Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 7 Mac 2011

Advertlets bayar atau tidak II

Lebih kurang dua minggu lepas [aku main agak je lah] aku telah membuat satu entry pertanyaan kepada advertlets mengenai isu pembayaran. Asas kepada pertanyaan aku tue korang leh klik sini. Setelah aku membuat posting berkenaan tak semena-mena team advertlets membalas pertanyaan aku dengan cepat.

Adakah sebelum itu mereka tidak membalas pertanyaan aku? Ya. Tidak. Entah. Jawapan yang pasti apa enh? Heh. Sebenarnya mereka balas tetapi lambat. Boleh jadi mereka menggunakan service broadband yang paling teruk sekali. Ataupun sambungan internet mereka bermasalah berhari-hari lamanya. Boleh jadi mereka berada di kawasan yang mana liputan internet sangat teruk. Ini adalah sangkaan baik aku kepada mereka. Ngerti? Heh.

Maklum balas yang aku dapat dari team advertlets ialah ;

1. Advertlets hanya akan kira pembayaran setiap hujung bulan.

Contoh ;

Kalau kita cashout bulan jan 2011 dari awal bulan atau akhir bulan.. dia tak akan kira sehinggalah habis bulan tersebut. Kalau ko cashout 9 jan 2011 ko tunggulah sampai feb 1 2011 barulah mereka akan proceed permohonan ko.

Daripada 1 feb 2011 + 45 = tolak cuti umum + cuti segala cuti = tempoh pembayaran ko.

So berapa lama ko kena tunggu? Entah! Secara perkiraan tetap aku tiada jawapan. Setiap bulan berbeza jumlah cuti nya. Memang tiada jawapan yang tetap kat situ. Namun keputusan yang tetap telah aku perolehi dari team advertlets. Itulah jawapan yang aku dapat. Walaupun bukan itu je yang aku tanya.

Antara persoalan aku kepada advertlets ialah ;

Perlu ke seorang blogger menulis tentang advertlets di BLOG nya barulah advertlets akan memproses pembayaran blogger tersebut?

Inilah yang aku teringin sangat nak tahu sebab aku memang tak larat nak menulis pasal advertlets setiap kali cashout bayaran. Namun dalam pada menulis tentang advertlets neh aku dihadiri oleh beberapa bloggers pro advertlets yang mengatakan bahawa advertlets sebenarnya okey. Apa yang penting ialah kesetiaan bersama advertlets. Aku faham maksud kesetiaan. Tetapi aku tak faham kesetiaan yang macam mana advertlets harapkan dari blogger macam aku? 

Ikut jawapan dari team advertlets yang aku terima menerusi email, 15 march adalah tarikh pembayaran. Takpelah aku tunggu tarikh itu tiba. Akan tetapi aku dapati advertlets masih tidak belajar dari kesilapan mereka dalam menanggani permasalahan blogger mengenai isu customer service.

Telah diberitahu oleh ramai orang dan kini termasuk aku. Mereka perlu tingkatkan kualiti perkhidmatan customer service mereka. Mungkin mereka tak faham agaknya macam mana team innity dan nuffnang berkerja tetapi jangan risau sebab aku akan buat entry khas mengenai issue neh kelak. Itupun untuk mereka. Nampak tak? Inilah dia cara aku setia bersama advertlets. 

Ameno : Aku memang tak pandai bodek.

Share this

6 Responses to " Advertlets bayar atau tidak II "

  1. Salam bro;

    Gua just nak tanya..., berapa maximum amount yang di benarkan untuk setiap cashout. Dan macamana caranya...

    BalasPadam
  2. amount minima rm100. lepas tue ko pergi kat earning.. klik cash out.. ko tunggu lah.. dia proses mmg lambat.. macam aku tulis kat atas tue.. bayar mmg bayar cuma lambat sebab guna cpu lama.. ha ha ha

    BalasPadam
  3. patut aarr... gua cuba cashout 400 dia reject.. kah..kah..kah...

    BalasPadam
  4. rm400 tue dah boleh lah cashout.. kenapa reject plak? itu minima bukan maksima bro isa.. boleh lah cash out.. ;-)

    BalasPadam
  5. hi pernahkan anda try adnetwork.701panduan.com ?

    BalasPadam
  6. patut aarr... gua cuba cashout 400 dia reject.. kah..kah..kah...

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...