Channel Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia PRU14

Khamis, 9 Mac 2017

Fakta & Kronologi Lengkap Skandal Rasuah Hartanah Di Johor - Ini Apa Yang Anda Patut Tahu.

Baru-baru ini beberapa orang kenamaan di Johor telah ditahan dan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan terlibat dalam aktiviti penyelewengan yang membabitkan hartanah di Johor.

Skandal Rasuah Hartanah Johor
Laporan Akhbar
Dan ini adalah fakta kes yang anda patut tahu.

Kronologi kes.

1. Pada 24 Februari 2017, SPRM telah menahan reman selama 7 hari bermula sabtu (25 Februari 2017) 6 individu penting yang terbabit dalam rasuah dan penyelewengan di negeri Johor membabitkan hartanah di negeri itu.

6 individu itu ialah ;

- anak lelaki kepada Exco Johor = Ahmad Fauzan Hatim. YB Datuk Abdul Latif ialah ADUN di ENDAU dari parti UMNO dan merupakan seorang EXCO ketika anak beliau ditahan SPRM

- seorang pegawai khas kepada EXCO YB Datuk Abdul Latif iaitu Muhammad Idzuan Jamaluddin

- dua orang pegawai pemaju perumahan

- seorang peguam

- seorang orang awam  

Empat dari 6 suspek di atas telah ditahan reman selama 14 hari selepas SPRM memohon lanjutan tempoh reman sebanyak tambahan 7 hari.

Empat suspek tersebut ialah Ahmad Fauzan, Muhammad Idzuan Jamaluddin, peguam dan orang awam. Namun kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan SPRM pada 9 Mac 2017. 

Manakala 2 pegawai pemaju perumahan dibebaskan pada 3 Mac 2017 dengan jaminan SPRM.

2. Kemudiannya pada ;

i. 28 Februari 2017 - SPRM menahan seorang kontraktor yang berusia 46 tahun. Suspek ditahan kerana turut terlibat dalam skandal penyelewengan hartanah di Johor. Suspek ditahan reman selama seminggu sebelum dibebaskan pada 7 Mac lepas dengan jaminan SPRM.

ii. 9 Mac 2017 - SPRM menahan EXCO Johor YB Datuk Abdul Latif pada jam 11 pagi di pejabat SPRM ketika dipanggil bagi memberi keterangan berhubung siasatan rasuah. Beliau ketika ini sedang bercuti berikutan anak dan pegawai khasnya terlibat dalam siasatan rasuah. Datuk Abdul Latif menjadi EXCO Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor pada tahun 2013. Di mana skandal penukaran status hartanah turut dilaporkan bermula pada tahun itu. 

Untuk rekod, tugas sebagai EXCO Perumahan Negeri Johor kini dipangku oleh Datuk Mohd Jais Sarday. 

3. Butiran kes ialah ;

- Menukar status premis-premis di Johor dari lot bumiputera kepada non-bumiputera supaya boleh dijual/dimiliki/ditukarmilik kepada non-bumiputera di Johor

- Mengurangkan premium (cukai) hartanah tertentu yang terlibat dalam beberapa projek perumahan dan perindustrian di Johor 

- Kesemua aktiviti salahlaku dan salahguna kuasa bermula pada tahun 2013

4. Ketika ditahan SPRM turut merampas ;

- 21 jenis kereta mewah pelbagai jenama yang dimiliki oleh keenam-enam suspek utama. Antaranya ialah Nissan Skyline R35, Porsche Cayenne, CLA Mercedes-Benz 200, Bentley biru, Mercedes Benz G-Class, Range Rover.

- 45 akaun bank, yang didalamnya mengandungi rm15.5 juta wang simpanan. Akaun bank milik kesemua suspek juga telah dibekukan oleh SPRM.

- 5 buah motorsikal berkuasa tinggi pelbagai jenama.

- wang tunai termasuk matawang asing yang bernilai rm500,000.00

- pelbagai jenis dokumen yang berkaitan urusniaga.

SPRM memaklumkan kes telah disiasat selama 6 bulan bagi tujuan mengumpul bukti sehingga membawa kepada penangkapan beberapa suspek. 

Menurut SPRM, kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, mana lebih tinggi, jika disabitkan kesalahan

Siapakah Ahmad Fauzan Hatim?

Ahmad Fauzan Hatim

- Berusia 25 tahun
- Anak sulung kepada Exco Perumahan Johor
- Mula dilihat menjalani gaya hidup mewah sekitar tahun 2013 yang menjadi sebab kehidupannya diintip oleh SPRM
- Memiliki beberapa kenderaan mewah yang turut dirampas oleh SPRM

Siapakah YB Datuk Abdul Latif?

Datuk Abdul Latif

- Berusia 51 tahun
- Merupakan wakil rakyat BN di DUN Endau (N32)
- Merupakan exco bagi portfolio Perumahan & Kerajaan Tempatan Negeri Johor.
- Mula dilantik ke jawatan itu pada tahun 2013
- Beliau juga menjawat jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Mersing dan pengerusi biro tanah di UMNO bahagian Mersing sejak 2013.
- Rekod lampau menunjukkan beliau ada pengalaman yang luas dan terlibat dalam bidang kontraktor sejak tahun 1996.
- Sebelum menjadi wakil rakyat beliau ialah seorang usahawan yang berjaya lapor portal UMNO.
- Beliau juga antara calon muka baru bagi Barisan Nasional pada PRU ke 13.
- Beliau mempunyai syarikat Bandi Bina Sdn Bhd.
- Syarikat itu ialah syarikat kontraktor dan telah mendapat banyak projek kerajaan termasuklah projek perumahan kerajaan 
- Syarikat itu kini dikendalikan oleh anak sulung beliau iaitu Ahmad Fauzan Hatim

SPRM serbu rumah exco dan lakukan beberapa rampasan

Pada 9 Mac 2017, selepas YB Datuk Abdul Latif ditahan SPRM, beberapa pegawai SPRM telah pergi ke rumah wakil rakyat tersebut dan melakukan beberapa rampasan.

- 150 buah beg tangan mewah pelbagai jenama dirampas antaranya Channel, Prada, Gucci, Hermes, Luis Vutton

- Sebuah kereta Toyota Vellfire

- RM41,000 wang tunai   

Siapakah Muhammad Idzuan Jamaluddin?

Muhammad Idzuan Jamaluddin
Sumber : godeye007.wordpress.com
- Bekas aktivis mahasiswa USM - jawatan Presiden MPP USM 2010/2011
- Pernah menjadi highlight di media kerana membantah pindaan AUKU (sokong kerajaan kekalkan AUKU)
- Berusia 20an
- Mula bekerja sebagai pegawai khas exco perumahan pada tahun 2013

Implikasi aktiviti salahlaku terhadap rakyat dan kerajaan

- Apabila tanah ditukar status kepada non bumiputera, rumah-rumah yang boleh dibina ialah jenis perumahan mewah, tiada kuota tertentu yang akan diberikan / diperuntukan untuk golongan bumiputera. Jika tanah lot bumiputera, pemaju perlu peruntukan kuota tertentu untuk bumiputera dengan harga yang jauh lebih murah berbanding projek perumahan mewah

- Apabila berlakunya penipuan premium tanah cukai, kerajaan tidak akan menerima hasil cukai yang sebenar. Perbezaan hasil pula dinikmati oleh golongan tertentu yang melakukan penipuan. Ini menyebabkan kerajaan kerugian akibat perbuatan rasuah sesetengah penjawat awam.

Nota : Artikel ini akan dikemaskini. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...