Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 19 Januari 2011

Kerajaan : Kenapa tipu pengawal keselamatan?



Saya bukan pengawal keselamatan. Saya tiada teman akrab yang berkerja sebagai pengawal keselamatan pada saat ini. Tetapi tidak menjadikan saya tidak boleh mengomen apa yang berlaku kepada mereka baru2 ini. Ini adalah kisah penipuan yang secara terang2 di jaja oleh kerajaan kepada rakyat malaysia tanpa rasa malu. Heh

Lihat printscreen di atas ini ;

Sudah lihat. Baiklah saya percaya apa yang saya rasa adalah sama apa yang pengawal keselamatan rasai kini meskipun saya bukan mereka dan mereka bukan saya. Heh

1. Pada tahun lepas, mereka kata mereka nak semak gaji pengawal keselamatan.

2. Kalau ikut info dari member fb aku, dia cakap 80% pengawal keselamatan ialah org melayu.

3. Kalau ikut info goverment, mereka cakap melayu dan india masih kekal menerajui kelompok yang mempunyai pendapatan yang rendah/kecil.

4. Ini bukan posting untuk membela kaum melayu. Bagi aku, aku suka meletakkan adil pada tempatnya. Kebetulan melayu paling ramai berkerja sebagai pengawal keselamatan.

5. Berbalik pada tajuk asal, aku nak korang lihat paparan printscreen ini ;


Ini adalah link search aku, kot2 kalau korang nak baca satu persatu entry mengenai isu ini.

6. Kalau ikut berita tahun lepas, gaji mereka sepatutnya dah naik pada bulan julai. Ini bukan tuduhan aku. Bukan kawan2. Bukan mmg bukan. Sepertimana dalam entry2 sebelumnya, aku sudah menegaskan banyak kali, kalau aku buat spekulasi, aku tulis aku berspekulasi, kalau ianya andaian, aku tulis aku mengandaikan, dan kalau ianya benar aku tulis ianya kebenaran. Heh.


7. Nampak apa yang aku nampak? Baca apa yang aku baca? Faham apa yang aku faham? Kalau dah nampak, dah baca dan dah faham mesti tahu apa yang aku cuba sampaikan kan? Heh

8. Kerajaan sebenarnya tak faham apa yang rakyat faham. Mereka [rakyat] masih dibayar gaji yang sama. Tetapi harga barang terus meningkat. Kos sara hidup kian naik. Kerajaan yang sama naikkan harga barang. Bukan orang lain, tetapi kerajaan [umno] itu. Tetapi kerajaan yang sama suruh rakyat berjimat cermat. Kerajaan yang sama, bercakap mahu membela rakyat tetapi kerajaan yang sama juga akhirnya menindas rakyat. Ini cuma sedikit perkara yang kita nampak. Kita nampak sebab Allah swt benarkan kita untuk melihat seme ini. Bagaimana pula dengan perkara2 yang kita tidak/belum nampak? Bagaimana pula dengan perkara2 yang kita kena tipu? Bagaimana?

9. Kalau masih ada yang menegaskan bahawa kerajaan tidak mampu mengawal semua ini, takpelah sila baca petikan yang terakhir ini terlebih dahulu ;


10. Formulanya mudah sahaja. Jika kerajaan tidak mampu, maka sudah sepatutnya mereka tidak membuat kenyataan yang baik2 untuk mengangkat diri mereka sendiri. Mereka tidak patut bagi gula2 dalam setiap statement demi statement. Sudah nya bila tiba detik yang dijanjikan habuk pun tarak. Rakyat yang termakan janji sudah pasti kecewa. Rakyat yang mengangap kerajaan akan membantu mereka pasti terkilan. Ini berita yang menyakitkan ahti mereka. Ini berita yang kerajaan kena jawab. Kenapa buat janji kalau tidak menunaikan?

Saya tahu nanti ada yang berprasangka begini ;

eleh pembangkang pun tabur janji.. blablabla..

jawapan saya ialah : biarlah pembangkang tabur janji, dah nama nya mereka pembangkang mereka bukan kerajaan, kerajaan ini siapa yang rule? yang perintah tue kena lah amek peduli. Pembangkang mmg tugasnya membangkang. Kalau tidak, usah gelar mereka pembangkang. Yang pegang duit ialah BN, yang pegang kawalan ialah BN, tapi ble ditempelak soal janji, mereka boleh tunding jari ke PR pula.. adakah ini jawapan/penyelesaian kepada masalah pokok? Heh

Isu nya mudah. Cukup mudah sekali. Rakyat tidak peduli siapa yang tidak tunaikan janji. Yang rakyat peduli ialah siapa yang boleh tunaikan janji. Rakyat tidak pandang siapa yang membuat janji, apa yang rakyat mahu ketahui, ialah janji terlaksana.

Ameno : Dengan kos yang semakin meningkat.. gaji mereka ditakuk lama... Siapakah yang mahu membela nasib mereka tanpa ada niat terselindung?

Share this

5 Responses to " Kerajaan : Kenapa tipu pengawal keselamatan? "

  1. aku tak tau nak cakap ape bro,,

    lama sgt dah ni,,dah naik celaka dah ni,,

    tp tulah org kita,,,walaupn kene tipu tp tetap undi gak,,

    kang kata bodoh..marah plak,,jaa tgk aku dah ckp bodoh da,,haha,,adoii,,,

    BalasPadam
  2. aku keje sebagai kerani cawangan pejabat security ni, memang teruk sebenarnya pasal gaji pengawal..
    dalam sebulan ni dah berapa kali tolak tarik pasal gaji baru pengawal..last2 disalahkan syarikat, bukan nak salahkan PM tu..yelah, nak naikkan gaji kenalah ada perancangan betul2, bukan tetibe kuar berita gaji pengawal dinaikkan..harga kontrak syarikat dapat tetap sama, tapi nak arahkan gaji naik..apa kes??

    BalasPadam
  3. bulsit jela pacik2-macik2 ni sme. ckp gebang. tp hape pn tadop. aku pn tatao la na afundi sape time pr nti. cm bertambah je undi rusak nti..

    BalasPadam
  4. aku keje sebagai kerani cawangan pejabat security ni, memang teruk sebenarnya pasal gaji pengawal..
    dalam sebulan ni dah berapa kali tolak tarik pasal gaji baru pengawal..last2 disalahkan syarikat, bukan nak salahkan PM tu..yelah, nak naikkan gaji kenalah ada perancangan betul2, bukan tetibe kuar berita gaji pengawal dinaikkan..harga kontrak syarikat dapat tetap sama, tapi nak arahkan gaji naik..apa kes??

    BalasPadam
  5. bulsit jela pacik2-macik2 ni sme. ckp gebang. tp hape pn tadop. aku pn tatao la na afundi sape time pr nti. cm bertambah je undi rusak nti..

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...