Demm! Rupanya selama ini aku seorang pencuri. Tidak aku sedar perilaku itu sehinggalah aku terbaca mengenai kisah itu di dalam satu belog. Rupanya setiap kali aku copy url image untuk di uploadkan ke dalam belog aku, aku adalah pencuri. Kalau aku curi url yang ada pada portal berita rasanya itu boleh dimaafkan [pepandai memaafkan diri sendiri] kerana mereka memang mempunyai peruntukan bandwith yang sangat besar setiap bulan akibat traffic yang tinggi setiap hari. Almaklumlah website berita kan? Sapa pula tak baca.
Okey berbalik semula kepada cerita asal tentang isu neh. Setelah aku dapati perbuatan copy paste image itu adalah satu kesalahan maka aku tiba-tiba merasakan ianya demm..! Rupanya itu kecurian. Aku memang selalu copy paste image sebab malas nak SAVEkan balik. Leceh. Mana aku tahu salah. Siyes. Ble aku tahu aku siap terkejut lagi. Demm.. !
Meh aku explain kat korang apa itu bandwith sebelum aku nak ajar korang cara untuk protect bandwith belog. Simple je benda alah neh [padahal aku pun baru belajar semalam.. neh lah masa nya nak tunjuk berlagak beb].
Korang bayangkan bandwith ialah sebotol air minuman. Setiap kali korang minum air dari botol minuman tersebut kan.. sudah tentulah kandungan air dalam botol minuman tersebut akan susut kan? So itulah dia bandwith.
Bandwith = kapasiti belog korang. Kalau nak bacaan sainstifik korang klik sini.
Bandwith aku 10GB je. Tak banyak. Ada orang 50 GB sebulan. Sebab ramai yang masuk baca. 10GB sebulan tue untuk belog yang normal.
Kalau perhatikan pada bulan jan 2011 ari tue bandwith aku dah habis walau tak sampai pun dua minggu penggunaan. Manakala pada bulan dec 2010 aku telah topup bandwith tambahan sebagai 5GB pada hujung bulan padahal aku berdaftar hosting bukan pada awal bulan december. Siot je.
Kenapa lesap? Adakah di curi? Demm! Tapi aku rasa takde sapa pun nak curi image kat belog aku tue. Sebenarnya bandwith akan di gunakan jika ; aku + korang =
- baca belog
- tulis komen
- aku update entry baru
- aku upload image / lagu / video segala bagai.
- korang amek image aku and link kat belog korang.
so inilah perkara yang akan membuatkan bandwith berjalan..
Habis tue? Takan sayang bandwith? Kalau sayang bandwith bek tak yah soh orang baca belog ko beb. Heh.
Ble aku dapat tahu yang belog aku tak cukup nak tampung 10GB bandwith untuk sebulan, maka aku cepat-cepat bertindak dengan kurangkan update belog self-hosted aku : amenoworld.com
Takpelah. Ameno sabar dulu. Baru je nak masuk bulan ke 3 main wordpress apasal beria-ria pula nak tambah pakej belog kepada 30GB? Ameno fikir jauh beb. Dah le tak mahir main wordpress. Cuba belajar kenali wordpress dulu beb. Neh tidak siap cita-cita besar nak tambah bandwith. Demm! Aku terpukul dengan kritikan oleh aku sendiri terhadap aku. Heh.
Sesudah itulah ameno kurang update entry baru kat belog tersebut. Jimat bandwith punya pasal. Barang pun dah banyak naik neh beb. Jimat cermat arahan kerajaan. So ameno follow gile dengan penuh taat. Heh.
Tapi kurangkan update entry tak mencegah daripada bandwith korang kena curi beb. Ia cuma menjimatkan penggunaan bandwith je. Kalau orang baca belog dan tulis komen kat belog korang takpelah. Apadehal korang nak marah plak ble depa wat cam tue kan? Kalau marah memang bodoh larh korang. Heh
Orang yang amek link image ataupun copy paste gambar korang sebenarnya telah menyebabkan bandwith korang berjalan tanpa korang sedar. Pula tue korang taktahu. Yelah dah nama mencuri takan dia buta-buta nak bagitau korang pula. Ataupun dorang [yg mencuri] tue taktahu ia satu kesalahan [macam aku].
Kat situ dah rugi larh bandwith korang sebab ;
- tiada visitor ke belog korang tetapi bandwith berjalan
- tiada kredit kepada belog korang tetapi bandwith berjalan.
