Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 16 Disember 2017

Semua Boleh Mohon KISS Jika Layak, Penerima BRIM, Zakat & JKM Pun Boleh!

KENYATAAN MEDIA

KEJAYAAN PROGRAM KISS DICEMBURUI

Tular di media sosial akan kenyataan dangkal yang menyatakan program terbaru kerajaan negeri Selangor Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang hanya indah khabar dari rupa.

Hakikatnya, sejak permohonan program tersebut dibuka semalam, pejabat-pejabat pusat khidmat masyarakat seluruh Negeri Selangor sesak dihadiri para ibu yang nyata gembira dengan inisiatif baru yang dibawa kerajaan negeri Selangor khusus untuk golongan ibu  yang selama ini tidak pernah diendahkan mana-mana pihak. 



Kenyataan yang tersebar itu nyata tidak berasas dan hanya propaganda jahat yang cuba menyemai kebencian rakyat yang semakin hari semakin sayang dengan kerajaan Selangor pimpinan YAB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali.

Kerajaan Negeri Selangor mengiktiraf peranan penting kaum ibu dalam sesebuah keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga dan membesarkan anak-anak.

Bagi menghargai pengorbanan besar kaum ibu di Selangor, KISS diperkenalkan sebagai sebuah program kebajikan khusus bagi kaum ibu di kalangan golongan berpendapatan rendah (Kumpulan B40).

Program ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup yang semakin menekan kini menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara tanpa tunai (cashless).

Serangan memburukkan program KISS menunjukkan program ini sangat berkesan dan mendapat sambutan yang sangat baik. Justeru ia pasti mengakibatkan rasa kurang senang kepada mereka yang mencemburui kejayaan Selangor ini.

Mana-mana ibu Selangor yang masih menanggung anak di bawah umur 21 tahun dan berpendapatan isi rumah kurang RM2000 layak untuk memohon walaupun telah mendapat bantuan sama ada dari kerajaan negeri mahupun pusat, permohonan mereka layak untuk dipertimbangkan.

Semua dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat dari sumber yang sahih dan tidak mendengar suara-suara sumbang yang cemburu akan kejayaan yang kita berjaya rasai di Selangor.

Maklumat lanjut boleh terus menghubungi talian 0355256600 atau terus layari laman web www.kiss.com.my

YB DR DAROYAH ALWI
Exco Kebajikan Negeri Selangor

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...