Berprasangka baik selalu.

    BalasPadam
  6. salam..
    dalam perkara ini, saya lebih menyokong tindakan kerajaan walaupun dasarnya saya mmg tidak menyokong kebanyakan dasar2 kerajaan yg laen. x semua yg diorg buat semuanya btol n x semuanya salah. Kan lebih baik kalau dapat gelatin yg halal x kire la harganye mahal sket. lgpn option akan diberi pd pesakit samade nk yg halal atau tak. walaupn kite x tau ape agenda kerajaan sebenarnya samada btol2 dh ade awareness or politik semata2, tp perkara ini akan mmberi impak yg baik pd masyarakat muslim. walaupun dh 53 thn gune yg x halal, takkan nk gune smpai mati kot.. kn. smoga usahe2 sebegini digiatkn lg. wallahua'lam

    BalasPadam
  7. Rasuah itu haram tak?

    BalasPadam
  8. pelajar pharmacy8 Mac 2011 11:20 PG

    Mcm haram tulisan ko..konon2 nk sindir, tp tak jadi.

    BalasPadam
  9. Hhahaha.. SINDIR? apa nama? SINDIR? bukan SINDIR beb aku KUTUK. Nak PANTAU? apa nama? PANTAU? PANTAU waklue! kalau sungguh nak pantau patut dari dulu lagi mereka pantau. KAPSUL halal neh perlu ke dalam perubatan? kapsul tue apa? ubat yg macam pil tue apa?

    kapsul = cepat larut dalam badan.
    pil = amek masa utk larut
    suntikan = lagi cepat larut dalam darah.

    kalau amek pil yg makan masa 10-20 minit utk bertindak apa masalahnya pun kalau ketika itu tiada teknologi/penemuan kapsul [gelatin] halal? betul?

    masalahnya jadi mcm neh sbb kerajaan kita tak fikir halal haram satu2 product sebelum sebarkan kepada rakyat.

    halal bagi kerajaan = ada duit beli cop utk di copkan pada product2 tersebut.

    haram = tak bayar lesen cop sijil halal.

    btw kata2 anom di atas tue mmg tepat.. hotel dan pelbagai lagi restoran neh pun belum tentu halal..


    apa nama ? suruh aku jangan makan kat hotel blablabla kalau dah rasa tak halal ke?

    dah tue kowang leh makan babi aku takley makan babi? mana aci beb.. ha ha ha.

    BalasPadam
  10. Anom 456 dan anom pertama : korang betul dan aku setuju. cuma macam aku kata aku terkilan. kalau kesan nya sama seperti tiada babi maka gunalah product yang tiada babi. kenapa mesti masukkan babi ke dalam product tersebut. babi itu ada banyak kegunaan ttp sebab apa Allah swt haramkan buat islam? kerana babi itu tiada kegunaan buat islam. mereka cuba menjadikan babi itu boleh ini boleh itu semata2 untuk melemahkan semangat kita daripada menjauhkan diir dari babi.

    BalasPadam
  11. kapsul drpd bahan babi yang telah berisi ubat adalah BUKAN di bawah bidang kuasa JAKIM. Hanya kapsul kosong sahaja tertakluk di bawah kuasa JAKIM..ini yg saya dgr drpd seorang pegawai JAKIM ceramah siri 2/3 di surau Al-Mawaddah, sek. 7, Shah Alam..Tablet, caplet, kapsul juga adalah dlm kategori pill..Cepat atau lambat ubat bertindak adalah bergantung kpd susunan hablur molekul bahan aktif(ubat) dan bhn x aktif, juga tempat penyerapan dlm bdn.

    BalasPadam
  12. sedare blogger amenoworld.. sekali aku baca entri ko rasa macam ko ni dah gila. tp bila baca kali kedua, aku rasa maksud ko macam bagi sindiran.

    Tp bro, ko punya tulisan mengelirukan oraang. ayat ko tu menggambarkan babi tu halal. agak2 la wei..

