Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 20 November 2013

Pemilik Sebenar Vila Nabila Ialah Orang Singapura.


Vila hantu tue orang SG yang punya rupanya. Laa.. orang SG bukan saja berminat beli rumah2 baru yang dijual kat Johor bahkan rumah2 lama dan dikatakan ada hantu pun depa sapu juga.

Kah Kah Kah

Baca sat ;
Pihaknya mengakui menghantar notis kepada pemilik tanah Villa Nabila, iaitu  seorang warganegara Singapura. “Kita tidak boleh bersihkan kawasan berkenaan disebabkan kawasan banglo  tinggal itu adalah pemilikan persendirian.
 
Sapu habisla orang2 SG kat Johor tue. Rumah baru, rumah sub-sale, rumah tepi jalan, rumah lama dan terbiar, semua depa masuk dan beli.

Yeah.. 

Justeru kita arahkan pemiliknya tutup laluan masuk ke kawasan berkenaan. “Ini disebabkan kawasan itu dilaporkan menjadi tempat aktiviti tidak sihat malah ia kembali menjadi tumpuan  selepas tersebar berita kehilangan seorang remaja sebelum ini selepas masuk ke dalam banglo tersebut,” katanya.

Ismail memaklumkan, pihaknya tidak boleh merobohkan banglo tinggal itu kecuali premis itu mengganggu kawasan laluan selain status pemilikannya.

Katanya, walaupun keadaan kawasan banglo lama itu kelihatan terbiar selain dipenuhi  semak, bagaimanapun pemiliknya tidak culas untuk membayar cukai harta kepada MBJB.

“Jika pemiliknya masih gagal membersihkan mengikut tempoh yang diberikan, MBJB akan bertindak menutup laluan masuk ke villa itu selain membersihkannya.

“Keseluruhan kos membersihkan kawasan itu akan dicaj melalui akaun cukai harta pemilik terbabit,” katanya. -SH-

Nilai duit orang besar. Kalau kita buat rumah, kalau rakyat sendiri tak mampu beli takan nak biarkan aje rumah tue tak terjual. Kena la jual kat orang yang mampu beli, baru ada untung ma.

Yang menarik tue walaupun banglo tue terbiar gila babi, pemilik banglo langsung tak pernah skip bayar cukai beb. Hehe. Cuma kawasan tersebut menjadi sarang kegiatan pihak2 yang tidak bermoral. Elok la juga ko letak patung hantu betul2 kat situ. Tengah2 malam mao seriau sekor2 buat kerja tak elok la kan. Lepas tue balik mengadu kat mak ternampak hantu. Then kecoh lagi satu Malaysia.

KAH KAH KAH

Apa2 pun sila la jual dan lego lagi apa2 hartanah kat Johor tue pada Orang Singapore. Agak2 dah lebih dari separuh hartanah di Johor dimiliki oleh SG, baru la buat2 rasa menyesal dan memikirkan kenapa ini semua terjadi. Elok juga kalau time tue salahkan Pakatan Rakyat. Cakap aje ini agenda Pakatan Rakyat nak jahanamkan negeri Johor, oke tak?

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...