Ble berlaku perkara macam tue sudah tentu korang bengang. Demm! Aku pun bengang gak walaupun aku termasuk dalam kategori pencuri. Siyes aku taktahu beb. Heh
So cara yang korang leh buat untuk cegah pencuri bandwith samada mereka sedar mereka tue mencuri ataupun tidak macam aku senang je [berlagak sekejap] ;
1. Kalau korang pandai main coding kat wordpress, korang leh baca sini. Sangat memeningkan kepala aku. Siyes.
2. Kalau korang malas layan coding korang g masuk dashboard kat wp korang tue
dashboard = install new plugin = search for wp proctection = enable.
Tujuan perkara di atas dibuat ialah elakkan kandungan/gambar/video blablabla dicuri dari belog korang. Masalahnya aku tak kesah orang copy kandungan belog aku. Aku memang no hal beb. Tapi aku set enable sebab nak protect kecurian bandwith dari segi 'hotlinking' url gambar..
3. Guna DCN. Apa benda neh? Entah! Tapi memang boleh jimatkan penggunaan bandwith dan boleh melajukan belog korang. Klik sini untuk faham lanjut pasal dcn. Kena bayar tau untuk guna perkhidmatan neh. Kalau tanya aku sekarang.. aku rasa takyah kot. Kalau kena tambah duit better aku up kapasiti bandwith aku. Pedehal.
3. Guna DCN. Apa benda neh? Entah! Tapi memang boleh jimatkan penggunaan bandwith dan boleh melajukan belog korang. Klik sini untuk faham lanjut pasal dcn. Kena bayar tau untuk guna perkhidmatan neh. Kalau tanya aku sekarang.. aku rasa takyah kot. Kalau kena tambah duit better aku up kapasiti bandwith aku. Pedehal.
Simple. Pilih mana satu yang sesuai dengan korang. Ada masalah ke pasal bandwith neh? Takde kot.. senang beb nak belajar. Aku yang jahil it pun leh master.. apatah lagi korang kan.
Benda bandwith makwith neh khas untuk blog yang self-hosted [hosting sendiri] je. Bagi blogspot korang tiada masalah macam neh so dont worry. Just happy watermark je.
Ameno : Panjang gila aku bebel pasal bandwith.
sampai habis sy baca....
BalasPadamini kalau guna domain sendiri ye...? kalau guna yg free...tk perlu kisahkan ke pasal bandwith ni...?
kalau ada domain sendiri..tp still guna blogspot...tk guna WP...mcm mana nk cegah kecurian ni..?
jom ke APA KATA HATI pulak,
TRILOGI CINTA
web amenoworld.com tu bagus ko peruntuk atleas 100gb sebulan.
BalasPadamTukar la hosting yang bagi bandwidth besar.
BalasPadamContoh:
1. http://syokhost.com/
2. http://www.malcube.com/
3. http://web.iluvislam.com/
:)
kalo free mcm blogspot..wordpress..takyah risau la pasal bw...mmg xde hat kot..
BalasPadamaku rs kalo nak best try guna malcube.com
mmg superb :D
hmm berdasarkan pemerhatian aku,
BalasPadam1) ko abes bandwidh bukan sebab ada orang curik gambar pon.. berapa banyak sangat la gambar yang ko letak kat blog tu..
2) 10gb mungkin.. diulangi.. mungkin cukup untuk blog biasa.. tapi blog ko tu bukan blog biasa beb.. blog ko banyak tajuk2 panas.. dan ramai visitor
aku agak yakin walaupun ko disable right klik pon bandwidth tak jimat sangat pon..
nak tak nak ko kena upgrade jugak bandwidth blog tu kalau ko betul2 komited la..
sekian.. just my 2 cent
ni aku punye pandangan ttg kes kecurian ni..
BalasPadamactually aku tak kisah ada org nak curik gambar sbb dgn cara tu kita punye rating domain akan naik. secara tak langsung, enjin pencarian akan letak domain kita antara yg teratas dlm search engine secara free.
dalam WP, korang boleh tgk...siapa yg amik gambar korang n letak kat blog diorg.
kalo free mcm blogspot..wordpress..takyah risau la pasal bw...mmg xde hat kot..
BalasPadamaku rs kalo nak best try guna malcube.com
mmg superb :D
hmm berdasarkan pemerhatian aku,
BalasPadam1) ko abes bandwidh bukan sebab ada orang curik gambar pon.. berapa banyak sangat la gambar yang ko letak kat blog tu..
2) 10gb mungkin.. diulangi.. mungkin cukup untuk blog biasa.. tapi blog ko tu bukan blog biasa beb.. blog ko banyak tajuk2 panas.. dan ramai visitor
aku agak yakin walaupun ko disable right klik pon bandwidth tak jimat sangat pon..
nak tak nak ko kena upgrade jugak bandwidth blog tu kalau ko betul2 komited la..
sekian.. just my 2 cent