    Kira OK la tu JAKIM nak dedahkan, ini langkah positif. benda positif kena la sokong. aku tau ramai kecewa sebab skrng ni baru nak didedahkan, dan ramai pertikai kenapa tak dedahkan awal2. Tapi tak perlu la ini dijadikan modal untuk hentam JAKIM.

    Kita tak berada di pihak mereka,kita tidak tahu masalah apa yg berlaku. Jadi kita tak boleh sesuka hati tuduh JAKIM tak buat kerja. melainkan blogger amenoworld ada bukti kukuh nak persalahkan JAKIM makan gaji buta. blh jadi teknologi untuk mengesan tida, boleh jadi sikap syarikat pengeluar ubat dan lain-lain.

    BETUL INI BLOG ANDA DAN ANDA BEBAS MENULIS APA SAHAJA, TAPI JANGAN SAMPAI KELIRUKAN ORANG.

    -Pelajar Farmasi.

    BalasPadam
  13. JAKIM takde kuatkuasa? dah tue sapa ada? agak2lah dah bagi owang makan babi selama 54 tahun lepas tue nak lepas tangan macam tue aje?? jawablah jakim dan kerajaan pada mereka2 yg telah meninggal dunia.. pada mereka2 yg pergi haji tp masih terbawa ubat kapsul babi.. ingat ringan ke kesalahan mereka [yg bagi umat islam makan benda haram] neh? sebab tue kalau tak reti nak jaga akidah sendiri maka jgn sesekali berani dabik dada utk protect akidah umat islam. SIMPLE! enhh.. terover plak i.. apsal hah? sowei guys bukan marah cuma tak puas ahti..kerajaan takde langsung rasa malu ataupun cuak ble terang2 bagi kita benda tak halal macam neh kan? kot ye pun tak halal patut dri dulu lagi diseliakan.. di highlightkan.. atleast org tahu..

    BalasPadam
  14. sebenarnya bukan JAKIM itu aku hentam. Aku kenal ramai owang2 baik dalam JAKIM. duduk dalam JAKIM dan mereka neh under pressure owang2 atasan.. apa kata? saya yang menurut perintah? ketua mereka patut belajar memberontak demi akidah umat islam.. JAKIM boss ko ialah Allah swt bukan umno dan bukan beer end! ;)

    BalasPadam
  15. Salam semua,

    Komen untuk komen pertama dari Pelajar Perubatan Tahun 4 : Insulin Babi telah digantikan dengan insulin rekombinan DNA sejak tahun 1990. Tiada lagi isu insulin babi di Hospital dan fatwa insulin babi pun sepatutnya dah dimansuhkan.

    Ketahui lebih 90 jenis ubat-ubatan farmaseutikal yang mengandungi bahan BABI di

    http://www.facebook.com/RahsiaUbatBabi

    Sebarkan maklumat ini jika anda rasa bermanfaat. Terima Kasih tuan punya blog yang cakap berterus terang.

    BalasPadam
  16. Buku yang mendedahkan lebih 90 jenis ubat-ubatan mengandungi bahan babi di pasaran.

    Dapatkan buku ini di kedai-kedai buku berhampiran atau secara online di http://www.halalscience.com

    Jom dedah dan sebarkan kepada semua....

    BalasPadam
  17. NATRAH ARIFIN B Pharm

    Better late than never bro! Please speak on things that you really know ONLY!

    BalasPadam
  18. kapsul drpd bahan babi yang telah berisi ubat adalah BUKAN di bawah bidang kuasa JAKIM. Hanya kapsul kosong sahaja tertakluk di bawah kuasa JAKIM..ini yg saya dgr drpd seorang pegawai JAKIM ceramah siri 2/3 di surau Al-Mawaddah, sek. 7, Shah Alam..Tablet, caplet, kapsul juga adalah dlm kategori pill..Cepat atau lambat ubat bertindak adalah bergantung kpd susunan hablur molekul bahan aktif(ubat) dan bhn x aktif, juga tempat penyerapan dlm bdn.

    BalasPadam
  19. pelajar pharmacy6 Mei 2011 10:14 PTG

    Mcm haram tulisan ko..konon2 nk sindir, tp tak jadi.

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...